Friday, December 5, 2014

Genap 5 Tahun - 5 Dec

Pejam celik 5 tahun saya membesarkan Khairul Waiz ni..rasa macam baru semalam beranakan dia (ok, tipu!haha). Anugerah yang paling saya sayang. Dan memang dia anak yang paling saya sayang. Kesian jadi anak sulung ni..asyiklah kena marah dan libas, sorry waiz. Kadang-kadang amarah mama memang tak dapat di tahan-tahan lagi. Semoga ALLAH kurniakan kesabaran pada saya untuk mendidik anak-anak.

Kat bawah ni hanya gambar-gambar lama Waiz. Hp saya dah bengong! Saya clearkan RAM..abis gambar dalam dropbox saya hilang! Okey...bukan hp yg bengong, tuannya!! So tak ada gambar terbaru..huhu sadis.




Semoga waiz akan terus membesar dan menjadi anak yang soleh. Dapat menjaga adik una, mama dan papa. Kami semua sayang waiz..sebanyak mana mama marah, lagiiiii banyak mama sayang waiz. Sampai bila-bila akan jadi 'baby' mama.

Mungkin orang lain akan tengok kekurangan waiz..tapi mama bangga waiz jadi anak mama. Sampai akhir hayat mama sayang waiz..


*************************************


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

verse 2

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

chorus

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa


2 comments:

eynda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Happy birthday Waiz...moga menjadi anak yg soleh dunia akhirat...

lyly yana said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Happy birthday waiz mucukkkk anjeeee anje makttuuuuu. Maktu sayaaaaaang waiz sbb waiz tak penah lupa kat maktu walaupun waiz jarang jumpe maktuuu. Mehla balik kampung maktu belanja waiz eskem kat tuti frutiiiii. Muahh muah syg waiz.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal