Tuesday, September 9, 2014

Western vs Kampung

Bertemu lagi dalam segmen masak-masak. Memang nampak sangat blog mak-mak kan? Tapi hari ni tak adalah nak share resepi..sebab senang sesangat.

Cuma nak ceritalah, kalau kat rumah..tekaknya masing2 berbeza. MKS memang tak reti sangat makan western ni. Asyiklah mintak nasi. Asal nampak muka isteri je..sebut lapar. Aishh...confius jap. Adakah dia ingat isteri dia ni rice cooker?

Saya pulak..memang suka makan ala-ala western ni walaupun muka 100% jawa. So kalau saya masak western..nak tak nak kena jugak masak makanan melayu/kampung waima goreng kuih-kuih. Nasib baik dalam esbok memang standby kuih2 frozen macam karipap, keropok lekor & samosa...goreng jelah untuk MKS makan.

Tapi sekarang..saya paksa jugak dia rasa dan suka western foods ni. Tekak tu tak payahlah nak kampung sangat kan...asyik2 cicah budu je. Kenalah rasa semua makanan time sihat ni..takut nanti, dah sakit..kena pantang itu ini..telan airliur jelah.
Macam hari tu saya masak pizza roti dan pasta..tapi buat jugaklah nasi goreng kampung untuk MKS. Sebab dah terbiasa kot..walaupon masa tu dia yang paling banyak makan roti pizza tu! Hah..sedaplah tu...selama ni takut sangat nak mencuba makanan lain. Baaaanyakk lagi makanan yang sedap lagi nasi cicah budu kan?

Tapi yang pasta tu dia tak leh telan lagi. Terpaksalah saya telan sorang-sorang..nangis! Hari tu saya makan kat rumah orang, sedap pulak. Nape ai buat tak berapa sedap? Emm..tak pe cuba lagi.

Saya nak share roti pizza dengan korang..sebab sedap dan ringkas. Resepi cam biasa amik kat group RR di FB..tapi saya buat ikut selera saya.

Bahan A (Topping Pizza)
-  3 keping daging/ayam kisar Ramly
- 1/2 biji bawang holland
- sedikit garam
- sedikit oregano
- 2 Sudu besar Sos cili/sos spaghetti
- minyak zaitun untuk menumis

Bahan B (Roti Pizza)
- 5 keping roti Gardenia (sebab tray oven saya muat 4 keping roti dan 1 keping lagi di kerat dua - kalau nak buat banyak boleh letak atas bawah tapi nanti time masak pandai2 lah adjust suhu oven)
- planta

Bahan C
- Sos cili
- mayonis
- cheese mozarella
- cheese topping pizza
- 2 batang sosej (hiris nipis)

Cara-caranya:
1. Panaskan oven dahulu.
2. Tumis dan masak semua bahan A atas dapur.
3. Sapukan roti dengan planta.
4. Letakkan bahan A ke atas roti. Kemudian letak pulak bahan C
5. Bakar dalam oven selama 20-25 minit suhu 160c sehingga masak.

* Tips: Cheese kena letak banyak2..barulah sodap!

Selamat mencuba!












1 comments:

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmmm sedapnya... lelama MKS tu lupa la nnt nasi cecah budu hu hu... Nak minta resipi ni ya sis, nak try.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal