Cuti hari tu belajar memasak nasi dagang dengan Kak Nah & Mukminah. Memang dah plan lama nak belajar masak makanan tradisi Terengganu ni. Alhamdulillah..tercapai jugak hajat di hati. Terima kasih Kak Nah & Mukminah sebab merealisasikan impian aku ni. Pagi2 jumaat dah tercongok kat tangga rumah Kak Nah aku. Si budak kecik tu terpaksa angkut sama sebab papanya malas konon2nya ada kerja! Boleh gitu? Ni lah perangai orang lelaki yang aku tak berapa gemor - bukan kate ke mr MKS ek, tak baik aibkan suami sendiri (oh mungkin bukan semua..hanya sebahagian saje) Buat anak pandai..menjaga anak? Nak cebukkan anak pon leh muntah..sape tu? Okey, stop!
Kalau betul2 nak belajar..kena belajar dari akar umbi. So bahan2 nak buat nasi dagang aku & Mukminah yang cari kat Pasar Borong. Belajar cara2 nak beli rempah gulai nasi dagang, nak beli kelapa, beras wangi, beras pulut dan lain2. Dah beli barang..balik rumah terus rendam beras. Tak boleh masak terus..kena bagi beras tu kembang dulu. Sementara tu, kitaorang siapkan bahan nak memasak gulainya dulu. Banyak step..very complicated bagi orang yang benak otak cam aku ni. Bayangkan lah..siang ikan pon Kak Nah aku ajarkan! Nasib baik Kak Nah aku baek..lagi sporting.
Tapi yang terkilannya..aku leh buang kepala ikan tongkol tu! Padahal kepala ikan tu lah yang orang cari2! Lepas siap masak..Kak Nah aku tanya mana kepala ikan? Dengan selambanya aku cakap..dah buang. Tersentap kak ipar aku. Kalau aku jadi bakal menantu dia..mesti kena reject! Ya ampunnnn Kak Nah..Da tak tau. Siyes tak tau..sebab biasanya kalau aku beli ikan..beli bahagian ekor jer, huhu. Hampeh tol..buat malu kaum jer.
Dipendekan cerita..dari kol 10am sampai kol 7pm baru lah nasi dagang kami siap. Percubaan pertama ni, nasi dagang yang kitaorang kukus agak keras. Kuah gulai pulak agak masin..acar jer ok, tapi sebab aku yang masak, tetap sedap. Semuaorang makan dengan seleranya. Berani lah nak komplem...aku mogok tak masak sampai bila2 nanti. Lepas ni aku kena try sendiri kat rumah..sebab raya puasa tahun ni semua orang kampung request nak makan masakan aku. Gila ko..5 kali raya dah mengelat tak nak masak. Tahun ni aku kena masak gak..huhu.
Nasi dagang yang telah dikukus..kena gaul santan sekali, pas tu kukus balik. Dah masak..kena angkat nak gaul dengan santan sekali lagi, bawang merah, halia & halba. Hari2 kalau aku makan masakan bersantan cam ni..tinggi kolestrol aku!Finally..siap. Kak Nah memulakan acara dulu. Bayangkan aku & Kak Nah dari pagi tak makan apa2, tunggu nasi dagang punya pasal. Mintak2lah Kak Nah tak serik ajar aku memasak..huhu.
Sincerely...
12 comments:
beshnye raye tahun ni goyang kaki pasal ade tukang masak
suka giler makan nasik dagang, tapi hubby x leh telan, tu yg malas nak belajar..kang kalau belajar penat2, x de org nak mkn...huhu..
cayalah wida, dah pandai buat nasi dagang, mmg nampak sedap kari tu...
bravo...!!! lepas ni boleh laa meniaga nasik dagang.. tp jgn buang kepala ikan tauu.. kat chendering orang jual kepala ikan tu boleh kaya tauuu! hahahahhaa
@lyly yAna
ish x aci..kena tlg gak!
@wahida
tq sis..hehe.nanti raya dtg sabak bernam..sy msak nasi dagang
@sw33tdarling
tu lah..rugi rugi.
malas malas..hehe
@lyly yAna
x leh malas2, nnti x dpt duet ry
sedap nie dapat makan tgh2 hari mcm nie.. g cari lah jap hehe..:)
@renjerkabloi
tgh2hari mkn nasi dagang?..ok, hehe
wida,
uuu rindu nasik dagang owhhh sedapnya...
@mzhany
hehe..hany mesti expert doh msk nasi dagang
Post a Comment