Thursday, February 2, 2012

Terima Kasih DN

Dah lama nak buat entry penghargaan ni..tapi asyik lah bertangguh. Aku ni kalau ada 'kerja'..cam ni lah. Selagi tak abis buat 'kerja' tu..benda lain semua tak ada masa nak usik, hehe. Kerja apa? Khatamkan cite korea lah! Baru abis tengok cite Secret Garden. Dah lama cite tu terperam kat external..nak busuk dah, aku baru nak tengok..hehe.

Tapi puas hati dapat tengok..sedih pun ada. Lebih2 lagi time Gil Ra Im tu koma kat hospital..then si Joo Won tu decide nak tukar roh dia ke dalam badan kekasih dia. Waa...meleleh air mata aku tengok. Pastu boleh pulak terkantoi dengan Ketua Loji aku..tetiba jer dia masuk bilik aku time aku menangis. Malu betul! Cis..

Okey....stop pasal Secret garden. Ni nak cite pasal hadiah yang aku dapat dari salah seorang blogger yang merangkap jugak kawan aku masa kat sekolah dulu. Dia bagi hadiah ni sebab aku rajin komen kat blog dia. Terima kasih DN. Wida selalu komen kat blog DN sebab suka baca cite2 dan luahan hati DN. Walaupon masa sekolah dulu..wida dan DN ni x lah rapat sangat, tapi wida harap kita boleh jadi sahabat yang baik di dunia blog ni.
Ni lah hadiah yang DN hantar kat aku..terkejut masa mula2 sampai tu. Sebab punyalah besar! Masa tu jugak aku confused dengan nama pengirim..sebab dari sekolah memang panggil Deq Noor/DN..so tak perasan lah pulak dengan nama sebenar DN ni..sori DN..hehe.
Hadiah lukisan dari negara China..jauh tu. Rasa berbangga dan berbesar hati sebab dapat simpan hadiah dari DN ni. Nanti kalau DN datang Kuala Terengganu..bagitau wida yer. Boleh belanja keropok lekor.

Lukisan ni aku nak letak kat dalam frame..pastu gantung kat dalam bilik. Memang sesuai kan? Meh kawan2...jenguk blog kawan aku ni..Perfectionist.


Sincerely...

8 comments:

lyly yAna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

siape kak? lili kenal tak?

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

terharunye wida buat entry utk DN... Tq... ^_^

Mmg ramai xtahu nama sbnr DN. Bukan wida sorg. Hehe... Keep in touch ya..:D

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@lyly yAna x kenal kot..trylah tgk blog sis ni..cam ke tak.

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@deqnoor wida lagi terharu DN sanggup pos hadiah ni..tq sekali lagi ya!

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

seronoknya bila ada kawan2 menghargai kita kan dik ;)
cantik ..

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sedihhh kann secret garden tuuu? huhuhuhuhuhuhu

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wah syok la dapat hadiah...:)

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alhamdulillah... Mudah2an berambah erat silaturrahim. Cantik lukisan tu, Wida. Ma pun berkenan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal