Friday, September 5, 2014

No More WAHM

7 bulan duduk rumah..nak kata tanam anggur, tak ada hasilnya pon. Lebih kepada ternak lemak agaknya. 
Finally..sambung kerja lah kita sebab dapat offer yang okey jugaklah. Kita tengok lama mana boleh tahan okey..

Kadang-kadang tu penat jugak. Orang lain dah stabil kerjayanya..kita baru nak menapak. Dah bertapak..jatuh balik. Kena start semula..emm, tak pelah. Mungkin ada hikmahnya.

Sekarang saya kerja kat syarikat kontraktor di area Bukit Kecil. Tokei chinese. Ramai pekerja chinese..and few malays. Okeylah..baru seminggu kerja, tak boleh nak agak lagi macamana.

Saya tak pernah lagi buat akaun untuk kontraktor..projek semua ni. Benda baru..so banyak kena belajar. Hope otak dan memori ni boleh berfungsi dengan baik. Seram jugak ni..doakan saya okey.

Kerja dari pukul 8 pagi sampai 5.30 petang, duduk kat meja sorang-sorang..independent & anti-sosial! Nak sangat kerja akaun kan..haha, amik ko!
Bila mak dah kerja ni..anak pon kenalah campak ke nursery semula. Alhamdulillah..una okey je. Pagi papa dia hantar..balik saya pick-up dengan motor. Suka sangat dia naik motor hokey..

Waiz? Budak tu lagilah suka duduk transit. Ramai kawan-kawan. 
Sebenarnya lepas abis sekolah 12.30 tghari tu boleh je MKS amik dan jaga dia. Tapi papanya malas nak pikir dan pening kepala..so hantar je transit. Lantaklah..duit dia membayornya..hehe.

Pukul 5.30 ptg baru MKS amik waiz..pastu balik rumah.
Waiz dan beskal baru..bersungguh-sungguh kumpul duit raya, nak beli basikal ni. Tapi...mama belanjalah kali ni...hukhuk.
Tuan blog...selfie sekali!

2 comments:

Arysa Nasir said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

La, ni mesti boring duk umah tak kerja ye? hu hu... tak pe Wida, buat project account tu challenging n exciting... been there for 8 years hu hu...

Anonymous said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Quality posts is the important to interest the viewers
to visit the website, that's what this web page is providing.



Feel free to surf to my website; homemade skin whitening cream

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal