Monday, December 8, 2014

Makan-makan - Kek kecik

Hari Jumaat baru ni - 5hb besday Waiz. Terima kasih yang wish..samada thru wasap & FB. Mula2 ingat nak buat makan-makan hari Jumaat. Tapi bila tanya pendapat kat group wasap, ramai yang tak sampai kampung lagi. Yelah, belah2 KL nu..Jumaat kerja lagi. So tak best pulak kalau nak buat makan2, tapi orang tak ada kan? Jenuh pulak nak explain kat waiz..kenapa besday party dia postponed..huhu.

Tapi sebab tak nak hampakan waiz, kitaorang bawak jugak dia ke kedai kek. Sambil-sambil tu survey untuk kek untuk besday party dia keesokkan hari tu.

Ish..mahal jugak kek kat bakery ni. Dah lah tak berapa fresh kan, tapi harga meletops jugak. Dan-dan waktu tu saya 'cuba nasib' wasap dengan Kak Anum,  try tanya dia...esok boleh buat kek waiz tak. Bila dia kata boleh..sukalah. So settle satu masalah. Dapat kek fresh from oven..dan harga lagi murah dari kek yang saya nak beli kat kedai kek!

Eh terlajak cite lain pulak..hahaha.
Tapi  kat kedai kek tu..kami beli jugak cupcake sebiji untuk ambil hati besday boy, plus party pack untuk tuan badan.

Bila tanya waiz nak makan mana..dia cakap KFC. So mehlah kite ke KFC. Jimat belanja mama..hehe. Budak ni memang hantu colonel burger tu..kalau dapat burger, senyap2 je makan!
Tak sabar nak pakai topi..abis dibukaknya..
Sabar jelah...
Suke letteww..
Sayang mama tak?
Sengih2 je dia..
Anak bujang saya ni manja..selalu kalau duduk saje2 kat rumah, datang kiss2 kat pipi kita. Kadang tu duduk pon nak atas riba kita lagi. Dah lah berat..
Cupcake RM3..buat syarat sebelum dapat kek besar. Kalau tak..asyiklah bising mulutnya, tanya mane kek waiz..mane kek waiz..ishhh.
Adik una nak interprame gak..sibuk nak meniup lilin. Diorang ni kan..pantang nampak lilin. Hari tu, rumah black out..MKS pasanglah lilin, tapi abis di tiup budak kecik ni! Bila gelap..tau pulak takut. Letih asyik ulang kali petik lighter nak pasang lilin!
Comel je dua beradik ni kalau berbaik-baik. Cuba time gaduh..grr hazab betul menengoknya.
 
Makan sikit je...yang lain pas ke Una. Semek tu makan cream je. Tak abis..bawak balik sambung makan kat rumah pulak. Ish..mek una tu tengok mood dia jugak time makan. Adakala susah nak makan..puas pujuk, tak naknya dia. Adakala banyak pulak dia makan..cam membela pulak. Kita pulak jadi takut bila dia makan banyak-banyak. Takut muntah je...tak sanggup wei nak bersih muntah2 ni. Biasanya kalau jadi kes muntah ni..pas kat MKS je, hehe.
Sayang sangat kat papa dia..kalau bab suka-suka camni mintak lah kat papa. Mama tak berapa nak layan..hihi. 

Tunggu next entry cite pasal kek besar pulak..daaa




2 comments:

NM03 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

besar dah dia

Arysa Nasir said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hu hu lawak je part tiup lilin time umah black out tu... aiyak... kan dah gelap!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal