Wednesday, December 22, 2010

Serbuk koko tiruan dicampur dalam Milo

Berita ni di petik dari Kosmo hari ni :

GEORGE TOWN - Terdapat peniaga minuman di negeri ini yang memperdaya pelanggan mereka dengan mengisi semula serbuk koko tiruan ke dalam tin Milo asal bagi mengaut keuntungan mudah. Penggunaan serbuk koko tiruan itu dipercayai dapat menjimatkan kos pembelian sebanyak 30 peratus berbanding harga Milo asal.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, M. Guna Selan berkata, perkara itu dimaklumkan orang awam selepas menyedari ada peniaga menggunakan serbuk koko tiruan bagi pesanan minuman Milo. Menurut beliau, hasil pemeriksaan di beberapa kedai minuman di sekitar Bukit Minyak, Taman Ciku di Bukit Mertajam serta di Seberang Jaya mendapati, serbuk koko yang dijual di dalam bungkusan plastik tanpa jenama itu diisi ke dalam tin Milo seberat dua kilogram (kg).

Kenapalah banyak sangat barang tiruan ni? B4 ni biasanya baju, kasut dan beg je yang tiruan..sekarang makanan pon ada yang tiruan. Diaorg tak pikir ke makanan tu boleh beri kesan pada penggunanya? Lebih2 lagi pada penggemar milo cam aku ni. Kalau minum kat kedai mesti order milo ais..hehe. Sape yang duduk Georgetown tu hati2 lah yer..

Sincerely...

1 comments:

ynn said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wah...berniaga minuman pun nak tipu...mcm tipu wit owg juga ni...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal