Wednesday, March 9, 2011

Pap Smear

Tadi bawak waiz timbang berat kat Klinik Desa. Tak kena cucuk pon, timbang jer..berat sekarang 12kg! Tapi ni buka nak cite pasal waiz..tapi pasal mamawaiz. Soalan yang aku dah jangkakan dari JM Jammy (misi/nurse kat KD tu)

JM Jammy : Widadi, u dah buat pap smear? Bila?
Aku : Dah, masa anak 4 bulan.
JM Jammy : Skrg anak dah setahun lebih, buat sekali lagi yer. Staff nurse kita ada hari ni.
Aku : Emmm...http://www.cute-smiley.com
JM Jammy : Ke awak mengandung?
Aku : Tak lah
JM Jammy : Buat yer..
Aku : http://www.cute-smiley.comTak nak lah..saya uzurhttp://www.cute-smiley.com
(Terpaksa tipu sunat..huhu. Ya ampun JM Jammy...hari ni tak sedia lagi)

Apa itu Pap Smear?
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser. Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap 3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh.
Tapi kenapa klinik2 kerajaan syorkan buat pap smear setahun sekali ek?Seram lah! Teringat masa buat pap smear dulu..seharian aku jalan terkengkang-kengkang tau!


Sincerely...

16 comments:

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

erk!

Kamalia said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hahaha..tipu ye.kalu kat sini,xtahu la bape kerap die buat pap smear..rsnye slalu jugak kot..

mzhany said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hany lak wida, takot nk buat kalau plan, mcm dah plan next week nk buat, mesti berdebar debar, hari tu hany buat sbb tetibe doc suruh..hohoho

Mukminah Wahab said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tak leh bayangkan terpaksa berjalan terkangkang..seriau..huhu.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna
ada berannni?

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamalia
terpaksa..tipu sunat, hihi. nak wat pap smear ni kena be prepared dulu..

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mzhany
kalau hany sakit tak?

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Mukminah Wahab
oh..nak bersalin lagi seriau!tapi tu lah pengalaman yang paling berharga

dwaty said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

yay... takutnyer...

DiaUmaiNiNaz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

emmh! pengalaman tu...sampai jalan terkangkang2 ke...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@dwaty
takut?hihi

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@DiaUmaiNiNaz
sy je kot yang jd cam tu..org lain tak tau lah!

Anonymous said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ape pakaian pakai buat pap smear?

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Anonymous
masa sy dulu..pakai baju biasa jer.baju yg kita pakai masa dtg klinik tu lah.

Anonymous said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

baju ape dtg klinik?

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Anonymous
baju kurung

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal