Thursday, November 20, 2014

Dalam Sejarah ~ Rumahku Banjir

Tengok...dah cuti beberapa hari update blog, terusss rasa malas. Tapi sebenarnya ada perkara lain jugak yang tak dapat di elakkan. Salah satunya ialah masalah kesihatan. Lepas MC dan demam hari tu..tonsil saya makin teruk. Hampir 2 minggu jugak nak recover balik. Dalam masa 2 minggu turun berat hampir 2kg..sebab tak ada selera nak makan..hehe. Tapi don't worry..sekarang berat dah naik balik! Tu nanti2 saya cite kat entry lain KALAU RAJIN.

18hb baru ni..hujan memang turun dengan lebatnya. Non-stop! Jadi berlakulah bah/banjir kat kawasan kampung saya. Sebenarnya, ini lah pertama kali setelah 8 tahun saya duduk di rumah ini..berlakunya banjir. Sebelum ni..tak pernah pon. Walaupun kawasan rumah saya ni tanahnya rendah..tapi kalau tiba musim tengkujuh, belum pernah air naik begini.

Masa air naik..saya masih di office. MKS dah call banyak kali..ada dekat 5-6 kali kot. Sampai rimas saya dibuatnya. Tanya saya kat mana..bila nak balik. Ishh..dah macam lagu Taufiq Batisah je.."awak kat mana..awak kat mana.." Hahaha.. (Eh lagu ni waiz pon tau..saya terkejut bila dengar dia nyanyi!)

Bila dah nak sampai rumah, MKS call lagi..bagitau kereta tak boleh masuk. Dia suruh saya parking kete kat jalan besar. Baik...menurut perintah boss. Lepas MKS amik saya..kena amik K.Mah & suami dan waiz yang sangkut kat masjid pulak. Diaorang parking kereta kat masjid..keluar sebab menghantar jemputan kahwin anakknya bulan 12 nanti. Waiz tak sekolah..jadi dia ikut Cik Mahnya berjalan.
Ni kat depan rumah Kak Mah. Kat kawasan rumah saya tu..rumah Kak Mah lah yang paling tinggi. So rumah dia memang selamatlah. Atas jalan jelah banyak air. MKS parking jip dia kat rumah Kak Mah.
Tapi jiran depan rumah Kak Mah ni..rumahnya rendah. Mesti masuk air rumah dia. Hampir paras betis jugaklah..
Ni dari atas rumah Kak Mah, disebabkan rumah dia tinggi..boleh tengok permandangan kawasan perumahan saya ni. Bukit besar pon boleh nampak dari sini..best jugak rumah tinggi. Tapi...tulah, dah tua nanti..susah nak naik. Sakit kaki!! Hehehe..

Mula2 tu MKS suruh duduk rumah Kak Mah je. Tapi sebab tak mandi lagi..penat tu baru balik keje. Tak selesa lah..so paksa MKS balik gak. Maka mengharung air lah kita..mula2 tu paras betis lagi, pastu..masuk kawasan rumah saya je..terus ke paras lutut. Waiz lagilah..paras pinggang dia terus..hehe. Suka budak tu dapat harung air.
Ni kat depan rumah saya..motor awal2 dah angkut naik atas kerusi. Air dah cecah tangga pertama. Kat halaman rumah tu lagi rendah tanahnya..memang paras lutut lah. Kasut saya tak sempat nak selamatkan..abis berenang-renang kat situ, biarlah...haha.

Memang teruk jugak musim tengkujuh kali ni..ni festime saya lalui banjir...hihi. Malam tu..hujan masih berterusan. Memang tak lena nak tidur dibuatnya. Kejap2 intai ke luar tingkap..takut tak sedar air naik. Pagi tu air dah mula surut..tapi saya masuk ofis lambat jugak. Dalam kol 11 baru sampai ofis..sebab jalan masih ditutup. So bila dah clear..baru boleh lalu.

Musim hujan ni..memang kena bersiap sedia je lah. MKS pon risau jugak kalau air masuk kedai dia tu. Makanan dan keperluan asas kena standby awal2..jangan dah banjir baru sibuk nak beli barang, macam Kak Mah saya..hehe.

Harap-harap tak berlarutan, dan mana-mana kawasan yang dah banjir tu..bersabarlah. Ini cabaran dari-NYA buat kita semua.

3 comments:

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

iskkk mau tak risau kalo hujan berlarutan...
memang tak lena tidor dibuatnya...

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aiya... air naik... dah ok tak sekarang?

dah lama tak rasa banjir... rindu pulak dgn banjir... erk!?

aizamia3 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Walaupun tak teruk tapi tetap terasa kesannya kan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal