Friday, February 17, 2012

Rotan - Cara Betul Ajar Anak?


Tengok video ni kat facebook..tu yang tiba2 dapat idea nak buat entry pasal rotan. Kesian  dan kelakar pulak kat budak ni kena rotan dengan maknya..tapi sebagai pengajaran jugak. Last2 budak tu sampai cakap "sumpah tak buat lagi"..hehe. Zaman sekarang ni jarang ibubapa yang guna rotan untuk ajar anak kan? Tak macam zaman dulu..rotan tu ibaratnya lekat di tangan lah. Anak buat salah sikit..rotan. Bapak jeling sikit..dah terketar-ketar. Cuba buat kat budak zaman sekarang..sikit tak heran.

Aku tak tau lah samada rotan ni masih relevan lagi atau tidak untuk ajar anak2 zaman sekarang. Sebab sekarang ni, budak2 dah terlebih advance..pantang di tegur, mula lah buat muka. Jadi..makpak dah pukul dengan rotan pon takut. Tu belum cikgu2 yang rotan lagi..abis kecoh satu Malaysia. Front page Metro lagi! Betul tak?

Ikutkan kat rumah aku ni..memang ada sebatang rotan. Aku beli before pregnant-kan si waiz tu lagi. Time tu sajelah beli. Tak guna pon. Cuma baru2 ni MKS ada lah guna..nak ajar waiz kononnya. Yelah, budak kecik tu kadang2 buat perangai 'baik' dia jugak.

Dah di ajar banyak kali dengan penuh kasih sayang & berhemah pon..masih tak dipeduli. Tu yang MKS geram, di kejar jugak budak tu dengan rotan. Aku ni..masih tak ada kekuatan lagi nak angkat rotan tu. Ada sekali tu try jugak angkat rotan..tapi budak kecik tu tak takut pon. Suka ada lah! Maybe dia tau kot..aku ni tak kan pukul dia pon.

Tapi cuba MKS yang pegang rotan tu..memang mencicit lah budak tu lari menyorok kat aku. Sebab dia tau..papanya kalau dah pegang rotan tu..mesti kena juga sikit. Biasanya kalau MKS nak rotan..aku memang akan ingatkan dia, pukul bahagian kaki jer. Lagi bagus kat tapak kaki. Sebab pernah dengar kat rancangan tanyalah ustaz..ustaz tu kata kalau nak rotan/ajar anak..pukul lah kat tapak kaki dia. Jangan dibahagian badan dan muka. Tapi sekarang, aku dah sorokkan rotan tu..takut jugak kalau MKS hilang pertimbangan..tak sedar diri, teruk pulak dirotan budak tu.

Kalau diikutkan..antara aku & MKS, aku lah yang baran sikit. Memang cepat melenting dan naik tangan. Tapi bab anak ni..terus jadi lemah. Tak sampai hati nak pukul dia. Melainkan ada hantu setan dah merasuk..barulah aku pukul2 bontot budak tu. Alah..berlapik pampers pon, manelah rasa sangat kan. Paling teruk pon..aku pulak yang menangis sebab kena hadap perangai 'baik' budak tu. Terus waiz pulak yang sedih..time tu dia taulah aku memang marah sangat kat dia. Hah..masa tu memang aku 'brain wash' kaw-kaw lah.

Korang..tak pernah rotan anak ker? Sebab tak pernah baca cite2 blogger yang rotan anak. Ke anak korang memang baik2? Anak aku ni jer yang aktif semacam..naik semput pulak. Ni baru sorang..keluar yang kedua ni? Waahh..nak jadi ibu bapa sekarang ni bukannya senang kan. Kena buat persediaan mental dan fizikal..fuhh.




Sincerely...

7 comments:

Mun said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmm masa moon kecik2.. kalau wat silap..mesti kena rotan.. ayah garang sangat.. tapi bila ayah dah berusia.. dah tak garang ngan adik2.. jadi..budak2 ni.. xde rasa takut n hormat dah.. makin menjadi2 perangai..

ada baiknya guna rotan utk ajar anak2.. bagi peringatan..

ieja amieja said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

mak ngan ayah dulu ajar ank x guna rotan..tp arwah mak mmg garang & tegas orgnyer compare ngan arwah ayah..so kami menjadik org dgn ketegasan mak..aku plk sesekali guna gak rotan tu..tp masa ank2 kecik la..dah besar guna psiko la plk..

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Rumah akak ada rotan, dan akak pernah gak angkat rotan pukul manja anak. Tapi semua pun bukan takut akak angkat rotan tu, kalau abah dia baru pegang je dan diam semua....:)

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

molek la tu...sorang kena lembut dan sorang kena tegas..kalau dua2 tegas or dua2 lembut susahh gak....
bila ayah marah..ibu kena terangkan kenapa dan mengapa..apa yang menyebabkan ayah marah...baru anak akn mengerti =)

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

entah la. tp tak pernah gunakan rotan lg setakat ni.

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

ayah hanis garang tapi tak pernah rotan, anak nanti tatau nk ajar cemana tgk sejauh mana kenakalannya wuwuwu... comel je waiz senym2 bila wida angkat rotan hik2..

sW33tdARLiNG said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

video ni dah lama rasanya.. tetiba orang kuarkan komen pasal maknya tak bertudung dan dedahkan aurat.. huhuhuhuhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal