Sunday, April 29, 2012

Tak Berkarat Lagi Rupanya..

Semalam..aku ada exam nak jadi ejen Takaful. 3 minggu jugaklah study e-book yang di email-kan tu. Naik berpinor mata aku ni baca e-book tau! 458 muka surat pulak tu! Baca sepintas lalu cam tu jer..mana lah ada masa kan. Kalau ada buku tu..boleh lah aku baca sikit2. Ni bila e-book..aku baru je bukak laptop, si waiz tu dah menyibuk..ish.

Mula2 tu nak tukar date exam..sebab memang aku tak prepare pon lagi. Dah lah minggu ni membizi dengan meeting, akaun nak submit kat audit lagi..sakit macam nak beranak lagi. Macam-macam hal lah. Tapi upline aku kata tak boleh dah..kalau nak tukar date kena bayar lain pulak. So dia suruh je aku jawab..lagi pon soalan objektif, bantai jelah. Fuh..memang berserah jelah.
Ni slip exam aku. Buat kat ofis Open University kat dalam kampus UiTM Chendering. Exam pukul 5pm. Tapi kol 4pm MKS dah hantar aku. Berpusing jugaklah cari Open University tu. Nasib baiklah jumpa orang yang nak amik exam cam aku tu..so follow dia jelah.

Sebenarnya, bukan aku yang nak jadi ejen ni. Tapi MKS. Dia yang bersungguh-sungguh..tapi disebabkan nak jadi ejen ni kena amik exam..kena study, tu yang dikerahnya aku! Dulu time nak jadi ejen pelaburan Public Mutual..aku jugak jadi mangsa. Kena study, masuk kelas..amik exam. Dah lulus..dapat kad ejen Public Mutual..tapi tak de rezeki lagi orang nak melabur bawah kami.

Ni jadi ejen insurans lah pulak. Ikutkan hati aku..malas. Aku ni bukannya reti nak menjual-jual barang/servis ni. Tapi MKS nak sangat..nak cari duit poket lebih katanya, so sebagai isteri..kita supportlah. Nanti kalau dapat income lebih..bini ni jugak yang asyik mintak duit kan?

Nak jadi cite..exam semalam dari pukul 5pm-7pm. Ada 100 soalan objektif. Guna komputer. Dah abis jawab..boleh tau resultnya. Sessi aku semalam..cuma ada 5 orang je. Soalan..susah giller. Dalam hati ni..asyik kata 'konpem aku failed!' Aku ni dah lah baca sekali jer..tak paham pulak tu, banyak gile info dalam buku Takaful tu. Soalan pulak..berbelit-belit..fuh.

Antara 5 orang tu, ada sorang pakcik tu cek result dia dulu. Dia lah yang mula-mula lulus. Aku ni risau dah..kalau tak lulus, memang malu gile kat pakcik tu. Orang tua yang dah pencen pon boleh lulus..inikan aku?

Tapi aku gagahkan cek jugak result aku..tu pon lepas pakcik tu pujuk2 suruh cek. Alhamdulillah....lulus. Sama gred dengan pakcik tu..hihi. Lega rasanya. Rupa2nya berfungsi lagi otak aku ni..bolehlah sambung Master pulak yer..huk huk huk.

Rasanya..mungkin ni rezeki baby dalam perut ni. Sebab kalau ikutkan..aku ni mana lah study kan. Pakai tekan je jawapan A, B, C, D..hehe. Kesian pulak kat lagi 3 orang yang amik exam sama dengan aku semalam..failed. So cuma aku & pakcik tu je yang lulus.

Korang..dah ada insurans belum? Meh..amik dengan MKS..hehe.


Sincerely...

10 comments:

Yaya Azura aka Naz Azra said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alhamdulillah...mmg rezeki baby tu...

Azian Elias said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ALHAMDULLILAH..

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

PR ambik public matual pun gagal tau. kah...kah...kah... sebab malas sgt nak study.

ibh_sue said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Alhamdulillah. . Tu namanya rezeki dr Allah. Tahniah! :)

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Wah terror lah wida! SO nanti pas ni nanti boleh amek exam PM pulak (Papa Nasir suh hu hu)

Zana Nordin said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam
oo..nak jadi agen insuran kena ambil exam yerk dear...beru ler zana tahu
apa2 pun congrate.....dah lulus tu, dah boleh jadi agen ler yerk..

btw...nak jawab soalan u dear
yup...bila kita guna admin baru, segala blog yg kita dah follow before nie takkan keluar kat dashboard baru kita....maka kenalah follow balik if nak......tak follow pun takpe, coz' kita dah follow guna admin yg lama kan.....

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wah...tahniah ye...
hubby pun ejen insuran gak, tapi dia Etiqa lah...hehe...

ctrahmah said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam...
saya nak tanyala..
saya baru je register tadi..tapi tersalah pilih type sepatutnyakan part A & C kan tapi saya pilih A&B. tau x macam mana nk tukar?..risaulah

lagi satu lepas wat payment kena email acknowledgemnt letter ea?..macam mana nk buat email tu?..betul2 x paham la..

deqnoor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

alhamdulillah... lulus jugak. tahniah wida... :)

ctrahmah said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hehe..dah settle dah lepas call IBFIM tu banyak kali..sy exam 20hb may ni..nk lulus cam kak wida gak la..C pun xpe y penting lulus..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal