Ingat lagi tak pernah cite kat korang..yang anak bujang aku ni suka berbedak. Memang pantang lah nampak aku ni berbedak..kat entry ni.
Ni videonya..baru amik masa cuti baru ni. Sebenarnya dia mengantuk time tu..jenuh nak bagi dia jangan tido. Tu yang main bedak..hiks.
Tapi akhirnya tertido jugak..tension betul papanya.
Yelah..hari jumaat memang papanya akan bawak kitaorang berjalan. Masa kat rumah..susahnya nak suruh dia tido. Macam2 cara dah kitaorang buat. Tutup tv, tutup lampu..pastu makpaknya bantai tido. Dia masih ligat lagi..air & susu dah berbotol-botol minum, tapi tak tumbang-tumbang jugak. Cekal betul biji matanya.
Papanya siap warning lagi..'nanti time jalan kalau waiz tido..siap!'
Biasanya kitaorang keluar lepas Asar. Baru jer masuk kereta 5 minit..dah tersengguk-sengguk budak tu. Nak tido baring..takut papanya marah. Tu yang tertido sambil duduk. Lepas papanya kata 'gi lah tido belakang'..baru dia berani baring..kihkih.
Sincerely...

9 comments:
alaaa.. tak dapat view video neh..
rajin berbedak nampak...
hehehe siap tgk cermin balik tu lepas berbedak hehehehe...
nak tergelak gak sis tgk dia tersengok2 tu...
tapi kids slalunya kalo masuk kete, on ekon, mulalah ngantuk kannnnn....
amboi, siap bercompact bagai ya Waiz...hihi.
Kalau anak akak, Alia je suka main bedak...hehe
rugi la time jalan lak Waiz tidur...hehe
pakai bedak sampai ke kepala..hikhik...meniru gaya mama dia nih..hihi..
Yela wafiq pun sama...asal masuk kete je tdo...
isk ish Waiz...
Hehehe... comel Waiz berbedak.. (Teringat dailog Ahmad Nesfu dalam Pendekar Bujang Lapok).
hihi.... comel betul waiz ni. takut papa ye... :D
Post a Comment