Thursday, March 10, 2011

Pernikahan Itu Mudah

Semalam kak ipar aku bagi tahu..anak teruna dia nak kahwin. Berita yang agak mengejutkan jugaklah. Sebab hari Isnin (7hb Mac 2011) semalam baru bertunang. Tup tup esok nak nikah. Keluarga belah perempuan nak mempercepatkan benda yang baik ni. Sebelum diaorang berangkat pulang ke Mesir semula. Iyer..anak kak ipar aku ni masih belajar di Mesir.  Yang perempuannya pon masih belajar di Mesir jugak. Diaorang balik ke Malaysia sebab baru2 ni kan kecoh semua student Malaysia kena balik..

Masa majlis pertunangan hari tu..aku tak dapat ikot sama, sebab kerja. Jadi agak ketinggalan dengan berita pernikahan ni. Tak tau lah nak komen apa. Tapi bila mr MKS tau semalam..berubah jugak lah air muka dia. Cam tak berapa suka dengan pernikahan 'kilat' ni. Sebab anak saudara dia tu tak abis belajar lagi..duit belajar & makan semua ditanggung oleh keluarga. Sebab tu dia tak berapa setuju kot. Tapi sebenarnya aku tau..mr MKS kesiankan kakak dia..

Tapi apa yang aku suka dengan pernikahan ni..betul2 mengikut apa yang junjungan nabi kita sarankan iaitu bersederhana. Bakal pengantin pon dah pesan ke maknya ..tak payah susah2 sebab pernikahan tu mudah. Hanya orang kita ni kadang2 yang terlampau memikirkan kesusahan & kepayahan untuk mendirikan masjid.
Dari Uqbah bin Amir, bersabda Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam: “Sebaik-baik mahar adalah yang paling ringan.”

p/s: speechless..tak tau nak tulis apa dah. Cam aku yang nak kawen esok!


Sincerely...

4 comments:

Mukminah Wahab said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

takleh tahan lawak betol ayat last tu.. 'speechless..tak tau nak tulis apa dah. Cam aku yang nak kawen esok!' hahahaha.. ^^

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@Mukminah Wahab
Emm..tu lah

sw33tdarling said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

oohh ceritanya mcm tu.. [akibat baca entry dr atas]

rasanya mereka nak menjaga diri masing2 dengan lebih mudah.. dgn krisis kat sana yg teruk, lebih elok mereka jadi suami sendiri, apa2 masalah, senang nak harung sama2...

kalau tak bernikah, rasa mcm susah laa skit nak selalu bersama

ambil yg positif laa ya...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@sw33tdarling
emm..cam tu lah citenya.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal