Tuesday, May 22, 2012

Grrr..

Tak tau nak lepas marah pada sape..yang aku tau, memang aku tengah marah sesangat sekarang ni. Fuh..hati diselubungi amarah syaitan. Istigfar banyak2 widadi..

Pagi2 hari marah dengan mesin basuh. Sebab bahagian spin mesin basuh tu cam dah bengong sikit. Kadang2 kain kering..kadang2 baju2 yang di spin tu masih lencun lagi. Penatlah mengodek mesin basuh tu pagi tadi..tapi baju2 still tak kering jugak!

Last2...redho jemur baju dalam keadaan masih basah. Dah lambat nak pergi kerja lagi..emm. Tengah menjemur kain dalam keadaan basah tu, entah macam mana..tergelincir lah pulak. Kasut licin..lantai basah, memang sendiri cari penyakit. Tambah pulak..menjemur dalam keadaan mulut membebel-bebel, kat situ jugak dapat cash!

Tapi tak lah jatuh terduduk, sempat tahan dengan kedua-dua tapak tangan ni. Tapi bila tangan tampung berat badan 85kg ni, mau nak terkehel jugaklah pergelangan tangan aku. Nak marah lagi..marah dengan sape pon aku tak tau:(

Hantar waiz ke rumah pengasuh dia..buat hal lah pulak. Menangis melalak-lalak tak nak masuk rumah Tok Mi. Takut katanya. Entahlah..sejak kebelakangan ni, si waiz selalu kata dia nampak hantu. Naik meremang bulu roma aku. Tak nak percaya..tapi budak2 ni mana lah reti menipu kan..haih.

Sampai ke sudah budak tu tak nak masuk rumah Tok Mi..haih, aku tension. Nak marah..tapi senyap jer. Tak kan nak marah budak tak bersalah tu kan?

Last2..MKS hantar waiz ke rumah Kak Mahnya. Tapi hantar cam tu jerlah, pampers tak tinggal..botol susu tak de. Aku memang tak de mood nak tegur MKS time tu. Pandai2 lah..

Ni nak masuk meeting pulak. Dengar jelah apa yang ED aku nak bebelkan nanti. Sesungguhnya aku memang tak daya dah. Tak tengahari lagi..dah lembik. Jiwa dan raga..emm.


Sincerely...

8 comments:

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ya Allah wida!! nasib baik ko tak jatuh terduduk...bahaya tu...ko baik2 tau...jgn membebel atau marah2 di pagi hari, tu yg jadi serba tak kena tu...

sabar ye...

kesian kat waiz, cuba tanya betul2..betul ke dia mmg nampak hantu kat rumah Tok Mi dia tu?

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

astagfirullahallaziimmm...
sib baik tak teruk u jatuh tu...
berhati-hati skit lenkali....

cer slow talk dgn waiz...
tanya betul2 apa yg dia takutkan tu....

kkdg tu memang ada jer dugaan kita dari pagi kan....
byk2 istigfar and bersabar tau....
take care...

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Bykkan sabar tau....

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hati2 buat kerja lain kali wida. Tengah sarat tu, kalau jatuh terduduk susah juga.

Mesin tu minta ganti baru kot..sbar2 ya.

Pasal Waiz tu, baik periksa betul, mungkin ada benda yg menakutkan dia, kesian pula.

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tnggu lili dtg ye!

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

huhu siannya wida... nasib baik dpt berthn ms jatuh tu... sabr ye wida pasni mesti ada berita hepi2 plak...

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Lain kali hati2, Widz..

Yaya Azura aka Naz Azra said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

syukur tak jatuh terduduk..
moody di pagi hari boleh bawa sampai ke petang kan? cuba tanya waiz betul2 pasal hantu yg dia nampak tu..haish..gerun pulak mendengarnya..wafiq pun ada cerita nampak hantu..tp betul la apa yg dia nampak, sebab org lain pun ada nampak..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal