Saturday, February 11, 2012

Home Wireless Modem --> Hampeh

Hari tu kan aku ada cite MKS amik home wireless modem. Ramai jugaklah yang tanya kat komen tu..cam ne..okey ke tak.

Emm..tak payah tunggu bulan kedua yer, hari ke-4 tu dah tau..memang hampeh! Tak taulah sebab aku ni duduk kat kawasan kampung kot..sebab tu line dia tak berapa nak kuat. Aku tengok MKS pon asyiklah merungut-rungut sebab service lembab. Sampai aku pulak yang serabut dengar dia membebel-bebel gitu!

Kalau bukak laptop..nak loading tu punyalah lama. Gila lembab. Siput b*b* tu mengesot lagi laju tau. MKS nak tengok cctv kedai dia thru laptop memang tak boleh bukak langsung. Guna hp okeylah sikit..tu pon asyik putus2.

Aku kadang2 try buka facebook jugak..tapi sekali nak loading tu lambat sangat, kadang2 sampai tertido menunggunya. Sampai malas aku nak guna. Aku ni bukannya penyabar sangat..kat ofis ni internet aku selalunya zup zap zup zap lajunya. Sekali klik jer terus bukak..so bila mengadap internet lembab kat rumah tu..memang lah hazab. Dari aku buat dosa marah2 kat maxis tu..baiklah tak payah bukak. Online kat ofis & kedai MKS je lah. Streamyx jugak yang okey setakat ni kan..emm.

So kesimpulannya yang dapat dibuat..mana2 berukband samada celcom or maxis, memang hampeh. Sebab semua tu MKS dah try. Aku nak suruh MKS pasang streamyx kat rumah..tapi kat kedai dia dah pasang. Sebab tu dia nak berukband jugak..sebab senang nak bawak ke mana-mana.

Sincerely...

9 comments:

pena rozie said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

Berokbank ni senang nak bwk g mana2 ajer. Kalau ikutkan service memang hampeh...

RYS AREESA NASIR said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmm... baru nak cakap... kami pun dah gune broadband berapa kali, dah pakai wifi entah apa benda lagi papa cuba. semua pun hampeh... nak kata kampung ke bandar ke, ntah rasa lebih kurang je. sejak pakai streamyx ni je kurang sikit dosa 'memuji-muja' hu hu. pakai streamyx je lah wida...

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kesian kesian...

Rohani Hashim said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hurmm, cmtu eh. maybe kawasan wida kot. tp yer lah mmg paling stabil unifi n streamyx la skrg nih. area umh hany skrg ni guna berukban maxis so far ok lah. sronok la surfing semua tuh. balik ganu pun still ok. br ni plan gak nak amek p1, tp check coverage suam suam kuku je kawasan hany. terus tak jadi ;)

Unknown said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

rasanay mmg streamyx juga yang best. Akak dari dulu guna streamyx je, mmg laju dan jarang ada masalah...:)

deq noor said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

boleh pulang balik kan bila xpuas hati dgn servis dia....

Hanis MY said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

huhu sadisnyaaa....hari keje pat dah buat hal? pengsan!

Rtp Farra Arisha said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

semuanya tergantung atas signal kawasan dan tempat. if somewhere places ada coverage yang okey, the signal of internet connection will be okay too!

LadyBird said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

kalau kt rumah lady ni ok jerk.. sgt2 ok.. dah hampir 3 thn lady guna.. Alhamdulillah jrg sgt buat perangai.. kalau buat pun rsnye xlebih dr 2 kali..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal