Friday, November 30, 2012

Stawberi Crepe Pulak

Bulan ni rasanya saya dah banyak sangat makan durian crepe. Mau kembung perut anak dara saya tu..kesian dia. So, stop..tak boleh nak ikut napsu perut dan mulut saya je. Kena fikirkan perut Khairuna jugak sebab dia masih fully bf.

Tak boleh makan durian crepe...kita order stoberi crepe pulak!! Hahaha..sape berani sekat nafsu makan widadi ni kan? Order dengan Kak Anum Cookies. Harga sama je dengan DC. 

Sampai waiz pon dah paham dengan perangai mama dia ni sebab  lepas amik dia kat taska, saya amik stoberi crepe kat Kak Anum pulak. Rumah Kak Anum ni dekat dengan taska Waiz.

"Mama nak amik uuueh [kuih = refer to Stoberi crepe] yer?"
"Iye..tapi waiz tak boleh makan tau, tak sedap..mama je boleh makan tau" ---> gilee kedekut punya mama!

Hahaha..terpinga-pinga budak tu, ada kuih..tapi tak boleh makan!
Alah..gurau je, saya tak makan sorang lah. Bagi jugak kat anak bujang saya tu. Offer kat MKS..tapi dia tak nak. Masa mula-mula dulu je dia rasa..lepas tu tak lalu sebab loya dengan krim. Selamat stoberi crepe saya..hahaha.
Tapi ini budak bukannya makan betul-betul! Dijilat krim je..sebab dia ingat krim tu aiskrim! Sabor je lah. Sape yang tak makan durian..tapi teringin jugak makan crepe ni, boleh lah order stoberi crepe..oteh?

Daaaa...

11 comments:

Fai CeritaCinta said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

rasanya mcm mana kak.. ade masam2 strawberi heh..

Ratu Hatiku said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

X pernah plak cuba yg nie.. nnt blh la cuba kalau jumpa :D

Mia Kassim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sana sini cakap pasal durian crepe, sekarang strawberry crepe pulak...huaaaa belum sempat test lagi dua2 tu....

Cho Zila said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

saya durian crepe pun tak cuba lagi.. entahler bila dapat merasanyer...

Papa Mifz said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

aik dah ada strawberi crepe pulak yer...

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

1st time dengar pasal strawberi crepe ni... xde lagi kot kt sini..

RYS AREESA NASIR jr said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

smlm tanya kat officemate, apa mende durian crepe-crepe ni, dia kata ala-ala lempeng. betul ke wida? Kalau lempeng durian tu, agak-agak akak boleh bancuh sendiri lah kat umah hu hu...

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hah lepas nie fenomena apa lah pulak kan dik ;)

TiranaAduka said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam sis
Ala dukacita la..mama tak bg resepi ke? Adoi pls bg resepi..hehehe.

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Lepas durian, strawberry... Hihi...

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

stoberi crepe kak ya tak terliur lagi..demam DC tak abih lg nih!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal