Thursday, December 29, 2011

Gejubos lah sangat...

Tak tau samada ejaan gejubos tu betul ke tak..ai ni nama je anak orang jawa, tapi nak cakap jawa..hampeh! Siji loro telu je lah aku reti!

Rentetan peristiwa selepas makan nasi arab kat Shah Alam. Aku, yong & ngah bergerak ke rumah Pak Usu aku di Bukit Tinggi Klang. Keesokkan hari ada kenduri kahwin untuk ketiga-tiga sepupu aku. Biasanya orang jawa ni..ada lah buat gejubos atau gotong royong untuk majlis perkahwinan tu. Tapi disebabkan Pak Usu aku buat kenduri kat dewan..so tak adalah gejubos2 ni. Makanan pon semua tempah katering..kalau kat kampung mesti ada sembelih lembu, masak memasak..pasang khemah..macam2 lah.

Jadinya masa kitaorang datang rumah Pak Usu tu..cuma lepak2 sambil sembang2 dengan saudara mara je lah. Seronok jugak jumpa saudara mara yang lama tak jumpa..sebab last aku balik pon masa hari raya puasa dulu. Tapi bila dah petang tu..ada jugak tolong sikit bungkuskan dodol untuk tetamu makan esok. Nak tolong yang lain2..semua dah siap. So duduk makan je lah..hehehe.

Kat rumah Pak Usu ni jugaklah aku lepaskan mengidam aku nak makan pecal. Dari hari tu nak makan. Nak tunggu adik aku tu pos..kang sampai beranak belum tentu dapat makan! Nasib baiklah masa makan nasi arab kat Shah Alam tu aku makan sikit jer. So bolehlah aku sumbat pecal ni banyak2 kat perut aku. Memang puas hati lah..2 kali jugak aku tambah. Cuma rasa kureng sikit sebab tak ada bihun..sebab aku tak suka sangat makan sayur. Sebab tu kalau kat kampung..bila beli pecal mesti letak bihun & nasi himpit jer.
Sape yang tak kenal pecal ni..ni aku tolong google-kan. Kalau kat kampung..orang jual dalam daun pisang cam ni lah. Yang penting..kesedapan pecal ni terletak pada kuahnya. Kalau sedap kuahnya..sedaplah pecal tu.

Lagi satu..dapat jugak makan cempedak goreng masa kat rumah Pak Usu. Panas2 pulak tu..terus stop bungkus dodol. Layan makan cempedak dulu..hehehe. Kat Terengganu ni pon ada orang jual cempedak goreng..tapi aku tak jumpa2 lah pulak orang yang menjualnya! Bila berhenti tengok..ada goreng pisang & keropok lekor jer..sedih betul. Alhamdulillah..lepas mengidam aku. Kalau tak..meleleh-leleh air liur baby nanti..hehehe.

Banyak lagi makanan kat rumah Pak Usu aku..tomyam lah, sup lah, bubur kacang lah, roti jala lagi..kalau dah nama orang jawa tu..memang macam2 makanan ada! Tapi aku tak usik pon makanan yang lain..tak lalu. Kalau tak mengandung..dah lama aku bedal! Sejak mengandung ni..memilih sikit time makan. Nasi tak lalu..makanan goreng & minyak2 tak lalu..gulai & kari langsung tak boleh telan. Ish..mengade sungguh!

Hampir maghrib tu..kitaorang balik ke rumah Yong. Janji dengan Mak Usu nak datang balik..tapi bila dah sampai rumah, masing2 malas nak keluar. Perut pon dah kenyang kan..kalau perut lapar..wajib kitaorang pergi balik! Tapi Yong & MKS memang kena pergi ke rumah Pak Usu semula..sebab malam tu orang2 lelaki kena angkat barang2 ke dewan. MKS kata..lepas angkat barang, diaorang makan lagi kat kedai. MKS kata..keluarga aku ni memang suka makan. Sekejap2 makan..kumpul ramai2..mesti makan! Tengok lah badan masing2..hiks.





Sincerely...

7 comments:

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kan da belikan kuah pecal. tak menghargai sungguh. isk iskk

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ok lh tu... janji bila sebut bunyinya sama... hehe... tetiba teringin gak nk mkn pecal. nyum2...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wahh semenya makanan best2 yummy!

MOMMY CGG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

waa..
sume pic makanan..
terliur akak:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna tau..tq

Anonymous said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

smela sy. Peknen xmao nk mkn nsi..xslera,mmilih kn maen. Dlu slalu bedal je.. Ni smpi mbuk2..

Anonymous said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

beli kuah pecal di mn?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal