Wednesday, December 28, 2011

Ada Minah Perasan Di Restoren Pulau Ketam!

Nasib lah jumpa blogger macam aku kan..tu lah..sape suruh ko jadi minah perasan. Tak pasal2 aku cite kat dalam blog aku kan! Hehehe. Nasib baiklah blog aku ni tak se-gah blog Red Mummy tu..kalau tak, memang semua reader pergi terjah Restoren Pulau Ketam tu semata-mata nak tengok minah perasan!

Kisahnya macam ni..lepas aku sampai kat Klang, yong aku ajak pergi makan kat luar. Tak pasti lah area mana..aku mana lah tau jalan2 kat Klang ni [oh ya..aku bukan orang Klang yer, orang kampung..Sabak Bernam. Klang ni rumah abang aku yang sulung..Yong]. Sampai kat restoren tu..sementara tunggu order, MKS amiklah gambar kat sekeliling restoren tu. Sebab deko kat restoren tu cantiklah jugak. Ada gambar2 jeti kat Pulau Ketam..nostalgia gitu. MKS ni kan macam al-jakun sikit..amik lah gambar sana sini. Campur amik gambar si waiz yang tak reti duduk diam tu jugak!

Pastu..tiba2 datang seorang pekerja restoren ni kat MKS. Dia tanya..MKS ada amik gambar tadi kan. MKS ni angguk lah...mula2 tu MKS ingat tak boleh ambik gambar kat restoren tu..takutlah jugak kan. Kot2 polisi restoren tu..dilarang mengambil gambar. Tapi masa MKS amik gambar..tak de pon mana2 pekerja yang tegur dia. So minah ni cakap kat MKS..kalau ada terambil gambar dia or gambar dia termasuk dalam kamera MKS tadi..dia suruh delete. Pastu terus blah..sambil buat muka tak puas hati. Kitaorang yang dengar dia cakap ni..terus tercengang, pastu gelak2 dengan perangai minah tu. Terus MKS cop pekerja tu 'minah perasan'!

Aduh...ada jugak orang pesen cam ni yer. Macamlah laki aku tu kemaruk sangat nak amik gambar dia. Bukannya cantik macam Fazura atau comel cam Nora Danish pon! Ish ish sabor jelah. Tapi aku pikir positif lah jugak..maybe before ni ada pelanggan fanatik amik gambar dia secara curi kot. Tu yang dia jadi trauma. Agaknyalah..

Tamat cite minah perasan tu. Ni antara menu2 yang yong aku dah order. Memang lain dari yang lain. Selalu makan ikan 3 rasa..masam manis. Ni lain sikit masakannya. Ikan2 dan lauk2 yang lain semua di ambil dari Pulau Ketam..memang fresh dan murah.
Ni sotong..tak pasti masak apa. Tapi kebanyakkan lauk yang yong order semua versi hitam2 jer. Aku suka makan sotong..tapi time mengandung ni, semua yang aku suka makan semua jadi tak sedap! Lagipon aku rasa cam hangus2 sikit..can not go!
Ni adik beradik lala jugak kot. Tapi besor2 cengkerangnya. Isinya ciput jer. Sedap..pedas2 sikit.
Ni ikan cencaru..dengan sos aneh. Aneh kan namanya? Lain dari yang lain. Tapi yang ni pon aku makan sikit jer.
Ni pepahat. Mula2 tu aku geli nak makan..tapi bila dah rasa..sedap pulak. Ada jugak menu telur dadar & kerang rebus..tapi tu tak payah amik gambar lah..hehe. Tak de sup or tomyam..kitaorang makan kering2 jer. 10 orang makan..total RM204. Yong aku belanja!

Sincerely...

7 comments:

C.M.A @ CikMoonAdnan said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hek eleehhh.. gler perasan pompuan tue.. bajet cun kot.. huhuhu

haha..anggap je laa dia trauma..haha

~ yus ~ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

pepahat? apa tu? hehe..kes minah perasan tu , mmg perasan betul ya...hihihi

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

haha minah perasan. mmg x leh blah.

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ekekek ada prob tuu minah tuu ekeke :)

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

huhu sesuai gelaran minah perasan itu hihihi hai woda, sori lama tak jengah sini...

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Kalau tak warning MKS, manelah orang tau dia perasan, iye tak?
Banyak n3 Wida ma terlepas. Jangan ambil hati..., ma 'ter'perasan sikit. Hihi...
Hari ni ma baca 3 n3 termasuk Hari Jadi Waiz. Selamat hari jadi, Waiz...

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hish, awat tak cakap je 'oh ada ka gambaq hang kat sini? tak pa, saya ni kalau nampak spesies makhluk asing memang pasti akan delete...'.
jahat tak... hu hu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal