Thursday, May 24, 2012

Doa Selamat

InsyaAllah..malam ni, kat masjid di kawasan rumah aku akan diadakan bacaan Yassin dan solat hajat. Kiranya macam buat kenduri doa selamat lah. Tapi disebabkan beberapa masalah..tak dapatlah buat kat rumah. So kita buat kat masjid je lah. Makanan pon tempah kat orang jer..lepas abis majlis, agihkan kat jemaah masjid. Makanan untuk bawak balik rumah..sonang.

Ni pon aku kongsi dengan Kak Mah [kakak MKS]..untuk doakan kesejahteraan suaminya yang sakit kanser darah, aku [yang tak lama lagi nak bersalin ni] dan jugak menantu Kak Mah [yang akan bersalin jugak awal bulan 7 nanti]. Semoga majlis nanti berjalan lancar. Dan aku harap MKS pon sihat jugaklah malam nanti untuk join bacaan yasin & solat hajat tu..amin. Aku tak dapatlah nak join sama..cik awe sorang tu [waiz] bukannya reti duduk diam kat masjid. Abis berebut mic dengan tok iman lah pulak..

Ikutkan..sekarang ni aku dah 38 minggu. Memang tak larat sesangat. Tapi ku tabahkan jugak kaki menapak ke ofis tiap2 hari. Ni pon..betis kaki kiri sakit sebab cramp. 2 hari jalan terhencut-hencut. MKS asyik tak ingat nak letak minyak kat kaki aku ni..busy bebenor dia tu. Misi pulak pesan suruh jalan banyak2..biar cepat bersalin katanya. Sebab kalau ikut pregnancy yang dulu [waiz], aku lewat bersalin dari tarikh EDD tu..so kebarangkalian untuk bersalin lewat ada jugak untuk baby kali ni. Betul ker?

Haii..kalau boleh, tak nak lah lewat2 sangat. Ada cara/petua tak nak cepatkan hari bersalin ni?


Sincerely...

10 comments:

Kazman / Sue said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

memang besar dugaan ibu mengandung kan...

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

banyakkan banyakkan dan banyakkan berjalan. Nnti lili dtg kite jalan kt pasa payang yer hehe

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

smoga majlis nanti berjalan dgn lancar...
ntah lah sis petua apa...
tapi masa i preggy ke-empat2 anak i...
memang i baannnnyyyaak berjalan....
and syukur semuanya bersalin awal dari EDD...

Yaya Azura aka Naz Azra said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

k.yaya bersalin ikut EDD tp kuar kut poket doraemon ler..hihi

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sabar jer la. Tunggu ajer due nyer

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

semoga semuanya berjln lancar...

tak tau la pulak petua nak cepat bersalin ni...huhu..

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

semoga semua berjalan dgn lancar... hanis pun tak tahu wida... doa byk2 k... InsyaAllah

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lain orang lain, lain baby pun lain...

sabar ya wida, InsyaAllah sampai masa keluar dua.

Masa Arif fulu, dia lahir masa kandungan 38 minggu 1 hari...:)

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kalo nak cepat induce la kan...huhu

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Hmm... kalau keluar weekend depan, bolehlah kami gi muyi reramai di KT hu hu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal