Sunday, November 11, 2012

Durian Crepe di Kuala Terengganu..konpem, tak tipuuu

:: Durian Crepe Anum Cookies::
Lepas saya post pasal durian crepe baru-baru ni, saya tengok ramai yang singgah blog saya. Kesian..tu mesti orang-orang yang mencari durian crepe macam saya jugak kan?

Sebab kalau korang search kat google "durian crepe di kuala terengganu"..mesti blog saya terpampang di antara yang atassss sekali..hehe.

Okey..sebenarnya saya tak menjual & membuat durian crepe okey. Saya ni hanya insan yang mengidam nak makan durian crepe. Mengidam nak makan sejak mengandung khairuna tu lagi tau..sekarang budak tu dah 5 bulan!  

Sebab dah tak tertahan lagi..di tambah-tambah dengan lambakan cerita pasal durian crepe ni di merata-rata blog, so saya nekad nak mencari durian crepe ni sehingga ke lubang cacing!

Mula-mula haruslah merempan kat blog kan..lepas tu updated status kat facebook pulak. Alhamdulillah..bila post kat FB tu, ada kawan saya pernah tengok durian crepe tu kat wall FB dia. So saya pm lah FB orang [nurse] jual durian crepe tu..tapi rupanya dia pon jadi orang tengah. So nurse tu suruh saya add terus orang yang buat & jual durian crepe tu..alhamdulillah.

Haruslah sepantas kilat add FB & order kan. So sape orang Kuala Terengganu yang teringin nak rasa durian crepe, boleh lah try order kat FB - anum cookies ni yer. Orang ni duduk kat chendering, dekat dengan taska waiz.

Jangan ditanya rasanya..saya tak makan lagi tau! Baru order sebekas...try dulu. Kalau sedap di tekak saya..saya order 10 bekas pulak, keh keh. 

Turn order saya hari Isnin [esok] nanti..tak sabar nak rasa. Tengok dengan gaya tunggu giliran cam ni, konpem sedap kan. Sebab ramai yang membeli..dan testimoni kat FB dia pon macam sedappppp je.

Cepat lah esoookkkkk..


p/s: updated...jumpa lagi satu tempat jual durian crepe, ni kat batu buruk je. FB - Family's Patisserie.





12 comments:

wantie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hasih... semua dokciter ttg durian crepe ni. kat penang ni tak de ke?

tingin nak makan wooo..

done follow u

Lee said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Hi, I love these durian crepe. I bet they taste real good too.
We get ours from Thailand or Vietnam....where we are living.
Have a nice day and keep a song in your heart.
Lee.

Aida Lela said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

a'aa..semua blog memang tengah tunjuk durian crepe. nak juga tahu macam mana rasanya.

tq atas info tempat menjual nya. hehehe.

[leily.laily] said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hahah, awak.. sama ler kite..
ptg semalam dh dpt makan gak, sy beli ngan Damia yg duk jln tekukur..
Alhamdulillah.. dh leh rasa ni blh la up gak n3 nnti.. ekekekke

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

nasib baik kat ofis aku ni ada staf yg pandai buat durian crepe...

hari tu dah order dua bekas, ni nak order lagi dua bekas...dia buat sedaaaaaaappppp...

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

baru lepas pekena

N i e Z a said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

durian crepe..mmg sedaaappp...cba la rsa nti..kompom termimpi2..hehehe

Azian Elias said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wida,

kitarang buat crepe ni rasa2 nya 2 years ago.. now fofular ye..

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

xpernah rasa.. harini dpt kan. sedap ke??

Siti Asiah said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mang sedappp...:)

Annissa Anne said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

orang penang boleh oder durian crepe kat sini,,, http://1dessert2u.blogspot.com/2012/11/penang-durian-crepe.html?m=1

Annissa Anne said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

orang penang boleh oder durian crepe kat sini,,, http://1dessert2u.blogspot.com/2012/11/penang-durian-crepe.html?m=1

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal