Monday, November 5, 2012

Kereta Mainan

Hujung minggu lepak kat pantai je..cuaca pon okey, mendung. Honestly memang saya suka cuaca suram macam tu..saya ni kan puteri lilin, takut panas! 

MKS tak bagi sangat waiz main kat playground di pantai Batu Buruk tu, takut kotor dan berpasir. Tapi hari tu nampak permainan baru ni kat pantai. So teraii le. Dulu waiz pernah jugak main ATV pantai, tu MKS kena naik jugak. Yang permainan ni, waiz boleh main sendiri.
Ada je idea orang nak cari duit kan? Trek mainan memang dah cantik..so memang untung orang berniaga ni, pandai ambik kesempatan ke atas kemudahan sedia ada ni.
Ada lebih 10 buah kereta & motosikal mainan ni. Macam2 bentuk dan warna..budak2 memang suka sangat lah kan. 

Waiz mula-mula tak berani nak main..budak tu nampak je gagah perkasa, tapi dalam hati ada taman. Punya lah penakut, dengar bunyi kereta tu pon dia ajak pergi tempat lain. 

Bila dia tengok budak-budak sebaya dia main mainan tu, baru lah aura nak main dia tu datang.
Pilih jip ni.
RM5.00 for 6 minutes. Boleh lah...
Bila dah main suka pulak. Nasib baik waiz ni behave sikit..bila abis masa, dia pon reti turun. Tak ada lah nak tambah-tambah masa kan. Sebab masa tu, ada sorang budak tu..tak nak turun dari kereta mainan. Dari 6 minit..bawak ke 12 minit..pastu tak nak turun-turun jugak! Aduh,,beli je lah bawak balik rumah..hehe.
Mek una ni..tak boleh main lagi. Duduk je lah dengan mama yer. Sekarang una ni asyik meniarap je..tapi bila nak baring semula dia tak reti! Mula lah nangis mintak tolong..hehe.

Makin berat bila mendukung budak ni..dah 6kg agaknya. Minggu depan pergi klinik boleh tau berat sebenar dia.

Bye..

p/s: Baru dapat stok cite korea baru dari anak buah...so memang agak 'membizi' sikit lah, hahaha

7 comments:

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

waiz da xpyh la pi ho ho yer.. hehe. rindu mek una..

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

waiz dan kereta mmg tak dpt dipisahkan, bila una besar sikit mesti dia nk ikut apa yg abg dia buat kan..

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mek una nnt naik ngan qays ye...hehehe

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

budak2 memang suka naik benda tuh...hehe

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tak boleh bawak babang n didik pi sini, mau 2 jam tak nak turun...

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

layan korea memang tak jadi buat ape pun..kak yaya ada sekalai tu sampai tak tidur..hehe
boleh jugak ajak Wafiq pergi pantai..lama sangat dah tak main playground kt situ..macam bahaya sikit kan playground tu untuk budak kecil mcm waiz ngan wafiq..

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Waaah, kan main lagi Waiz bergaya yer? Hihi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal