Thursday, February 9, 2012

Ole-Ole Langkawi

Cuti Maulud Nabi baru ni, bebudak ofis aku join trip ke Pulau Langkawi. Semua yang bujang2 ikot..termasuklah my manager. Dia pon kategori bujang jugak..sebab anak2 dia dah besar. Bolehlah jalan berdua dengan isteri. Tinggallah aku dengan Kak F jaga pejabat..huhu. Dulu masa ofismate aku pergi Langkawi..aku pregnant jugak. Kali ni tak boleh ikot sebab pregnant baby ke-2..aduii.

Trip kali ni..syarikat besar yang anjurkan. Sebab company aku ni  jadi ahli kelab, tu yang boleh join. Bayar RM120 jer untuk perjalanan pergi balik naik bas, tambang feri, hotel lagi. Memang berbaloi-baloi..ruginya tak dapat pergi. Kalau pergi sendiri mesti lagi banyak belanja kan? Tak pelah..next trip kot. Tu pon kalau aku tak mengandung lagik!

Tapi yang syoknya..bila tak pergi ni, dapatlah jugak ole-ole dari ofismate aku ni. Murahlah rezeki diaorang sebab ingat kat aku & Kak F yang kena tunggu pejabat ni..hiks.
Ni Kak Jun yang bagi..coklat tu awal2 lagi waiz dah makan! Budak tu memang pantang nampak benda manis2 ni. Nak suruh gosok gigi punyalah 'senang'..sampai menangis-nangis!
Ni Kak Zie yang bagi..cantik kotak tisu tu. MKS tengok..terus mintak nak letak dalam kereta dia. Oh nehi nehi nehiiii...
Yang ni pulak Wani yang bagi. Bertambah koleksi kain batik aku..boleh guna time pantang nanti..hehe.
Yang ni..terbaru, my manager baru jer bagi pagi tadi. Aku tak pasti lah orang preggy boleh minum atau tidak air gamat tu. Sebab kat botol tu tulis sesuai untuk ubati luka, lepas bersalin atau pembedahan dan haid tidak tetap. Kalau simpan sampai time pantang nanti..okey lagi tak?
Haaa..yang ni aku kirim dengan Kak Jun. Tapi sampai sekarang aku tak berani nak makan lagi. Sebab hari tu kan doktor dah pesan jangan makan manis2. Pastu baca pulak kat website yang kencing kotor ni bahaya jugak..komen2 dari reader pon ada yang bagi tau kencing kotor ni boleh efek ke buah pinggang. So aku simpan kat dalam peti sejuk jer lah. Tapi aku perasan ada orang kat rumah tu dah curik2 makan aku punya coklat ni..cis..awas yer korang!

p/s: 13hb ni aku kena repeat test air kencing sekali lagi..hope tak ada kencing kotor lagi. Sebab sekarang ni..hari2 aku minum air masak..sungguh!



Sincerely...

8 comments:

cheqna said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

sdap doh boleh ole2..=)

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

lili pon dapat ole ole. wait aaa entry terbaru

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

pinggan mangkuk? hu hu... teringat nak pi cari set pinggan mangkuk pula kat langkawi...

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bstnyaaa terliur tang coklat tu yummm!

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

insyaallah cuti sek bulan 5 nak cuti cuti ke langkawi,mesti giler kan tengok coklat kat sana....

Kasih Salina said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

salam perkenalan..

pi langkawi memang giler beli coklat dll la kan..

air gamat tu boleh simpan lama..

hati2 dgn air kencing kotor ni..baguslah minum air masak banyak camtu..semoga kembali normal..

Izan Ishak said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

wahhh... banyak ole2 dari langkawi...

baguslah minum air masak banyak2. izan takde pengalaman lagi kena kencing kotor.

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

bestnyer dpt ole2...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal