Majlis menyambut menantu di adakan pada hari Ahad. Disebabkan saya kerja..tak dapatlah join kenduri ni. Cuti dah abis..huhu. Dan kebetulan ada orang audit nak datang untuk tengok fail2. So memang tak boleh nak elak dah.
Abis kerja terus pecut balik rumah..lapor sebenarnya. Tak sempat nak makan nasi..lagipun kedai makan kat bawah ofis tu tutup, nak keluar malas..so berlapar ler kitee. Sampai rumah pengantin..tak nampak dah benda lain, tuju ke nasi je lah..haha.
Lepas melantak nasi..baru lah boleh suka2. Ni antaranya kerja bersama anak-anak saudara MKS. Anak-anak dara yang bergedik-gedik melenjan di pelamin dan katil pengantin..sampai mak sedaranya pon kena mengedik sekali...hehe
Alah..sekali sekala. Bukan selalu kan..
So sebelum orang cabut pelamin dan katil pengantin tu..meh kita amik gambar puas-puas.
Comel-comel anak sedara MKS ni..makciknya pon 68 kali lagi comel..hiks.
Bergambar di bilik pengantin pulak. Bersama Kak Nah saya, iaitu kakak MKS yang bongsu sekali. Itu anaknya yang sulung..Mukminah. Masih sambung belajar di peringkat Master di UPM. Nak tunggu sorang ni kahwin..bila lah haiii. Orang cita-cita tinggi..mungkin nak belajar sehingga PHD.
Kalau perasan...muka mukminah ni ada iras2 anak DS Anwar Ibrahim..si Nurul Izzah. Beberapa kali dia cerita..ramai orang ingat dia nurul izzah..
Kak Nah saya telah diberikan cabaran dari-NYA. Semoga kakak saya ni sembuh seperti sediakala..amin. Sayu pulak tengok keadaan dia macam ni.
Geram betul kat semek ni..hari-hari tak puas mengeget dia. Makin lama makin bulat dan tembam!
Tak comel lah kalau una masam..malu lah tu.
Panggil papa dan waiz..bergambar bersama. Masa kenduri siang tu..tinggal waiz dan MKS je. Una pon saya hantar nursery. Kak Ipar saya kata..time orang bergambar, waiz tak nak bergambar sama. Katanya..mama dan una tak ada. So dia pon tak nak bergambar..huhu, sedih pulak mama mendengarnya. Nak buat macam mana..mama tak leh cuti.
So meh kita balas dendam..bergambar sampai penat! Sampai dah berterabur lah katil pengantin tu. Eh nak cite sikit..mengenai cadar pengantin Kak Mah tu. Cadar tu dah beberapa pengantin guna tau..termasuk lah saya!
Asalnya untuk kegunaan anak perempuan Kak Mah..zahidah. Dia yang kahwin dulu, lepas tu saya & MKS, Zahid (anak sulung Kak Mah), Halim (anak Kak Mah no.3)..dan sekarang Fahim. Memang sepesen lah cadar kami..yang background belakang je berubah.
Next..sape pulak nak guna cadar ni? Hahaha..
Ini gambar lama masa saya berkahwin dengan MKS 9 tahun yang lalu..menggunakan cadar yang sama jugak!
Amboi-amboi korang..bukan main lagi dua beradik ni! Una tu tak reti lagi nak buat peace macam abangnya. Puaslah dia membelek tangan waiz..hihi.
Udah-udah..moh kite bergambar kat pelamin pulak.Marah pengantin nanti!
0 comments:
Post a Comment