Rasanya aku tengah sakit ni :
PMS
Bila & tanda2nya?
Tanda-tanda PMS berlaku 1 hingga 2 minggu sebelum datang haid, kadang kala tanda-tanda ini berlanjutan sehingga beberapa hari semasa datang haid. Tanda-tanda umum adalah kembung perut dan rentasi air ( menyebabkan peningkatan berat badan ), sakit pada payudara, sakit kepala (migran), kekejangan, sakit perut, letih, senang meradang dan sebagainya.
Kenapa terjadi?
Tekanan hidup, diet pemakanan yang tidak sihat (makan makanan yang mengandungi sisa-sisa hormon estrogen misalan : daging, telur, hasil tenusu) dan kekurangan senaman akan menyebabkan estrogen yang berlebihan dalam badan kita dan kekurangan hormon progesteron untuk mengimbangkan keadaan ini. Ini seterusnya mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan masalah PMS pada kalangan wanita.
p/s: rasa nak marah jer..dan aku tak leh control marah tu. Grrrr..
Sincerely...
6 comments:
kalaula lelaki rasa apa yang pompuan rasa......
Dan juga, tetiba je jadi monster kuat makan..
@dwaty
betul tu..
@Gimi
yg tu pon betul..huhu.
list no.1 adalah coklat!
seminggu sebelum period, saya akan rasa lenguh segala urat sendi.. masa tu laaa sakit kat tulang atas montot dan rasa nak marah jer... [anak2 buat kacau, siap laa masa tu!]
@sw33tdarling
betul tu sis..kdg2 benda kecik pon rasa nak marah jer. sungguh x cool!
Post a Comment