Friday, December 30, 2011

H3N3 [Nak jugak tiru tajuk entry sis Yati..hehe]

Cis..dasar penciplak..tajuk pon nak tiru sis Yati punya entry..hiks. Sori sis. Sape nak baca n3 original H3N3 boleh ke sini. Aku punya ni versi cetak rompak!
Kat sinilah majlis perkahwinan sepupu2 aku berlangsung. Tak lah jauh sangat dari rumah Yong aku..dalam 10-15 minit jer. Zaman sekarang senang buat majlis kat dewan or hotel jer kan. Aku pon pernah cakap kat MKS..kalau Waiz kahwin nanti kita buat di dewan/hotel je lah yer. Tak payah susah2 nak kemas2 rumah. Tapi MKS jawab..'hai, anak awak tu sunat pon belum lagi!' Sentap mak dengar laki sound cam tu..hiks. Tapi MKS suruh aku simpan tisu katering masa majlis anak2 Pak Usu hari tu. Sebab kat tisu tu ada alamat & no.tel katering. Bila aku tanya nak buat..katanya boleh guna time majlis waiz nanti. See..sekarang sape yang hampeh?
H1N1 yang pertama [macam virus lah pulak]..abang yang paling sulung, Humaidy & Norzaimah. Kat tepi pengantin perempuan tu adik pengantin lelaki. Sepupu aku jugak..si Qila. Yang tepi pengantin lelaki tu bukan pengapit yer..penyempit! Sebab dalam semua gambar ada muka dia..over tau! Kalau korang nak tau..tu abang aku, Ngah!
Time makan kat meja beradab. Punyalah sedap..sampai tak pandang kamera yer. Eh gambar2 ni aku cilok kat facebook Cik Pok [Pakcik aku jugak]. Tak ingat nak transfer dari hp MKS. Ada jugak gambar dari hp aku..tapi sikit jer. Dan banyak yang kabur sebab tukang amik gambar tangan ketar!
Ni H1N1 yang kedua..Hibatul Haqqi & Nurul Aini. Diaorang ni dah lama nikah. Majlis kat rumah perempuan pon dah lama di buat. Tapi majlis sambut menantu dibuat serentak dengan abang & adik pengantin lelaki.

See..ada lagi gambar Ngah! Anaknya Nabil pon sempat menyelit sama. Time ni aku tak sempat nak tengok ketibaan pengantin. Sebab budak kecik..si waiz tu baru bangun dari tido! Aku ingat time dia dah tido tu..sempatlah nak bergambar. Tapi hampeh..kejap bebenor budak tu tido. Maybe panas kot..nak tido lama pon tak selesa.
Comel lah kaler pink..menyesal time aku kawin dulu tak amik kaler pink!
Eh..tiba2 sesat baby pulak. Ni anak pengantin kedua tadi..Haqqi & Aini. Sama tarikh lahir dengan waiz..05hb December. Ayatul Husna..comel & pink.. sama mama & babahnya. Elok je tido kat buaian..macam tau2 je mama & babahnya tengah bersanding.
H1N1 yang terakhir..Haniffah & Nor Izni. Warna grey ni pon cantik. Terkejut tengok pengantin perempuan...cantik sangat. Tengok kat luar biasa2 jer..tapi bila dah make-up..macam retis. Adik aku cakap macam Raja Ema..yeke?
Sweetnya diaorang...nak bersanding sekali lagi dengan MKS boleh tak? Emm...nantilah, annivesary yang ke-30..hahaha.
Ni pulak sebahagian kakak2 sepupu & makcik2 aku..diantara orang kuat majlis ni. Baju pon sama...ai je yang tak dapat baju ni..hehe. Tak dapat baju khas ni..so kita duduk diam jelah..jadi VVIP..hiks.

Lily..nanti ko kahwin buat kat dewan je lah yer..hehehe.



Sincerely...

6 comments:

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Konfem meriah.. 3 pngantin sekali sanding...

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

memang meriah majlis nie...3 in 1 :)

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akak sponsor dewan tau. hiksss

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Tak pe... memang tau Wida akan elaborate H3N3 sbb tu entry akak tu akak jadi short as promo, tak reti nak cerita... biar wida yang cerita penuh hu hu...

LY kawen nanti kaler pink tak? err... heh heh..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna dewan sekolah bt38 cukup..hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR hehehe..sis yg penulis, msti lagi pandai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal