Friday, December 3, 2010

Makan Katak Puru

Eeei nak mencium katak pon x lalu..walaupun katak tu putera raja..apatah lagi nak memakannya...uwekk. Tapi yg aku makan ni..buah katak puru. Tak tau lah pulak nama saintifiknya ape..tp nama tu lah yg di panggil oleh org sini. Kalau belah selangor..aku panggil buah nam-nam. Ada sape2 x tau cam ner buah katak puru/nam2 ni? Meh nak tunjuk...
Menggerutu..sebab tu di panggil katak puru kot (agak2 jer). Tapi rasanya..sedappp..ada yg manis, ada yg masam & ada yg masam manis. Lagi sedap kalau di cicah/colek dengan kuah rojak ni..
Seingat aku lah..zaman kecik2 dulu selalu ikot arwah nenek masuk kebun sbb nak cari buah katak puru ni. Sanggup kena gigit dgn nyamuk semata-mata nak makan buah ni. Selepas nenek meninggal pd tahun 1996, x ade sape nak tolong aku cari buah ni lagi. Then aku duduk asrama, masuk universiti..terus lupa dgn buah katak puru ni. Sehinggalah aku kahwin dgn mr MKS..terkejut & melompat kesukaan sebab kat rumah ketiga-tiga kakak mr MKS ada pokok katak puru ni..hehe. Finally aku jumpa jugak buah kegemaran aku ni. So sekarang kalau nak makan..petik jer kat rumah Kak Ha, kalau abis..cari kat rumah Kak Mah..kalau x ade juga..curik kat rumah Kak Nah..hehe.

p/s : kalau kat tmpt korang panggil buah ni buah ape?

Sincerely...

7 comments:

ilham_un said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam....
kalau klantan panggil katak puru jugak kak...
lau johor diaorang panggil buah nam-nam.
yang saya tau buah tue sedap makan ngan kicap n gula...heheheh.kecur liur tengok.

Mama Zara said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

me pon panggil katak puru jugak :) tp baru sekali makan, dh x jumpa buah ni...

C.A.R.M.I.L.A said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

buah nie namanya buah nam nam org selangor panggil la..first time mkn buah nie kat umah pakcik.. nak cr lagi buah nie mmg susah... tapi buah nie sedap masam manis cicah garam lg la maveloss...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@ilham_nur : oo..kiranya sama jugak lah name buah ni yer..cicah dgn kicap + gula + lada sikit..mmg sodappp

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@mama zara : makan sekali jer ker..ruginya. kena cari lagi lah

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@carmila : mmg marvelossss..hehe

IBU WAFIQ said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

telan air liur tengok pic buah katak puru..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal