Wednesday, November 14, 2012

Durian Crepe Kuala Terengganu Paling Seeedappp

Abaikan tajuk yang begitu poyo..hahaha

Rentetan dari kes INI dan INI. Muntah hijo lah korang baca entry durian crepe jer..

Hari Isnin semalam dengan rasminya saya dah merasa durian crepe buat pertama kalinya dalam hidup ini..ceh. Yang ni saya order kat FB  - Anum Cookies.

Berhadapan dengan blok taska Permata waiz..so lepas amik budak kecik tu, terus ke rumah Kak Anum..amik durian crepe. Tak jumpa pon tukang buatnya..budak [maybe anaknya] yang hantar.
Dari dalam kereta budak ni dah godek-godek durian crepe saya. Alahai...tak tenang saya nak memandu. Takut durian crepe tu tergolek...kembang kempis tahan bau lagi..fuh dugaan.
Sampai je kedai MKS [lepas amik waiz..saya kena amik MKS kat kedai dulu b4 balik rumah sama-sama], terus bawak durian crepe kat ofis MKS. See...gebukan [durian crepe..bukan tangan saya yer]. 

RM10 sebekas..ada 5 ketui semuanya. Tersangat lah sedap. Penggemar durian, WAJIB cuba! Lempeng kaler kuning tu di balut dengan isi durian & krim. Makan sejuk-sejuk...fuhh..terbayang-bayang lagi rasanya. Bak kata Chef Jo Masterchef..meletup-letup dalam mulut!

MKS makan dua ketui..saya makan dua ketui, satu lagi tu MKS bagi ke pekerjanya [ada dua org pekerja, so pandai-pandailah korang kongsi!]. Abis dalam masa kurang 30 saat! Menyesal tak order banyak..punyalah sedap.

Tak pe..saya punya next order kat FB - Family's Patisserie [kat batu buruk] pulak. Nak rasa yang versi lain..lepas tu bolehlah pilih mana yang terbaekkk...kan?

Kak Yaya..amboi, lajunya update durian crepe kan? Jom kita cuba yang kat batu buruk ni pulak. Eh jumpa satu lagi orang buat durian crepe..dekat dengan ofis saya jugak. FB - The baking sister [location : Jalan Pasir Panjang]...ngeee

Sunday, November 11, 2012

Durian Crepe di Kuala Terengganu..konpem, tak tipuuu

:: Durian Crepe Anum Cookies::
Lepas saya post pasal durian crepe baru-baru ni, saya tengok ramai yang singgah blog saya. Kesian..tu mesti orang-orang yang mencari durian crepe macam saya jugak kan?

Sebab kalau korang search kat google "durian crepe di kuala terengganu"..mesti blog saya terpampang di antara yang atassss sekali..hehe.

Okey..sebenarnya saya tak menjual & membuat durian crepe okey. Saya ni hanya insan yang mengidam nak makan durian crepe. Mengidam nak makan sejak mengandung khairuna tu lagi tau..sekarang budak tu dah 5 bulan!  

Sebab dah tak tertahan lagi..di tambah-tambah dengan lambakan cerita pasal durian crepe ni di merata-rata blog, so saya nekad nak mencari durian crepe ni sehingga ke lubang cacing!

Mula-mula haruslah merempan kat blog kan..lepas tu updated status kat facebook pulak. Alhamdulillah..bila post kat FB tu, ada kawan saya pernah tengok durian crepe tu kat wall FB dia. So saya pm lah FB orang [nurse] jual durian crepe tu..tapi rupanya dia pon jadi orang tengah. So nurse tu suruh saya add terus orang yang buat & jual durian crepe tu..alhamdulillah.

Haruslah sepantas kilat add FB & order kan. So sape orang Kuala Terengganu yang teringin nak rasa durian crepe, boleh lah try order kat FB - anum cookies ni yer. Orang ni duduk kat chendering, dekat dengan taska waiz.

Jangan ditanya rasanya..saya tak makan lagi tau! Baru order sebekas...try dulu. Kalau sedap di tekak saya..saya order 10 bekas pulak, keh keh. 

Turn order saya hari Isnin [esok] nanti..tak sabar nak rasa. Tengok dengan gaya tunggu giliran cam ni, konpem sedap kan. Sebab ramai yang membeli..dan testimoni kat FB dia pon macam sedappppp je.

Cepat lah esoookkkkk..


p/s: updated...jumpa lagi satu tempat jual durian crepe, ni kat batu buruk je. FB - Family's Patisserie.





Saturday, November 10, 2012

Durian Crepe Di Kuala Terengganu

Sape pernah makan durian crepe ni? Sedap sangat kah? Lazat kah? Nikmat kah?

Dah macam fenomena pulak durian crepe ni. Bila saya bw blog A..tayang durian crepe, bukak blog B..pon tayang durian crepe.

Siyes..meleleh air liur saya ni!

Jadi..nak war-warkan, siapa ada jual durian crepe ni kat area Kuala Terengganu yer? Saya teringin sangat ni..dah tahap mengidam..ngeee.

Kalau blogger KT tau..inform lah saya yer.
:: From Google::
p/s: nak nanges tengok durian crepe kaler pink tu..mesti sedap!

Wednesday, November 7, 2012

7-11

Betul ke info ni?
Sape peminat slurpee le try gi 7-11


Tuesday, November 6, 2012

Family Portrait

Hari tu saya dah cite pasal program raya Aidiladha keluarga MKS kat sini dan sini. Semua gambar kat dalam entry tu amik dengan kamera pinjam. Kamera adik saya, Lily. Henpon tak nak bagi pinjam ke adikku? Kesian..semua orang dah ber-whasapp & ber-bbm, saya jugak yang ketinggalan zaman. Simpan duit nak beli hp android asyik kena korek jer...huhu.

Gambar-gambar kat bawah ni guna kamera besor anak saudara MKS. Ada lagi gambar kat kameraman yang di upah. Nanti kalau dapat, saya up lagi entry baru..hehe.

Nak cite pasal adik beradik MKS. Rasanya 7 beradik tu dah macam besar, berbanding adik beradik saya 4 orang je. Tapi bila dah berkumpul macam ni..eh sikit je. 

Abang MKS yang sulung, Abang Sin & isteri tak datang. Saya pon dah lama tak jumpa. Rasanya memang lama tak jumpa, waiz pon tak kenal Pak Longnya tu kot..sadis. Diaorang tak ada anak..tapi ada bela anak angkat kot. Ntah..saya tak pasti. Eh tapi sebenarnya mak mertua Abang Sin meninggal dunia sehari sebelum raya hari tu. So mungkin sebab tu tak dapat hadir...ya sebab tu. 
Ni abang MKS yang kedua..Abg Usop & Kak Yah. Duduk kat KL..tapi ada jugak rumah kat Beladau nu. Abg Usop Kaunselor, Kak Yah cikgu. Anaknya 2 orang je..Mat & Sabri. Semua duduk KL jugak. Kalau kitaorang balik kampung, rumah Abg Usop ni lah tempat persinggahan kitaorg.

Sabri si baju biru tu lah tuan punya gambar2 ni..semua saya cilok kat fb dia, hehe.
Abg Li & Kak Jah. Anaknya yang sulong, Iju si baju merah [bujang yg dah bertunang]. Kedua Fahmi [berjambang & jubah putih] dah ade anak dua. Ketiga Ajah si baju hijau dan suaminya si baju oren, ada anak sorang. Keempat Syukriah, ada di Mesir. Bongsu Hakimah berbaju biru.

Abg MKS yang ni duduk Gong Badak je. Kerja gomen.
Family besar, Kak Mah. Yang saya selalu cite tu..ni lah dia. Kakak merangkap mak saya kat sini. Apa-apa hal, dia lah tempat rujukan saya & MKS. Anak ada 7 orang, tapi sorang tu..Fahim ada kat Mesir jugak. Cucu dah 6 orang.

Kak Mah duduk kat kawasan rumah saya jugak. Selang 2 buah rumah dari rumah saya. Suaminya ustaz pencen. Sekarang jadi imam kat masjid kampung. Kak Mah tukang jahit. Sape2 nak upah jahit langsir..boleh lah.
Kak Ha, rumah sebelah rumah saya je..dalam satu pagar. Dia ustazah. Anak 2 orang..along & angah. Dua-dua belajar UiTM..beza setahun je diaorang ni. Si along ni lah pembekal cite2 korea & runingman kat saya..kehkeh.
Kak Nah..suri rumah. Suaminya Abg Wahab keje gomen. Anaknya semua perempuan..yang sulong tu muda 3 tahun je dari saya, Mukminah. Kak Nah ni dah macam kawan baik & kakak saya jugak kat sini. Mungkin sebab anak dia semua perempuan..so memang dia cool macam kawan2 kita jugak. 

Kak Nah beza 15 tahun dengan adik bongsunya...
Ni dia si bongsu..MKS. So boleh agaklah macam mana manjanya MKS ni dengan abang2 & kakak2nya...kan? So waiz & una memang jauhhh berbeza umur lah dengan sepupu-sepupunya yang lain...hehe.
Nin dia...mana satu korang weiii.






Monday, November 5, 2012

Kereta Mainan

Hujung minggu lepak kat pantai je..cuaca pon okey, mendung. Honestly memang saya suka cuaca suram macam tu..saya ni kan puteri lilin, takut panas! 

MKS tak bagi sangat waiz main kat playground di pantai Batu Buruk tu, takut kotor dan berpasir. Tapi hari tu nampak permainan baru ni kat pantai. So teraii le. Dulu waiz pernah jugak main ATV pantai, tu MKS kena naik jugak. Yang permainan ni, waiz boleh main sendiri.
Ada je idea orang nak cari duit kan? Trek mainan memang dah cantik..so memang untung orang berniaga ni, pandai ambik kesempatan ke atas kemudahan sedia ada ni.
Ada lebih 10 buah kereta & motosikal mainan ni. Macam2 bentuk dan warna..budak2 memang suka sangat lah kan. 

Waiz mula-mula tak berani nak main..budak tu nampak je gagah perkasa, tapi dalam hati ada taman. Punya lah penakut, dengar bunyi kereta tu pon dia ajak pergi tempat lain. 

Bila dia tengok budak-budak sebaya dia main mainan tu, baru lah aura nak main dia tu datang.
Pilih jip ni.
RM5.00 for 6 minutes. Boleh lah...
Bila dah main suka pulak. Nasib baik waiz ni behave sikit..bila abis masa, dia pon reti turun. Tak ada lah nak tambah-tambah masa kan. Sebab masa tu, ada sorang budak tu..tak nak turun dari kereta mainan. Dari 6 minit..bawak ke 12 minit..pastu tak nak turun-turun jugak! Aduh,,beli je lah bawak balik rumah..hehe.
Mek una ni..tak boleh main lagi. Duduk je lah dengan mama yer. Sekarang una ni asyik meniarap je..tapi bila nak baring semula dia tak reti! Mula lah nangis mintak tolong..hehe.

Makin berat bila mendukung budak ni..dah 6kg agaknya. Minggu depan pergi klinik boleh tau berat sebenar dia.

Bye..

p/s: Baru dapat stok cite korea baru dari anak buah...so memang agak 'membizi' sikit lah, hahaha

Thursday, November 1, 2012

Hari Keluarga YSR

Semalam saya cite raya kedua [Sabtu] baru ni ada buat PROGRAM untuk Yayasan Salleh Ramlah (YSR) kan? Kat sini saya titipkan sedikit gambar sepanjang majlis berlangsung. Ada banyak..tapi saya letak sebahagian jelah yer. Bukannya saya yang amik gambar semua ni..MKS yang pegang kamera. Saya kan demam..ingat tak? Sekarang pon demam lagi. Aduh..lamanya demam saya kali ni. Rasanya dah dekat seminggu. Sampai dah tersebar virus tu ke waiz dan una..emm.

Program ni MKS yang cadangkan kat adik beradik dia. Untuk merapatkan hubungan silaturrahim yang makin lama semakin jauh. Kalau adik beradik dia pon dah tak berapa nak bersatu/berhubung/rapat..agaknya macam mana dengan generasi yang seterusnya yer? So sebelum terlambat, baiklah kita eratkan atau tautkan kembali hubungan tu..InsyaAllah.
Antara menu yang ada malam tu..nasi goreng yang ditempah [nasi goreng lagi! Padahal pagi raya saya makan nasi goreng. Ni pon tempah nasi goreng jugak..emm] Sate ayam [tempah jugak], satu keluarga sumbang ayam seekor untuk di bakar/bbq. Tapi majoriti sumbang 2 ekor ayam sebab family besar. Family MKS je beli sekor..hehe. Ada lah jugak menu2 lain. Saya buat kek batik je..licing. Mendapat pujian ramai..tq pada adik saya, Lily. Tu saya guna resepi dia..simple tapi sedap.
Tahun ni saya tak join bakar ayam pon..ramai lagi anak dara boleh buat kerja. Mak2 & pak2 duduk meeting kat atas. Tapi saya tido dengan una kat dalam bilik, eh kan saya demam!
Ramai yang datang...cuma Fahim [anak Kak Mah] dan Syukriah [anak abang Li] je tak ada sebab diaorang belajar kat Mesir. Adik beradik MKS ada 7 orang, semua orang datang kecuali abang MKS yang sulong tu. Yang tu no komen lah. Duduk kat Bukit Payong je..Kuala Terengganu jugak, tapi rasanya dah 3 tahun saya tak jumpa. Last jumpa dia masa dia datang melawat saya bersalinkan waiz dulu..emm.

Bestlah jugak ada family gathering macam ni..tapi yang family saya buat [Yayasan Haji Yunus] seribu kali ganda lagi best kot! Hahaha..makan hatilah family sini kalau baca statement saya ni. Apa lah nak di marah-marah, tau jelah perangai sengal saya ni. Cakap kat mulut jer, tapi kat hati tak simpan apa-apa. So tak payah nak emo-emo okey.

Next family gathering YSR ni mungkin akan diadakan pada raya cina tahun depan. Ala..raya tu saya nak balik kampung! Amboi...semua raya ko nak kaut balik kampung ko kan! Memang melampau!!





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal