Sunday, May 20, 2012

NAMA

Sebenarnya ai banyak kerja ni. Lusa [selasa] ada collection meeting. Report dah siap..tapi network tak de lah pulak. Tak boleh nak print..so boss jangan marah ye, ai main2 hari ni..hehe.

Bukan salah saye tau..network yang tak de. Line telefon pon tak leh guna, TM kata kabel rosak..adoii.

Now, aku dah masuk 37 minggu. Dah start kena pergi klinik tiap2 minggu. So esok kena menapak ke KD Gong Pauh lagi lah. Makin hampir ni..makin berdebar lah pulak. Korang pon sama2 berdebar cam aku jugak kan..hiks.

Eeei..tak ingatlah nak push2 macam mana. Nasib lah..kalau kena marah dengan misi nanti. Mesti misi tu kata 'eei awak ni push kali kedua pon tak reti ker..tak ingat ke dulu push macam mana?' Alolo...'bukannya saya push hari2! macam be**rak tu!'. Tapi yang penting...dah wajib aku ingat, jangan ANGKAT PUNGGUNG!.

Okeylah..malas nak ingat pasal pengalaman kat labor room tu. Kita sama2 berdoalah semoga semuanya dipermudahkan yer..amin.

Nama untuk baby kali ni..memang aku dah listkan. Tunggu untuk pengesahan dari MKS jer. Tak taulah dia suka atau tak. Cam dulu..aku list jugak nama untuk waiz, tapi tak de satu pon yang masuk carta MKS. Last2..nama pilihan dia jugak yang naik. Tak pelah..tak kisah pon.

Kali ni..MKS 'macam' nak pilih nama yang aku listkan tu. Cuma dia kena tanya dulu dengan pak iman [alah..abang ipar dia jugak!] samada nama tu sesuai atau tidak, elok ke maknanya kalau dah di gabungkan. Tak nak lah pakai gabung jer..tapi maksudnya ntah apa2 pulak kan.

Harap2..terpilihlah nama yang aku listkan tu. Amin...



Sincerely...

7 comments:

Yaya Azura aka Naz Azra said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bila la akak nak merasa beranak normal..hehe..
org tua mmg selalu pesan jgn angkat punggung..klau tak..hihi..tan sanggup!
ada terbaca kalau tak nak berjahit kita kena amalkan mkn sayur dan makanan berempah..
so isi kat bahagian tut tu akan kenyal..kawan akak pun ada sorang hantu sayur n hantu kari,
dah dua kali beranak tp tak kena gunting dan tak kena jahit..

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Mudah2an wida selamat melahirkan. Insya Allah, selamat.. janganlah difikirkan sangat. Pilih nama yang elok yer...

Jo-Blogger said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sy singgah sini ye mengomen..nt lawat la ke blog sy ye..

http://johariblogger.blogspot.com

ct rahani said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

semoga Allah permudahkan segala urusan..amin..

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tak sabar nak tunggu wida announce nama baby tu... :)

azrinna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Mudah-mudan selamat semuanya. Amin

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

moga semuanyer selamat....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal