Wednesday, March 23, 2011

Pengumuman Tempoh Berkabung Negeri Terengganu

Rasanya baru beberapa hari tinggalkan negeri Terengganu, buka http://myadha.blogspot.com/ dapat berita kemangkatan bonda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai rakyat, kami juga berdukacita dengan kemangkatan bonda baginda.

Semua pegawai dan kakitangan perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan serta badan-badan berkanun di seluruh Terengganu dikehendaki mematuhi peraturan pemakaian sepanjang tempoh berkabung 40 hari mulai 21 Mac hingga 29 April ini berikutan kemangkatan almarhum bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Ampuan Bariah Sultan Hisahmuddin Alam Shah.
Pegawai dan kakitangan lelaki Melayu perlu memakai songkok berlilit kain putih berukuran satu inci, manakala pegawai dan kakitangan wanita Melayu pula harus berselendang atau berkain tudung warna putih.
Sementara pegawai dan kakitangan yang berbangsa lain perlu mengenakan tali leher hitam atau lilitan hitam (armband) di sebelah kanan bagi lelaki dan lilitan lengan hitam (armband) bagi wanita. Sementara polis dan tentera berpakaian sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan masing-masing.
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said mengumumkan peraturan perkabungan itu di Kediaman seri Iman, Kuala Terengganu, petang ini (22 Mac).
Selain itu, beliau berkata segala perhimpunan ramai dan majlis atau acara anjuran Kerajaan dan bukan kerajaan yang berunsurkan hiburan juga ditegah sepanjang tempoh perkabungan kecuali majlis atau acara yang berunsurkan keagamaan, pendidikan riadah dan ilmiah.
“Jika ada pihak yang tidak menghormati dan ingkar peraturan sepanjang tempoh perkabungan dengan mengadakan majlis hiburan, mereka boleh dikenakan tindakan. Bagaimanapun, sebarang majlis itu perlu mendapatkan permit daripada pihak berkuasa tempatan dan polis terlebih dahulu.
“Majlis kenduri kahwin juga tidak boleh diselitkan dengan acara hiburan. Perlawanan bola sepak adalah suatu bentuk riadah dan ia boleh diteruskan seperti biasa,” katanya.
Menteri Besar berkata, semua bendera negeri dan lain-lain bendera kecuali Jalur Gemilang di jabatan dan bangunan kerajaan negeri, persekutuan, badan-badan berkanun serta pihak berkuasa tempatan, bangunan perniagaan, perusahaan dan kediaman hendaklah mengibarkan bendera separuh tiang.
Beliau juga menyarankan orang ramai untuk turut sama mematuhi peraturan sepanjang tempoh perkabungan itu.
“Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu diminta mengeluarkan arahan kepada semua imam dan bilal masjid serta surau kerajaan supaya melakukan tahlil sepanjang tujuh hari berikutan kemangkatan almarhum,” katanya.

Unit Komunikasi Negeri Terengganu

p/s: Baru tau berita ni..emm

Sincerely...

8 comments:

FadhDeela said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Semoga Arwah di tempatkan di sisi org2 yg beriman

Meh sini: Video: Nasib Janda!! 18sx

sw33tdarling said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tahziah...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@fadhdeela
amin

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sw33tdarling
takziah..

Rohani Hashim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hany hari slasa pakai hitam putih..umm next week br start bertudung putih, coz takde tudung putih, kena pergi carik huhuhu

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Orang awam kena jugak ke?

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang
x pasti lah ma, tp rasanya boleh jer kalau nak pakai

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany
oo..hany kerja trgnu ker?ingt kerja KL.kena jugak yer..emm

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal