Saturday, May 26, 2012

6 Tahun

Hampir tak ingat..kalau tak kerana reminder dalam phone ni, ntah ingat ke tidak..hehe.

Hai..dah makin hampir tarikh bersalin ni, makin pelupa di buatnya. Hari tu ntah macam mana tertinggal segugus kunci [kunci ofis+rumah+kereta] kat kedai nasi lemak Kak Yah depan ofis aku ni.

Masa masuk ofis..cari-cari kunci tak jumpa. Ingatkan tertinggal kat dalam kereta MKS. Tertunggu-tunggu jugak kot2 MKS hantar kunci tu..tapi tak de pulak. Aku pon tak lah call dia tanya pasal kunci tu, sebab kebetulan ada kunci spare [kunci ofis] kat dalam wallet.

Nasib baiklah Kak Yah tu prihatin..dicarinya siapa punya kunci yang tertinggal kat kedai dia tu. Sampai hantar ke ofis aku..hiks. Nasib baik lah. Kunci2 lain tu aku tak kisah sangat kalau hilang..tapi kalau kunci ofis, takut jugak. Dapat kat orang yang tak bertanggungjawab? Datang rompak ofis aku malam2 buta nanti..tak ke haru!

Hishh..tengok, aku nak cite pasal lain..dah melalut cite pasal kunci! Kejap benor dah lupa tujuan & niat asal..hiks.

Sebenarnya..hari ni 26hb Mei adalah ulangtahun perkahwinan aku dengan MKS yang ke-6 tau. Tak ada lah nak bermadah atau berjiwang-jiwangnya, sebab MKS bukan baca pon blog ni. Aku pon tak reti lah nak berrrrr-romatis bagai ni. MKS pon tak wish apa2 pagi tadi..so aku pon senyap je lah. Gile cool kitaorang kan. Agak2 kalau orang lain mesti dah sentap!

Tak pelah..balik kerja nanti aku try hint2 kat dia kot2 dia nak belanja makan kan..hehe. Hadiah? Ni baby dalam perut ni hadiah untuk dia..hadiah & anugerah yang paling berharga.

p/s: kan syok kalau baby ni kuar sama date dengan anniversary kitaorang. Emm..


Sincerely...

9 comments:

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

happy anniversary wida semoga bahagia dunia akhirat, lebih bermakna tahun ni dengan kehadiran wida jr...

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

selamat ulang tahun....

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

selamat ulang tahun yer...semoga kekal bahagia...amin...:)

kayzie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

selamat ulg thun..semoga kekal bhgia ke akhir hayat..=)..memang kan, sy pun bila preg jd sgt pelupa..agak2 pas bersalin ingtan akan pulih ke ek?huhu

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Happy anniversary Wida & Khir, semoga bahagia sampai syurga! Minggu depan bolehlah celebrate hu hu!

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Happy Birthday Akak n Abg!

May All happiness be yours

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Selamat ulangtahun perkahwinan Wida... Semoga bahagia hingga akhir hayat... dan selamat melahirkan baby ke 2 tu yer... ~Doa ma dari jauh~

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

6tahun dah ye... sekejap je rasa kan.
selamat hari ulangtahun perkahwinan wida... :)

Pencari Kunci said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

As-Salam,

Tahniah, sesungguhnya kebahagiaan itu adalah suatu anugerah.

Yg bab hilang kunci tu, utk elakkan di lain2 masa, belilah keychain yg boleh bunyi2 bila kita panggil. Ada banyak org jual skrg nie...

Wassalam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal