Friday, December 30, 2011

Menu di Majlis H3N3

Aku ada simpan sekeping tisu ni...kot2 MKS nak guna untuk majlis waiz nanti..kuikui.Pak Usu aku guna katering ni lah. MKS kata..bajet puluh ribu jugak. Tak taulah betul ke tak..
Antara menu2 yang tersusun di meja bufet. Time kitaorang datang pukul 10am tu..awal2 lagi family YKHY [Yayasan Keluarga Haji Yunus] dah rasmi dulu semua makanan. Tak naklah berebut time tetamu datang nanti..

Seingat aku lah..menunya nasi arab, ayam goreng berempah, daging, dalca, gulai lemak nenas & ikan masin, acar buah, buah oren. Tak pastilah kalau ada lauk lain..sebab aku tak makan pon. Time ni kenyang lagi sebab dah brekpes. Teman MKS makan jer..
Time tak mengandung..ni peveret aku. Tapi dah mengandung ni...tak lalu nak makan ayam goreng yang dipotong besar2 cam ni. Kalau potong kecik2 tak pe..hiks.
Acar buah...rasa sikit je..pedas! Teringat zaman dulu. Kalau ada kenduri kahwin..acar buah ni dah dibuat seminggu before majlis berlangsung. Di perap/peram dalam tempayan. Makin lama di simpan..makin sedap.

Tapi yang ni tak diperap lama..makan buah2nya pon dah tau..sebab keras!
Ni je menu yang aku terliur..benda tak boleh makan tu lah aku nak makan. Nenas tu aku tak amiklah..kang tercirit pulak. Rasa ikan masinnya jer..tapi bila dah rasa..emmm. Tekak aku ni yang tak berselera kot..
Ni meja kuih muih...kat sinilah aku banyak makan. Sebab tak makan nasi..so aku kenyang makan kuih talam cendol, talam keladi, lemper [heaven..sedapnya!], apam, macam2 lagi lah!

Bila tengahari..ada pulak cendol [tapi aku tak rasa pon], pastu rojak buah..ni pon aku tak makan sebab tak de mangga! Pastu laksa penang pulak..my peveret..tapi time tu tak teringin nak makan pon..jeling je lah.

Lepas tu aku lepak kat masjid..solat & mandikan waiz. So tak taulah samada ada makanan lain pulak lepas tu. MKS berapa kali repeat makan time majlis tu. Yelah..kitaorang duduk dari pagi sampai majlis berakhir. So memang kerja makan je lah!

Lepas ni aktiviti makan pulak tau..nanti ai story ek.


Sincerely...

5 comments:

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

cantiknye org yg jaga kuih muih tu

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmm... mmg byk makanan sangat sampai tak tahu nak makan dan langsung tak makan. Sib baik Papa hulur cendol dengan laksa, plus talam cendol itu je yg akak makan. bila balik menyesal tak makan... he he

LY - yang jaga kuih tu comel2 sbb akak tak termasuk dlm gambar hu hu

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna yo lah tu..kak lin mmg cantik..hehehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR smpai skrg teringat kat lemper..rugi tak tapau..haha

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mmg bajet besar ni.makanan pun banyak...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal