Thursday, December 18, 2014

Cuai & Hilang

Terbaca kat FB kisah kecuaian bapa..yang rupa-rupanya PU Yeop, telah tertinggal anaknya semasa berhenti di stesen minyak. Boleh  baca di sini. Masa baca tu saya pon sebak..takut..benda macamni boleh terjadi pada sesiapa. Tapi kagum dengan PU Yeop tu..dia yakin Allah ada untuk 'tengokkan' anak dia. Sempat jugak bagi ceramah dahulu..bila balik rumah, tengok anak ada dah..orang tolong hantarkan sampai pintu rumah lagi. .

Mujur yang jumpa anak dia tu orang yang baik-baik. InsyaALLAH...kat Malaysia ni ramai lagi orang yang baik-baik kan? Harap-harap, saya pon di kelilingi mereka yang baik-baik sahaja.

Saya pon pernah ada pengalaman anak hilang ni..tapi hilang kejap je. Waiz lah!! Sape lagi kaki yang tak berapa nak duduk diam tu...huhu. Kejap atau lama hilangnya..perasaanya tetap sama okey. Berdebar..takut..hilang punca...macam-macam lah. Dah lah yang bertambah risau..anak teruna saya tu masih 'pelat' bercakap. Memang orang lain tak kan faham apa dia cakap. Kalau lah tetiba budak tu hilang kan..orang tanya nama ayah sape? Ntah-ntah dijawabnya "papa". Nama ibu? dijawabnya "mama"...hahaha..tak ke pening orang yang jumpa dia tu. Jalan balik rumah lagi lah tak ingat..tapi jalan pergi Giant, ingat ye!

Kebanyakkan kes saya ilang waiz ni...sebab utamanya dia hilang dari pandangan mata kitaorang. Yelah...berdesup berlari, tetiba hilang. Kadang-kadang tu penat biji mata ni nak menengok dia tau..memang tak boleh nak duduk setempat langsung. Nak di letak dalam stroller..dah besar panjang. Ada cara nak kawal anak2 bila kat luar ni? Ni anak baru dua..nak gelabah kan..hiks.

Masa raya puasa baru ni pon..anak ngah saya, si Afiq tu 'hilang' masa kiraorang beraya. Kitaorang berkonvoi 4 kereta dengan yong, ngah dan abah..beraya kat kawasan tebuk pulai. Bila sampai rumah kitaorang nak beraya..baru perasan si Afiq ni tak ada. Ish..tak tenang jugak raya kitaorang hari tu. Rupa2nya dia dah tertido atas sofa rumah yang kitaorang singgah beraya sebelum tu. Agaknya mengantuk sebab kekenyangan kot! 

Yang kes tertinggal dalam kereta pon banyak kan..kalau cepat perasan, bolehlah amik anak tu . Ada ditakdirkan..makbapak tak sedar sampai ke sudah...tau-tau dah meninggal anaknya. Emm...takut betul. Mintak jauh lah ye. Semoga kita semua lebih berhati-hati..peringatan untuk diri sendiri jugak.


1 comments:

Arysa Nasir said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Oh, anak PU Yeop ke... nampak juga sharing wasap gambar boy ni... lepas tu kata dah ditemui. Alhamdulillah...
Rasanya ibu bapa perlu bilang anak2 sebelum bergerak, especially yang ramai tu. Anak yang sekerat dua pun kadang2 pun boleh jadi macam2 juga... apapun, semua ketentuan Allah... Semoga Allah lindungi kita semua...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal