Wednesday, December 1, 2010

Cilakak..bukan Celaka Ok

Sungguh aku x mencarut..cuma mengarut jer. Lagi pon x baik mencarut ni..kan? Tapi kalau korang datang ke Terengganu, jangan terkejut kalau ada org kata cilakak kat korang. Takut nanti ada yg fobia nak dtg ke Terengganu lagi..hehehe. Sebenarnya perkataan cilakak tu tidak di kira/di anggap sebagai mencarut sepertimana perkataan celaka itu sendiri. Dan setahu aku juga lah..dalam Kamus Dewan tidak menunjukkan maksud yg mencarut pon untuk perkataan celaka tu. Alah konsepnya sama lah macam perkataan B*BI..perkataan tu menunjukkan kepada seekor binatang. Tapi bila org kita ni selalu sebut B*BI kepada org lain..terus dikatakan sebagai mencarut.

Berbalik kepada perkataan cilakak tadi..org2 tua (dan ada juga yg muda) kat Terengganu ni suka sebut perkataan cilakak sebagai penyedap/penambah rasa dlm perbualan mereka. Ingat masak-masak je ke ada tambah perasa ni..masa bercakap pon kena tambah perasa jugak! Kalau korang nak tau..masa mula2 aku dengar org cakap cilakak ni adalah Kak Zie iaitu ofismate aku. Terkejut lah jugak..sbb ingatkan dia mencarut. Tak sangka lah..orgnya baik tapi mencarut. Tapi bila dah dijelaskan maksud cilakak tu..barulah aku paham. Korang paham tak..meh nak bagi contoh perbualan :
A : Sapo dia naik BMW tu?
B : Mu dok tahu ke..anak Embong.
A : Cilakak sungguh..kije kilang pakai BMW
Lebih kurang gitu lah..nak expalin lebey2 x berani lah..sebab aku pon bukan asal org Terengganu. Kena tanya pada yg pakar lah..hehe. Aku pon banyak benda lagi kena belajar bahasa Terengganu ni..baru 4++ tahun duduk sini..x khatam lagi. Hari2 ada je perkataan baru yg aku belajar. Budak2 ofis aku memang x lokek lah mengajar aku..nak-nak Kak zie tu..org muda..tapi cakap cam org tua!

Sincerely...

4 comments:

ynn said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kalau tak tahu apa maksud nyer...mesti rasa bengang...hikhik...;d

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@yana : betul tu..hehe

roziah said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hahaha....

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

haha..sape nak tau roziah ni lah k.zie tu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal