Saturday, December 31, 2011

Gathering YKHY

Sambungan dari cerita ini...

Habis je majlis H3N3 kat Klang..dalam pukul 4.30pm tu kitaorang berkonvoi ke Tasik Shah Alam pulak. Ada hi-tea & gathering untuk YKHY [Yayasan Keluarga Haji Yunus]. See..tak puas makan kat kenduri, ada minum petang pulak. Mula2 tu aku ingat minum air & makan kuih jer. Tapi bila Kak Yong aku cakap ada kueatiaw goreng, nasi goreng semua..terus simpan perut. Sampai ke sudah aku tak makan nasi arab kat majlis Pak Usu aku tu..hehe.
Kat sinilah majlis hi-tea kitaorang..kedai kopi Shah Alam. 1st time datang sini..tak pastilah zaman aku study kat UiTM SA dulu ada ke tak kedai ni..tak pernah pergi pon.
Budak tak duduk diam..nyaris2 hilang masa kat sini. Tak tau ke mana dia merayau-rayau. Tak pasal2 aku kena bebel dengan MKS! Tu MKS tak tau pon cite budak ni hilang masa kitaorang solat kat masjid tadi.

Time tu MKS tido kejap kat dalam kereta..aku bawak waiz ni masuk tempat solat. Tapi ruang solat wanita tu jenis terbuka..tak de pintu pon. Aku tawakal dan redha je lah time solat tu. Doa2 harap budak tu tak hilang. Bila aku siap solat..tengok2 budak ni dah tak. Bila aku cari keliling, tak jumpa! Bila keluar kawasan solat tu..tengok budak ni merayau keliling masjid pakai terompah masjid!
Ni antara menu kat majlis hi-tea tu. Aku tak round pon meja bufet tu. Suruh MKS amik kan kueatiaw goreng jer. Tu je yang aku lalu makan. Sekarang ni makan kueatiaw  goreng hari2 pon tak pe..hehe
Rojak buah yang menarik selera aku..sebab banyak bahan2nya. Ada jambu batu..jambu air..sedap. Yang ni aku makan banyak!
Puding sagu tu MKS makan banyak kali..banyak pinggan dia repeat. Katanya sedap..sejuk. Tapi bila aku rasa..tawar jer. Ntah apa yang sedap aku pon tak paham.

Banyak lagi menu lain..tapi aku tak lalu sangat nak makan. Sangat sadis bila tengok banyak makanan yang sedap2..tapi tekak kau tak lalu nak telan!
Dalam pukul 7pm tu acara hi-tea ni pon abis. Masing2 bergerak balik ke destinasi tersendiri. Time ni lah bersalaman dengan saudara mara yang lain. Lepas ni ntah bila pulak dapat berkumpul lagi. Aku ni dahlah duduk jauh kan..gaya cam duduk amerika jer. Balik kampung pon setahun sekali!

*** Entry aku tulis sebelum ni lagi panjang, tapi tak taulah dimana silapnya..bila publish..n3 aku tinggal separuh. Tak pasal2 aku kena taip balik. Tapi ada cite bahagian pemberian wang saguhati dari YKHY tu aku tak taip semula. Mungkin tuhan beri petunjuk supaya aku tak ceritakan perkara yang terjadi. Jadilah biarlah ia menjadi rahsia antara aku dan Allah. Sesungguhnya dia yang mengetahui segala yang tersurat dan tersirat. Lagipon kesedihan tu dah berlalu dan hanyut..so biarlah.


Sincerely...

11 comments:

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Sebab tu lah akak tak dapat nak tlg apa-apa kalau di mana2 function yang terbuka (alah.. yg tak terbuka pun sama hu hu). Bak kata Kak Iza/Apit, akak ni asyik kelek anak je... apa nak buat... anak2 mcm ultraman upinipin dna chipmunk... waiz,waiz... kelakar bila teringat muka MKS bila tanya 'nampak waiz tak?' hu hu

Daddylicious said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

rojak buah tu nampak sangat marvelesnya....

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alamak, ma ni memang sentiasa terliur kalau tengok rojak..! Sedapnya... Hihi..

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

terliurnyer tengok rojok buah tu

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

adoii dikk
x menahan tgk rojak buah tuu
ermm dia tabur gula ye atas tuu ??

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Makan ajer ek...

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bahaya betul waiz tu suka merayau2... sib baik Allah lindungkan dia dr orang jahat ke apa... lenkali hati2 tauu..susah2 sangat, tinggalkan kejap dlm keter ngan hb

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wah mesti hati tak tenteram maso tak jumpo Waiz kan..

Mya said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kopok lekor kah itu?
terliyorrr..

Dalila Hamid said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lapar rojak

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

terliur rojak buah la pulak....kecur liur tengok rojak tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal