Monday, December 5, 2011

Otak Kau Tu Yang Kuning!

Aku ni angin lah sikit kan, tak kenal pon kau tu sape..aku ni sape..tiba2 nak berdouble meaning dengan aku! Aku ni cakap..tak bermaksud apa2 pon. Otak kau tu yang terlebih kuning! Pergi cuci dengan clorox lah..bagi putih sikit!

Fuhh...bukan marah korang yer. Sila jangan salah faham..meh nak citer.

Sejak akhir2 ni aku memang hantu buah jambu batu. Boleh dikatakan tiap2 hari singgah beli buah jambu batu..RM2 sebekas. Ntah macam mana..rasa nak save budget, berhentilah beli buah jambu batu ni kat tepi jalan on the way nak balik rumah aku tu. Balik rumah boleh kupas sendiri..murah pon murah. Ni antara perbualan aku dengan budak lelaki jual buah;

Aku : Nak beli jambu batu yang tak de biji yer
Penjual : Tak de biji ke tak de butir kak? (sambil sengih2 kat aku)
Aku : emm..tak de butir.

Benci gila tengok muka budak tu..tapi aku jawab selamba je lah, walaupon dalam hati ni rasa nak sepak2 je muka dia. Dengan aku yang stail makcik2 ni pon ko nak melucah kan..agak2 lah. Aku ni kan customer ko..kot yer pon nak beramah mesra, tengok2 lah sikit. Aku ni pakai baju dah macam ustazah pilihan pon ko nak ajak berdouble meaning ek.

Memang aku blacklist lah kedai buah dia..tapi tahan takat 2 minggu jer. Pastu aku pergi jugak kedai tu cari buah jambu batu..keh keh. Masa aku beli baru-baru ni budak tu tak de pon, orang lain yang jual. Tapi dek kerana tak nak pisang berbuah dua kali..awal2 lagi aku dah susun ayat "nak buah jambu batu tak de butir yer"


p/s: sampai sekarang aku tak paham, lucah ke kalau sebut biji, karipap, batu, burung? Emm..

Sincerely...

22 comments:

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

haha...
rasa mcm budak tu xdouble meaning la wida..
org trg mmg sebut 'xdok butir' ..mungkin dia dengar pelik bila wida sebut biji..
yaya selalu pergi cari jambu batu kat foodcourt mydin mall..tp asam serbuk dia sekarang kurang sedap..sebelum nie best!

Cik Kamoo said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

org akal singkat je yg double meaning memanjang

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aku setuju ngan p/s ko tu...

lagi satu aku pelik lucah ke bila kita sebut lubang? adoi la...pelik la!!

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

gurau tak kena tempat...
isk isk isk...

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

xde pun wida, hurmmm mesti tak nikah lg budak tuh...lepuk kang br tahu

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ha...ha...ha.... sabor jgn marah sgt. kene belajar lg jd rakyat ganu tu...

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

butir erkk .. hurmm kalau akak cakap x der biji jugak huhuh

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tak boleh stop gelak nih...! apa daa.. kelakar sungguhlah wida ni...

Cho Zila said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

akakpun sebut biji kot.. dan rasanya sefamilipun sebut gitu.. kalau kat tapahpun sebut gitu rasanya... mungkin lain negeri lain sebutnya...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@YAYA AZURA eei..dia pndg penuh makna lah sis..geli sy.
lagi satu sy tau trgnu sebut butir..tp hr tu terlepas ckp biji, tak pasal2..dia sy nak melucah kot

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Cik Kamoo emm..geram jugak

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@wahida tu lah..kdg2 kita bermaksud lain, tp lain yg dipahamnya

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
aduh..ye lah sis

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany mmg muda lagi budak tu..x cukup umur dah gatai

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pena rozie aduh..tulah.byk kena bljar lagi

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@ieda
hiks..org luar mmg sebut biji je sis

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR eh sis ni..gelak pulak, hahaha

Aku Ibu Muda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wida..mybe it's not double meaning kan... :)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Cho Zila yelah..lain negeri, lain sebutnya

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Aku Ibu Muda yelah..kena positif.mgkin dia x de niat apa2 w/pon muka budak tu terserlah sgt kegatalannya..hehehe

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dulu masa sekolah akak duk cakap kopek buah pun, abis 1 kelas gelak.. akak mana tahu, dah ma kan mmg orang luar, itu yg disebutnya

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sW33tdARLiNG smapi skrg sy x berani sebut kopek..kalau balik selangor dgr org ckp kopek..terus tutup dada, hiks

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal