Monday, April 2, 2012

Muka Ada Senyum..

Lama tak membebel kat sini..banyak 'kerja'. Kalau tulis 'kerja' tu..bukanlah kerja betul2 yer. Main jer..

Aku ni kalau buat 'kerja' tu..tak lain tak bukan melayan cite korea lah. Sampai tak de mood nak updated blog. Tengah layan cite The Moon Embracing The Sun..cite raja korea zaman dolu2. Best jugak..dah terrrtengok episod 1, memang melekat lah sampai ke sudah kan.

Ok stop. Ni nak cite sebab apa aku tersenyum sorang2 pagi ni. Pagi tadi cek kat Klinik Desa..alhamdulillah dah 30w+4/7. Ikutkan kena pergi KK Hiliran sebab weight tak naik2. Statik jer kat 82kg tu..tapi misi tu buat pejam mata je kot..dia pon tau aku ni malas nak jumpa2 doktor. Sebab cek ukuran rahim ni okey jer.

Time sembang2 dengan misi tadi, dia katalah..'saya rasa anak awak perempuan'. Hiks..nak melompat kegembiraan rasanya time tu. Tanyalah dia..kenapa cakap macam tu. Dia kata tengok muka aku ni bersih jer, pastu ceria..mesti perempuan. Alahai..harap2 betul seperti yang dikata tu.

Nak percaya 100% tu idok lah..doktor yang scan guna alat canggih tu pon tak pasti jantina baby ni. Inikan pulak misi yang main teka melalui muka & bentuk perut aku jer. Tapi suka jugaklah bila ada orang teka baby ni perempuan..tu yang muka ada senyum..hiks.

Okey..sambung kerja.

Sincerely...

8 comments:

rasp said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

i pun skarang suka layan citer korea...
baru jer habis tgk Coffee Prince :)

asalkan baby sihat, syukur kan sis....
and hopefully dapat lah heroin nanti :D

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bestnya kalau betul baby girl kan...
mudah2an....amin...

simerahyangadebelog said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bestnya dapat anak pempuan...msti chomelll....

YAYA AZURA said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

insya Allah jadi kenyataan kata2 misi tu..
aminnnn....

Azian Elias said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

good luck dear.. yang penting u n baby sihat.

ieda said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

skrg semakin canggih dikk
kalau x yakin layie buat 4D dear .. haaa sure nampak tuu ;))

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mudah mudahan ye =)

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

betul.... jgn percaya sangat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal