Friday, February 3, 2012

Girl Or Boy?

Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.

TANDA BAYI LELAKI

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
* Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
* Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
* Perut anda kelihatan bulat sempurna
* Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
* Bentuk perut condong ke arah bawah
* Sukakan makanan yang masam dan masin
* Suka makan daging dan keju
* Tapak kaki selalu berasa sejuk
* Tangan selalu kekeringan
* Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
* Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
* Hidung tampak lebih mekar
* Selalu sakit kepala

TANDA BAYI PEREMPUAN

* Mengalami morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
* Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan yang manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payudara kelihatan mengembang
* Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur


Time ni..x rasa mual & loya pon sengaja buat2 sakit dan loya. Semua tanda nak dapat bayi perempuan tu aku buat! Ya Allah...tolonglah kurniakan kami bayi perempuan. Memang tak putus2 berharap..

Salah tak kalau tindakan aku macam ni? Aku memang nak anak perempuan sangat2...


Sincerely...

3 comments:

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Hu hu... waiz nak baby girl ke boy?
ketentuan Allah nanti terima je, tapi kalau ada kecenderungan tanda tu hmm... bagus juge ye.. nanti kalau betul pink, boleh ajar akak.. (kekalau lah berani lagi hu hu)

Yaya Azura said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Insta Allah wida ada rezeki dapat baby girl..aminn...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ala kalo dapat baby boy pon ok, ade la waiz tu kawan nnti, kalo girl takut die buli pulak hehehe.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal