Wednesday, September 10, 2014

Udang masak lemak sempoi

Telan ailio pulak tengok gambar kat bawah ni...gluupp

Saya kalau dapat stok udang galah, memang tak reti nak masak lain. Masak lemak cilipadi atau goreng sambal je lah. Dua menu tu paling saya suka dan kena dengan tekak saya sekeluarga.

Biasa saya beli sekilo udang galah..RM30. Kalau kira-kira time cuci udang tu dapatlah 30 ekor. So lepas siap basuh..saya asing siap2 dalam 3 bekas. Boleh masak 3 kali dengan purata 10 ekor udang untuk satu hidangan. Alamak...dapat bini akauntan macam ni lah. Memang berkira-kira sedikit..tapi bukanlah kedekut. Cuma tak nak ada pembaziran..kalau tak habis..di buang kan sayang tu. Betul tak?

Satu lagi..disebabkan kos bahan2 dan keperluan rumah pon naik, kena lah pandai atur kewangan. Takut kang...separuh bulan duit belanja dah tak ada, makanlah telur dan ikan bilis..hehe

Ada yang nak resepi ke? Jom saya kongsikan..sempoi dan paling senang. Memang saya tak letak halia, serai, asam keping semua..sebab MKS tak leh makan.

Bahan-bahannya:
- 2 ulas bawang merah *
- 1 ulas bawang putih *
- 4 cili padi * (nak pedas tambah lagi)
- 3/4 kotak santan (saya guna kotak kecil jenama S&P)
- sedikit serbuk kunyit (nak sedap guna kunyit hidup - tp saya tak ada stok)
- garam secukup rasa
- sedikit gula
- Air masak

(kalau suka boleh tambah sayur kacang panjang dan lobak merah macam saya)

Cara-caranya:
1. Tumbuk/kisar semua bahan bertanda *
2. Tuang santan dalam periuk beserta bahan yang telah dikisar. Tambah serbuk kunyit.
3. Masak atas dapur
4. Masukkan udang galah. Kalau pekat tambah air.
5. Kalau ada sayur..masukkan.
6. Tambah garam dan gula secukup rasa
7. Kacau sentiasa..

Kalau masak lemak..saya suka ayam goreng atau ikan goreng sebagai regunya. Tak payah menu lain..makan dengan nasi panas-panas..aishh boleh bertambah 2-3 pinggan! Mak mertua lalu tak sedar tau. Nasib baik saya tak ada MIL dah..hehe.

Okey..selamat mencuba!


3 comments:

Mia Kassim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Mmg membangkit selera ... :)

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Aik, dah asyik post resipi ni... blh la joint next Masterchef ni sis hu hu...

ini feberet Papa Nasir... hmm... mcm dh lama tak masak...

wida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

@RYS AREESA NASIR jr

Masterchef? hehe..tinggi sgt tu. alah masak ringkas-ringkas je sis..jimat sikit dr beli luar yg tak tau kebersihannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal