Sunday, December 5, 2010

Selamat Hari Lahir Sayang..

Pada 05hb Dec@11.19pm tahun lepas..saat ini lah mama melahirkan Khairul Waiz. Satu tahun sudah berlalu..selamat hari lahir sayang. Semoga anak mama sihat, menjadi anak yg soleh & beriman. Waiz lah pengubat hati mama & papa. Waiz lah harapan kami berdua. Kalau Waiz dah besar nanti..dah pandai baca..ketahui lah sayang, mama hanya mahu yang terbaik sahaja untuk kamu.

Kalau boleh mama nak sambut hari lahir Waiz yg ke10, 20, 30, 40, 50...dan seterusnya. Mama nak ada di sisi Waiz masa Waiz pertama kali sekolah, masuk universiti, graduate, kerja, kawen, ada anak, ada cucu...Tapi kalau mama dah x ada..Waiz janji kena doakan mama yer (sob..sob..sob). Waiz...jangan nakal-nakal, dengar cakap mama yer. Syurga kan bawah tapak kaki mama..hehe.

p/s : Mama masih x caye Waiz dah besar..emm

Sincerely...

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal