Thursday, November 22, 2012

My Waris

Oh my englishhh...memang failed!

Masa cuti panjang baru ni [deepavali + awal muharram], sepupu & makcik saya datang ke Terengganu. Saje jelah jalan-jalan & bercuti..sambil tu melawat saya yang sebatang kera kara kat sini.

Saya memang suka kalau ada orang yang sudi melawat dan menjejak kaki ke teratak buruk saya ni..syukur sangat-sangat. Yelah, nak harapkan saya balik kampung..setahun sekali je kan. Jarang dapat berjumpa saudara mara ni. So bila diaorang datang, terubatlah rindu skett.

Cuma masa mula-mula sepupu saya ni datang, dia tak call or msg saya..tapi contact MKS. Yang MKS ni pulak memang tak berapa nak ingat & kenal dengan orang. Bila MKS bagitau ada saudara saya datang Terengganu..dia tak boleh nak explain siapa orangnya. Aihh...mati akal dibuatnya. Tak pasal-pasal kena buat pengumuman kat facebook..hahaha.
Ni lah wak [makcik] saya. Orang jawa panggil pakcik & makcik dengan gelaran wak. Yang datang ni Wak Ros. Kakak kepada abah saya. Duduk di Shah Alam bersama anaknya selepas suaminya [Wak Ajis] meninggal dunia. Dulu dia duduk Gemas.
Ni kakak sepupu saya [Kak Nani] iaitu anak bongsu Wak Ros yang saya citekan tadi. Rasanya dah kahwin hampir 5 tahun..masih tak ada anak. Dulu masa kecik-kecik, Kak Nani lah geng saya selain Lin [sepupu saya jugak].

Eh gambar candid ni nampak suwiitttt lah pulak. 
Suaminya abg wan...okey je time jumpa baru ni. Sebelum ni saya tak pernah pon sembang dengan dia, sebab dia macam pendiam & pemalu je. Tapi bila jumpa dengan MKS yang mesra & ramah-tamah tu..banyak pulak cakapnya. Entah dia paham ke tak si MKS tu cakap ganu..hahaha.

Diaorang singgah rumah saya kejap je, tumpang solat Maghrib b4 keluar makan kat Seri Wangsa Seafood. Ajak tido rumah tak nak..sebab dah tidor kat Hotel Alamanda kat bandar tu. Sokey...tak kisah. Dapat jumpa pon dah puas hati. Semoga wak Ros saya tu dikurniakan kesihatan dan panjang umur..boleh jumpa lagi.

p/s: So kepada waris-waris [saudara-mara] saya, sape-sape yang datang Terengganu tapi tak jumpa saya..memang saya SENTAP okey! Tak nak jumpa..gi bercuti kat negeri lain ekk. Jangan datang Terengganu..hahaha. Dahsyat tak?


5 comments:

Rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

iyelah kan bila lagi nak jumpa sedara mara....
kalo dah ada kat tempat kita masa tu lah nak amik peluang jumpa...
yg tak kenal leh berkenal2an...
yg tak mesra leh bertambah mesra tak gitu hehehehehe...

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nie kalau sedara mara baca nie suka sangat lah nie..bila dtg trg ada tempat nak berehat-rehat...jimat bajet..hehehe

SN said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

best kan bila dapat berkumpul ramai ramai :)

TiranaAduka said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

tirana aduka tersenyum membaca.hehe

Arysa Nasir said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alamak, terasa pulak akak... hu hu... wida jgn marah tau pasal tak turun umah wida ari tu, bukan apa... tak nak susahkan wida je.. tapi dah jumpa juga kan after that hu hu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal