Sebak..bila tengok mangsa2 banjir..khususnya negeri Kelantan. Bila saya scroll news feed di FB, memang sedih..berita-berita dari wartawan yang tak bertauliah..tapi rasanya berita, cerita dan pengalaman mereka lagi telus dari berita-berita yang kita tengok di TV. Lebih-lebih lagi bila berita tu dari kawan2 yang saya kenali..ex-U, ex-officemate yang berasal dari Kelantan.
Ada ex-officemate masa kerja di PTPL dulu, tengah berpantang anak kedua..rumah maknya nampak bumbung sahaja. Habis tenggelam..kesian. Seringkali dia update keresahan..kesedihannya di FB, tak dapat nak tolong apa..cuma doa yang saya dapat sampaikan.
Malah sepupu saya..Kak Ngah yang duduk di Kuala Krai juga rasanya bersama-sama dengan mangsa banjir yang lain. Tak tau apa berita.
Tak dapat bayangkan macam mana kalau saya ada di tempat mereka..Allah besarnya cabaran-Mu. Ampunkan hamba-hamba-Mu ini.
Cuti Krismas baru-baru ni, kami tak ke mana-mana. Rancangnya saya nak ajak MKS ke Pengkalan Kubur atau KB, tapi bila dah jadi macam ni..hasrat tu saya batalkan. Kami hanya pusing-pusing bandar KT, MKS bawa lihat kawasan..tengok sungai, pantai.
Nak cite sikit, saya sebenarnya suka hujan. Bila hujan..rasa nikmat tidur tu makin menjadi-jadi. Saya rasa orang lain pun sama. Sebab tu kalau diberi pilihan hujan dan panas..saya pilih hujan..nyaman..sejuk..damai. Saya memang tak berapa tahan dengan cuaca panas, seringkala rasa sakit kepala..berpeluh sampai timbul alergik kulit saya.
Tapi bila berdepan cuaca hujan yang berlaku sekarang..saya jadi takut, seram sejuk! Kitaorang memang tak lena tido kalau hujan lebat. Bergilir-gilir bangun untuk intai ke luar tingkap. Takut tak sedar air naik dengan tiba-tiba. Bahkan sekarang, kalau tak hujan pon..air naik jugak disebabkan limpahan air sungai dan laut.
2-3 rumah di kawasan jalan masuk rumah saya dah digenangi air. Tak tinggi..mungkin cuma paras buku lali atau betis. Tapi tetap masuk kawasan rumah..kesian. Bukan disebabkan air hujan..tapi air sungai yang berada di belakang kawasan rumah kami. Angin juga kuat..bunyi berdesing-desing. Hingga pokok di depan rumah jiran saya boleh tumbang..mujur tak kena kereta.
Tapi yang saya paling takut, empangan kenyir. Selalu lah MKS cakap..kalau empangan kenyir tu 'pecah', maka bandar Kuala Terengganu ni tenggelam! Saya tau..yang jaga dan reka empangan tu adalah mereka yang bijak pandai..tapi kena beringat jugak lah. Kalau Allah dah kata..KUN FAYAKUN, maka siapalah kita hendak menghalangnya?
Ni gambar-gambar di jambatan ke Manir, MKS yang suruh ambil. Perangai MKS memang macam ala-ala wakil rakyat/JKKK/Ketua kampung sikit..kalau jadi apa2, memang dia suka menyibuk-nyibuk. Contoh macam kunci air di kawasan rumah kami..time hujan dan banjir hari tu, dia yang sibuk cari siapa yang pegang kunci air tu.
Air sungai ni deras dari hari biasa..mungkin air dari hulu, bukit..entah. Kurang dari semeter hendak sampai ke benteng tu. Sungai ini jugaklah yang berada di belakang rumah saya.
Dulu sebelum ada jambatan ni..MKS kata dia naik sampan untuk seberang.
Rumah2 yang berada di bawah sungai ni memang tak selamat..air memang masuk rumah. Sepanjang jalan yang saya lalu ni..berderet kereta di parking tepi jalan raya. Masing-masing tak berani parking di kawasan rumah.
Dr Hannan Yusof ni saya kenal dari pembacaan di blog Redmummy. Ada blog jugak..tapi saya tak ingat. Dulu sukalah baca..sebab doktor, hensem pulak tu. Tapi bila terbelek FB dia tadi..sedih membaca. Berita yang mungkin tak akan di beritakan oleh wartawan-wartawan bertauliah di luar sana. Konon-kononnya menyampai berita terkini..huh!
Al-Fatihah walau berapa orang pun yang dah tiada..siapa mereka..semoga semuanya selamat di sempurnakan.
Saat genting sekarang..rasanya kita semua kena bersatu hati. Tak payahlah nak menuding jari, SOP tak betul lah..PM sibuk main golf lah..menteri tak buat kerja lah, asset negara tak cukup lah.. aduh cukup2 lah mencari kesalahan orang lain. Memang letih kalau saat darurat macam ni pun boleh dipolitikkan..letih. Letih tengok..letih baca..cukup-cukuplah!
Ubahlah mentaliti kita..please pray 4 pantai Timur dan Malaysia.
4 comments:
Semoga keadaan pulih semula .... teruskan berdoa untuk mereka
Sedih.. tak tahu nak kata apa..
Moga mereka terus kuat dan tabah dalam mengharungi dugaan ini.
Moga urusan bantuan dipermudahkanNYA.
memang sedih...berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul..
semoga meraka kuat dan tabah...
p/s: ko dulu keje PTPL ke wida? PTPL branch mana? tahun bila?
sedih kan... :'(
tak mampu nak kata apa2.. moga mereka tabah & redha dgn ketentuan Ilahi...
Post a Comment