Wednesday, February 22, 2012

Pergi Jauh

My bad mood..pergilah kau jauh! Shuhhh..shuhh..pergi pergi perggiiiiiii

Pagi tadi okey lagi..tetiba jer rasa bad mood. Nak senyum pon tak boleh..padahal tak de sape2 pon yang buat aku bad mood/marah pagi ni. Ish..tak nak emo-emo kan. Nanti baby pon asyik bad mood jer macam mama dia.

Nak ingat yang indah2 jer..biar mood kembali seperti sediakala. Oh ya..insyallah, awal bulan Mac nanti nak balik kampung..Sabak Bernam! Kebetulan 4hb Mac tu Terengganu cuti sempena Ulangtahun pertabalan Sultan Terengganu. So bolehlah cuti panjang sikit. Tak panjang mana pon..AL aku bukannya banyak sangat cam orang kerja gomen tu ek..hehe.

Benda ni plan mengejut jugak. Tapi memang dah pesan awal2 kat MKS..B4 bersalin nak balik kampung. Tengok cuti..bulan April tak de apa2 cuti pelepasan am. Bulan Mei ada cuti hari pekerja & wesak..tapi time tu macam dah sarat sangat. So tak beranilah nak travel jauh2 kan. 9 jam tu dari KT - Sabak Bernam. Mau patah pinggang duduk lama2 dalam kereta. So tu yang kitaorang decide balik awal Mac nanti.

Sebenarnya..aku ni mengidam macam2 makanan. Nak cari kat Terengganu..entah ada ke tidak. Nak masak sendiri..tak reti. Tu yang paksa jugak MKS bawak aku balik kampung. Sooooo mengidam nak minum air jagung yang best tu, masak pecal [bukan pecal yer..ni masak pecal. Macam Pecal lele tu. Tapi aku tak makan lele (ikan keli)..kalau ganti dengan ikan jaket or kembung pon okey], mee udang BNO, nak top up stok pecal yang dah habis kat rumah ni, kuih2 orang jawa...wahhhhh..banyaknya. Lily kena carikan semua makanan yang aku mengidam ni..nanti meleleh air liur baby.

Disamping tu nak jugak melawat abah, pakcik2 & makcik2 aku kat kampung tu. Diaorang tu semua dah tua2. Sementara aku masih mampu balik kampung ni..nak jugak tau keadaan kesihatan diaorang. Sedih jugak bila sorang-sorang pergi meninggalkan dunia ni..emm.

Okeylah..rasanya ai dah jumpa cara nak kembalikan mood ni. Nak layan Running Man sekejap. Hari tu anak saudara MKS masukkan episod baru..71 - 79. Gelak biar puas dulu..dah senyum baru sambung kerja, hiks.


Sincerely...

9 comments:

kurus said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bila sebut pechal kan .. akak pun ada jual pechal , nenek akak buat ;)

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wahh bestnya nak balik kg... semoga dpt semua makanan idaman tu k... air jagung fuhhh dapnyerrr...

ieja amieja said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sebut pasal pecal, semalam sy br je beli kat pasar malm..tp syg rasanyer x sesedap pecal org jawa buat..rasa mcm kuah kacang pun ada..pulun je lah..

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

orang mengandung mmg mood swing... tapi ada jer org yg tak pernah mengandung tak faham, bercakap mcm faham... ingat semua orang mengandung tu sama jer... cittttt

Hans Hanis said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bagus la tu layan Running Man
kasi happy sikit :-)

NM02 said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

seksa kawe dah lepas... ahaks

Kamariah Awang said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Waaah, kalau balik SB ni dah tentu berbaloi, Wida. Balik cepat, buat list jangan satu pun tertinggal. Lepas tu, barulah boleh berpantang dengan REDHA dan PASRAH... Hahaha...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

oh kg sabak bernam yer...jawo la nih..hehe

wahida said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mee udang BNO tu sedap ke nok? ramai kata tak sedap, tapi aku tak pernah try lagi la....

nnt kalau ko mkn, ko tayang kat blog eh...nak tahu review ko...
lama tak singgah BNO...kalau ko balik kampung, ingat nak jumpa ko la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal