Saturday, March 5, 2011

PETUA - Perah Santan

Hari ni aku nak share satu petua untuk perah santan. Yang ni aku baru belajar dari kak ipar aku..Kak Mah. Rasenya aku je yang tak tau cara nak perah santan kot. Tak ada orang nak ajar..kesian tak? Aku tak sempat nak menuntut ilmu memasak dari arwah mak aku dulu..menyesal giler tak belajar. Mak mertua pon dah tak ada. Sebab tu sampai sekarang aku tak reti memasak..haru betul!

Setakat masak nasi, air, goreng telur, sardin dan masakan simple2 tu boleh lah. Masakan yang berkuah, santan..memang aku failed! Kalau guna santan pon..biasanya aku beli yang segera jer. Tak pernah lah memerah santan ni. Nak dijadikan cerita..cuti hari tu Kak Mah ajak aku masak kat rumah dia sebab nak hantar makanan ke masjid sempena sambutan Maulud Nabi. So aku tolong lah apa yang patut. Pastu, Kak Mah suruh perah santan. Aku perahlah santan tu cam gambar kat bawah ni. Tapi Kak Mah tegur cara aku perah santan tu salah..santan kuar sikit jer. Cam kuar dari bur*t lembu jer katanya.
Di ajar lah aku supaya perah dengan cara di bawah..ternyata santan kuar dengan lebih banyak lagi dari cara di atas. Nasib baik Kak Mah ajar..sekarang tau lah cara nak perah santan..hehe. Banyak lagi petua2 Kak Mah dan kak ipar aku yang lain ada ajar. Cuma aku ni yang cepat sikit lupa..sebab tak praktikkan apa yang orang ajar.
Seorang perempuan tu, setinggi mana pon dia belajar, setinggi mana pon pangkat dia..kena pandai gak memasak! Sampai sekarang aku terkilan sebab tak belajar memasak dengan arwah makhttp://www.cute-smiley.com

Sincerely...

12 comments:

Cik Ila said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ooo..mcm tu eh yg btul?? cik ila buat,ibu jari jadi ke sisi..hahahah

URY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Oooo.. ada cara dan petuanya yer...
trm ksh lah kongsi.

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Mengakui kelemahan itu, terbaik. Semua orang sedia menolong.. Insya Allah.. ma rasa tak lama lagi boleh ambil tempahan kalau minat sungguh2.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Cik Ila
jumpa geng..haha

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@URY
sharing is caring..
sama2

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Kamariah Awang
betul tu..kalau x reti/paham..kena lah bertnya pd yg pakar.jgn buat bodoh smbong pulak..hehe
tp nak amik tempahan tu..idoklah

Farrah Hasna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sayepun bab msak santan mmg tingtong gak...tapi kena blajar sbb suami suke..sudi2 senggah n komen blog saye..tq!

EZAN IDMA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

thanks kak sudi kongsi . saye pon tgh blaja memasak. hehe

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Farrah Hasna
hehe..samalah, suami sy pon suka mkn kari & gulai..cuma bininya malas nak melayan:)

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@EZAN IDMA
sama2..:)

sw33tdarling said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

dah lama tak perah santan sbb asyik pakai santan kotak.. kalau tak pakai santan kotak pun, beli santan timbang yg dah siap perah...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sw33tdarling
x old skoll lah sis ni.
guna santan perah sendiri lagi sdp tau..kuikui

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal