Thursday, December 11, 2014

Makan-makan ~ Kek Besar

Sambungan lepas makan2 kek kecik , lepas penat menghantar pengantin. Terus petang sabtu kami ke Chendering untuk pick up kek yang dah ditempah kat Kak Anum.

Budak2 dah selamat pengsan..penat sangat lah tu. Hantar MKS dan anak-anak berehat kat rumah, saya keluar untuk beli sedikit barang dapur.

Sampai rumah, terus operasi memasak. Mula-mula saya malas nak penatkan diri memasak. Plan mula2 hanya nak jamu kek dan sate yang kami tempah. Tapi yelah, bila perangai mak-mak dah menguasai diri..takut orang datang makan tak kenyang lah, takut sate tak cukup lah..so saya decide untuk masak spaghetti bolognese dan bihun goreng.

Start kol 6pm masak..akhirnya siap gak dekat waktu Maghrib. Laju2 mandi..solat semua, sebab nak keluar amik sate pulak. Tau2 jelah perangai MKS..dia tak kan keluar sorang2, abis di angkut kami semua..hanya semata-mata nak amik sate. Well..nak wat cam ne kan. Terpaksalah ikut gak walaupun meja makan tak setting lagi...fuh.
Bila ada sate..budak ni dah rasmi dulu, mula-mula mintak 'se'..pas 'se' 'se' dia mintak! Aik..bape cucuk dah una makan ni? Sekali kira..dah 7 cucuk ko! Hoii...pecah rekod dah ni, biasa paling banyak pon 5 cucuk. Memang hantu sate lah ko una..satu spesis dengan mama!

Yelah..arwah nenek (mak saya) kan orang Semenyih..kalau balik kampung mesti singgah makan sate kajang. Uhh..sedapnya.
Tak banyak pon saya masak..cuma sepeket bihun goreng, dan sepeket spaghetti. Sate order 150 cucuk plus nasi himpit. Buat air teh o panas dan sirap bandung sejuk. Saya buat dadih..tapi boleh pulak lupa nak keluarkan dari esbox. Ni dok pikir..saya yang nak abiskan dadih banyak2 dalam esbok tu...haha. Mama jugak lah kan?

Alhamdulillah..semua abis. Ada belen sikit2 tu..saya bungkus untuk kakak2 ipar saya. Untuk saya tak tinggal pon..malas nak simpan2 makanan ni.
Tak abis2 lagi makan sate..tak pe, makan dulu puas2. Nanti dah ramai orang konpem tak lalu nak makan. Pemalu kan..malu lah orang tengok dia makan. Memang betul sangkaan saya..memang dia tak makan pon masa majlis tu. Dok kaku di belakang langsir pintu.
Posing sekali waiz...
Saje buat kelainan..cam biasa makan kek cream2 ni..selalu beli tak abis pon. Deko je lawa..tapi muak bila makan banyak2. So saya order kek karamel..yang dua lapis. Atas puding gula hangus, bawah kek minyak.

Request kat Kak Anum untuk deko2 sikit kek tu..RM55. Harga abis diskaun dah..hehe. Last minute punya order..okeylah. Kek yang cream saya tengok kat kedai tu..paling kecik dah RM60. Nak tambah edible image RM10..fuh.
Peace tak abis2 cik awe sorang ni..
Puas hati dengan kek ni..memang tak ada cream langsung. Abis..licin!
Pengantin baru pon ada..siap dera kena baca doa..
Eh tak tukar baju ke Fahim?
Yang perempuan2 kat belakang saya tu..semuanya sepupu2 waiz. Kiranya waiz dan una ni memang yang paling muda sekali lah. Semua sepupu2 waiz ramai yang dah kawin..paling muda pon dah form 4.
Haa..yang pegang2 anak dan baby tu semua sepupu waiz.
Siap bertopi..topeng mata semua. Dah macam besday Zorro pulak..haha.
Layankan jelah gambar2 ni..MKS yang ambil.


Tengok una tu..papanya panggil suruh tengok kamera. Abis ditutup muka dia..malu sangat tu. Cuba time takde orang..haii bukan main bising lagi mulut dia. Dah macam waiz, asik potpet potpet je. Sebelum ni waiz je bising..ni campur semek tu, bayangkan bingit cam ne rumah tu.



Lepas makan-makan, diaorang lepak rumah Kak Mah pulak. Menyiapkan bilik pengantin dan pasang kanopi. Saya ingat nak pergi jugak lepas siap kemas2 rumah. Tapi hujan lebat pulak..masuk bilik, tido lah kita..hehe. Terima kasih hujan..jadi alasan terbaik saya..haha. 

Watamat cerita besday waiz..
Ada rezeki..kita panggil sedara datang makan-makan lagi. Rumah saya ni..terbuka masa buat besday anak-anak ni je. Time raya..sokmo tertutup..hehe.

Waiz happy..mama pon happy..daa

2 comments:

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Bila nk celebrate besday kt kampung sabakkkkk.

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Aya, lewat wish birthday Waiz... tapi Ummi dah wish kat FB awak tau on d day hu hu...

hmm... elokla anak dara pemalu... kan semek una... mahal nanti hu hu...

wida, awat ada please prove you r not robot pulak dah ni... cer tengok... hu hu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal