Wednesday, December 7, 2011

Teringin Mengembara..

Baru2 ni aku ada baca blog saudara aku..seronok sis ni berjalan dari Tapah ke CH..Pastu ke Kota Bahru. Kemudian singgah ke Kuala Terengganu..then ke Johor pulak. Singgah lagi di PD. Wah..memang dah cuti2 satu malaysia ni. Teringin jugak nak travel cam tu..pusing2 Malaysia pon tak pe. Sebab kalau ikot budget mana lah ada duit nak pusing negara2 omputih tu..tak pelah, maybe one day..pasang angan2.

Tak abis jeles dengan sis ni pusing2 satu Malaysia..baca pulak kat wall abang sepupu aku. Start 6hb dia & isterinya ada trip ke Europe, Paris, Switzerland, Netherland, Rep. Czech dan Belgium. Wah...terlopong mulut aku baca status dia. Kalau ada lalat atau langau masuk dalam mulut pon..ai tak sedar, hiks. Dalam hati...bestnya tengok orang berjalan sana sini. Bilalah aku nak dapat peluang macam tu yer.

Kalau ikotkan perangai aku..aku ni jenis yang lasak. Suka mengembara..suka try benda yang aku tak pernah buat lagi. Tapi bila dah kawen ni..jadi slow sikit lah. Sebab MKS tak suka sangat jalan2 ni..tak suka dengan benda yang dia tak biasa, benda yang dia tak pasti. Kiranya memang kontra lah dengan perangai aku! Sebab tu lah kitaorang memang jarang travel..sebab MKS takut sesat. Kadang2 tu..aku geram jugak. Yelah kita ni bukan sesat kat hutan..tak de signboard, tak de orang. Sesat kat jalan raya! Kalau tak de GPS..boleh berhenti tanya orang. Tapi..benda tulah yang MKS paling tak suka.

Biasanya kalau kitaorang balik KL..MKS berani pergi Klang [rumah Yong aku], pastu ke Kajang [rumah anak saudara dia], ke Semenyih [rumah Ngah aku & Mak Lang aku]..pastu jalan balik kampung aku [Sabak Bernam]. Lain2 tempat jangan mengade nak suruh dia pergi..kena tunggu orang bawak atau tunjukkan jalan baru dia nak pergi! Nak harapkan aku...hehehe, memang tak jumpa jalan lah. Sebab bab2 jalan & nombor ni..memang aku susah sikit nak hafal. Tapi sekurang-kurangnya aku ni beranilah jugak. Biarlah sesat..kuar masuk tol pon. Bukannya mati..kalau sesat kat highway!

Kalau di ikutkan jugak..abah aku tu pon bukannya reti jalan2 kat Malaysia ni. Tapi dia jenis gamble jer..tak jumpa destinasi nak dituju..patah je balik rumah. Susah apa. Abang2 aku yang duaorang tu pon cam tu jugak perangainya..bukannya reti sangat. Tapi kalau dah pusing2 tu..sampai jugak tempat nak dituju. Yang penting berani! Tak pe kalau sesat 2-3 kali..tu sebagai pengajaran & pembelajaran.

Nasib baiklah zaman aku bujang dulu..puas jugak berjalan ke sana sini. 3 tahun duduk UiTM Arau..sempat jugaklah jelajah Penang, Kedah & Perlis. Langkawi tu boleh dikatakan setiap tahun mesti pergi. Kelantan & Terengganu pon selalu pergi. Sebab aku selalu ikot rombongan mak & abah [persatuan peniaga melayu]. Banyak kali jugak pergi Kelantan. Johor..aku selalu pergi Batu Pahat jer, sebab melawat abang arwah mak. Tapi adalah singgah tempat orang beli pasu seramik tu..apa ke nama tempatnya. Sarawak pon pernah pergi sekali..tu pon sebab Yong aku kawin dengan orang Sarawak..hehehe.

Sekarang..bila dah kawen ni, duduk Kuala Terengganu jer lah. Terengganu ni pon aku tak abis explore lagi! Satu pulau pon tak pernah pergi! MKS tu takut nak naik bot..macam2 alasan bila ajak ke pulau. Katanya..kita pergi jer Pulau Kambing..tak pon Pulau Rusa. Grrr...geram betul! Teringin jugak nak jejak kaki ke Cameron Highland..sejuk jer. Tapi MKS tak suka pulak pergi tempat sejuk. Nanti jatuh sakit pulak. Johor bahru pon aku tak pernah pergi lagi. Satu lagi..Sabah! Emm...one day, insyaallah.



Sincerely...

28 comments:

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Ajak la MKS g Pulau Ketam. hi...hi...hi... Dah sampai ke belum ctu????

C.M.A @ CikMoonAdnan said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mak aii.. kalau $$$ banyak.. apa pun boleh ajer.. nak ke mana2 kan.. huhu~

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Jom g pulau kt tganu dgn lili, nak?

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aku pulak teringin nak gi Pulau Redang tu...

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

memang rugi kalau takut nak berjalan-jalan sebab takut sesat ni.

teringat pula citer dari sepupu akak, nak pergi LCCT pun takut..huhu, sbb tak pernah kuar kampung.

Kami berdua( akak laki bini) jenis gamble ni. Teringat kami pernah memandu berjam-jam dari Sheffield ke London tanpa sesiapa, hanya kami anak beranak berbekalkan peta usang je masa tu (masa tu belum popular GPS ni) lalu jalan Loch Ness malam2 buta pukul 12 tengah malam, mmg menggerunkan, tapi dah gamble punya pasal, sampai juga ke destinasi...alhamdulillah..:)

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

oops, silap Sheffied ke Scotland, bukan London...salah taip pulak..:)

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

i dah lama tak ke pulau2 sis...
4 tahun lebih gak ler...

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Papa mifz dah 2 kali ke pulau redang,cantek gila,insyallah bulan 3 tahun depan nk kesano lg ;-)

Kazman & Sue said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

pasu seramik tu kat air hitam.... batu pahat tu kampung saya... heee3x

Myra Jay said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Myra suka jalan2 gak..
Tp klau pulus ada lagi syiok jenjalan ;)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@pena rozie Pulau ketam?kat mana tu..x pernah dgr pon.p.musang, p.babi ada lah..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@C.M.A @ CikMoonAdnan yelah..apa2 hal pon yg penting fulusss..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna nak jer...jom. tp bulan 3 baru boleh gi pulau. tp time tu tgh sarat...huhu

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@wahida jom sis..sesama:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@~ yus ~ yelah..kalau takut tu, jadi katak bwh tempurung je lah.
sonok sis..dpt jln2 smpai ngra org..leh tinggal situ..smpai bersalin kat sana:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@~ yus ~ okey..hehehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@rasp
best jugak sesekali cuti2 kat pulau..kan

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Papa Mifz see..org luar pon dah byk kali jejak ke p.redang..emm

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kazman oo..tq.lupa dah..lama x gi:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Myra Jay kalau ada org sponsor..bestnya kan

dwaty said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

samalah kita... saya pun jenis yang suka mengembara... sekrg masih bujang... saya nak jalan puas2... teringin nak gi penang... kelantan dan terenganu...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

same la hubby hanis takmo gamble kalau boleh nak tahu perfect takmo sesat langsung, tapi kalau sesat hanis la tanya org, wida buat la cmtu gak... teringn gak nk g pulau... weee...nanti kita g sesama eh...

mama tims said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mmg best jenjalan negara org ni..dpt pengalaman..
exp paris..best sgt..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@dwaty jlnlah puas2 sementara x terikat dgn sape2 lg

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Hanis MY rupa2nya mmg ada org perangai cam hubby kita ni yer hanis

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mama tims sis prnh gi paris ke

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

jom jalan-jalan lagi sesama nak? tarik je MKS tu ikut Papa Nasir, mesti dia addict punye hu hu...
aim nak pi swiss juge, tapi definitely not in the winter la, nanti tak de bunga dengan colourful leaves tu sumer...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR swiss?tak terbayang pon nak pergi sana..hehehe.

cuti2 malaysia dah lah sis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal