Wednesday, May 9, 2012

Tergamaknya..

Rasanya semua orang dah tengok video hangat yang di upload kat facebook hari ni..cuma aku je yang tak berani nak tengok..huhu.

Aku memang tak beranilah nak tengok video budak2 kena dera/pukul cam tu. Tersentuh hati..takut jadi kat anak2 kita sendiri..Allah.

Mula2 tu aku ingat pengasuh budak tu yang buat..rupa2nya mak budak tu sendiri yang bantai anaknya. Ibu apa lah yang sanggup buat cam tu yer. Yang tukang rakam pon sama naik jugak, bukan nak tenangkan si ibu tu..boleh terus rakam video tu.

Apa lah salah budak tu yer? Sampai sanggup si ibu tu buat macam tu. Aku rasa orang yang tak siuman/sakit jiwa jer yang tergamak buat macam tu.

Aku ni..kategori panas baran lah jugak. Tapi tak pernahlah pukul si waiz macam kat video tu. Pukul2 manja..nak bagi pengajaran tu ada lah. Tipulah kalau kata tak pernah jentik/rotan sekali pon kan. Nama pon manusia biasa. Waiz pulak pesen 'baik & dengar kata'..memang kadang2 terbakar jugak.

So selalunya, dari terus buat perkara yang tak diingini..kalau tengah marah tu, aku akan cepat2 lari dari dekat dengan waiz. Masuk bilik ker..pergi mandi ker..solat ker. Bila dah lega hati tu..baru lah cari budak kecik tu balik.

Budak2 ni..nakal macam mana pon, dah nama budak..tak reti apa pon. Janganlah kita yang dah besar dan berakal panjang ni jadi tak waras pulak bila berdepan dengan kerenah mereka ni.



Sincerely...

9 comments:

Kazman / Sue said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

orang yg buat tu kepala dah senget dah tu...

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tadi ada baca kat mana entah, linknya dah terbuang pula. Kes ni berlaku tahun 2011, yg pukul budak tu emak kandung dia sendiri, dia mmg tak betul sikit, sakit jiwa sebenarnya sbb dia pernah di rogol, dan budak tu adalah hasil yang keluar dari insiden itu. Yg rakam tu, ambil video tu senyap2 sbb nak serah kan bukti pada polis sbb dah selalu dia pukul budak tu, beri nasihat tak jalan, dan dia pun kena bantai sekali kadang tu. Katanya emak budak tu dah di berada dalam tahanan skrg ni.

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Ma pun sempat tengok kat Berita TV3 kul 8mlm tadi.. Kesian betul, sampai hati.. Rupanya 'mak senget;, sebab tulah jadi gitu...

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akk pun x tgk wida .. x sampai ati nak tgk , takut jiwa meruntun ingatkan anak kita .. soo lebih baik x tgk
nasib baikk mak dia mental kalau normal haruss kena rejam ibu macam tuu , pelik bila dia buat macam tuu pada anak sendiri ,
akk mati2 ingatkan anak tiri or angkat dia ..

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mmg sedih...rupanya mak dia tak betul sbb dia kena rogol rupanya..

Cik FaRiZaM said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dah tgk, menangis tgk video tu :(

singgah blog sy & sy nak share something

nk ajak awk join giveaway mudah:

Kalau korang nak menang hadiah RM10 & hadiah misteri dari Maxis korang terjah blog shakiddo.com .Setiap hari sehingga 13 Mei 2012 ni, Shakiddo ada buat giveaway. Sy pun dah menang RM10 dalam Giveaway Hazman VS Food Siri ke-2 !!!!! JOM !

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tu dah ketogori giler Wida...

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mmg kejam si pelaku...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Huhu video apa wida tatau poms tp cm tak sanggup je nk tgk

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal