Friday, December 9, 2011

ATV Pantai

Biasa kalau tak tau nak ke mana..memang lepak pantai Batu Buruk jer lah. Kalau dulu..lepak pantai paling jimat duit. Tempat riadah hujung2 bulan..nak shopping duit tak ada. Kalau abis pon..setakat RM1-2 untuk beli aiskrem atau keropok lekor. Sekarang ni? Lepak pantai jer boleh habis RM20 ke atas! Beli belon upin ipin waiz jer dah RM5. Kalau nak naik kuda..RM4. Baru2 ni..ada ATV pantai pulak. Kalau nak main guna duit jugak tu..hiks.
Main sekali tu jer..pas ni tak ada lah. At least, merasalah jugak budak kecik tu naik ATV..hehe. MKS naik dengan Waiz..kena RM15 untuk pusing2 selama 15 minit. Kalau budak 2 jer yang main kena RM12 [Kalau tak salah lah].
Ada jugak jenis yang kecik. Kalau budak umur 5-6 tahun tu boleh bawak sendiri lah. Tapi waiz ni kecik lagi..x caya aku nak bagi dia bawak sorang2. Kang terjun laut pulak! So bagi dia naik dengan papanya. Aku sebenarnya teringin nak naik. Tapi aku tengok tak ada pon orang perempuan naik..malu lah pulak! Kalau aku naik sorang2 kat situ..mesti pakat kena gelak dengan orang.
Steady jer waiz ni..dia memang suka dengan motor & kereta ni. Time ni orang tu tengah hidupkan enjin ATV tu.
MKS suruh budak kecik tu pulas minyak, tapi waiz tak nak pulak. Muka serius jer..amik gambar suruh senyum pon tak nak. Ingatkan dia takut. Aku rasa waiz tension sebab kena naik dengan papa dia lah..hahaha.
Syok sangat main duaorang ni..aku tercongok sorang2 dekat 15 minit tau! Masa ni orang yang jaga ATV tu dah panggil MKS suruh berhenti main. Tapi MKS main jauh sangat..pastu aku tengok senyap tak gerak2 dari tempat tu. Suruhlah orang ATV tu pergi tengok, rupanya ATV yang MKS naik tu dah mati enjin. Patutlah tak leh jalan! Orang tu bagi ATV baru pulak..sambung main! Aku jugak yang kena tunggu lagik.
Orang lain main 15 minit jer..dia dapat extra time okey! Sape sebenarnya yang nak naik ATV ni pon aku tak tau. MKS ke waiz? Time ni memang aku bengang..nak naik, tapi malu..huhu.



Sincerely...

12 comments:

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

naik je wida,hany pun pernah main atv tp bukan kt pantai la. kat mcm belukar sket...seronok wooo

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

best2 naper wida tak naik sama?

mama tims said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nampak menarik benda nih wida..tp klu kita pompuan nak ni mcm malu tak? hehehe..

Syamimi Nazifa said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kalau tiga2 naik baru nampak happy family , kan ? :D

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany x de org naik lah hany..budak2 dgn org lelaki jer yg naik.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Hanis MYmaluuuu...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mama tims kalau kurus cam sis okey kot..sy ni x sesuai nak naik..hiks

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Syamimi Nazifa ish..kalau sy naik, mau terjongket atv tu!

sekamar rindu said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam..

rasa mcm ayah waiz je yg syok naik tu..:))))

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sekamar rindu hehe..betul tu!

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Mama mengandung ni semua nak rasa...

PBB ni tak mau tukar name ke jadi Pantai Batu Cantik?

Pantai Cinta Berahi pun tukar Pantai Cahaya Bulan... heh heh.,

Bilalah nak pergi PBB ni...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR biarlah kekal sebagai pantai batu buruk...hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal