Tuesday, December 9, 2014

Menghantar Pengantin Baru

Minggu yang bizi..bizi.. 
Hari Jumaat semalam..sibuk bawak besday boy makan dan jalan-jalan.

Pagi Sabtu..sibuk kat rumah kakak ipar saya tu..Kak Mah. Tak delah buat apa pun..saje buat-buat sibuk..hehe. Eh..lupa, saya basuh ayam untuk lauk kenduri tau. 8 ekor! Ayam tu buat standby je..sebab makanan dah tempah katering.

Petang dalam kol 2pm kitaorang sefamili berkumpul untuk menghantar pengantin lelaki iaitu anak Kak Mah ke rumah isterinya. Oh..diaorang dah bernikah pada bulan 9  hari tu. So sekarang baru buat majlis besarnya.

Dekat sesangat rumah pengantin perempuannya..5 minit je dari rumah kami. Huh..sungguh tak feel kalau nak balik kampung! Tukang hantar pon tak feel..cubalah korang cari orang jauh sikit. Cam c.da dan C.khir ni..Sabak Bernam - Terengganu, hehe. Barulah kematu vontot duduk dalam kereta!
Tunggu satu group tak sampai lagi..haih panas berdenting time ni. Tumpang duduk bawah pokok rumah orang dulu. 

Waiz dan seri liyana. Sebaya diaorang ni..seri ni anak sepupu waiz, iaitu cucu Kak Mah saya. Seri lahir 3/10..sama dengan besday saya..cayalah!

Kalau jumpa dengan seri..bukan main berkepit lagi dengan waiz. Waiz pon dok pegang-pegang tangan, peluk2. Ish..risau pulak saya, takut di ciumnya anak dara tu!
Lagi..gambar waiz, una dan seri..comel2 belaka.
Una tu dah malu lah tu...asyiklah tutup muka. Begitulah perangai dia..kadang tak cukup satu tangan, dia tutup guna dua-dua tangan. Kalau tak cukup lagi..dia amik tangan kita ni untuk tutup muka dia!
Malu lagi..tutup-tutup juga, tapi mata sepet2 intai..haha. Seri pun dah pelik tengok perangai semek una ni.
Spoil gambar..masuk tangan dalam mulut pulak. Pastu masuk dalam idung pon ada..cis!
Tu dia..pengantin berjubah pink. berarak beramai-ramai. Kami masih tunggu di bawah pokok, panas!
Selamat dah majlis di rumah pengantin perempuan. Selamat melayari bahtera perkahwinan buat Fahim dan Husna. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

Tunggu majlis di rumah Kak Mah/pengantin lelaki keesokkan harinya pulak. Buat hari ahad tu...saya kerja, huhu. Tak pelah, nak buat cam ne..balik kerjalah baru dapat makan nasi minyak.

1 comments:

Arysa Nasir said... [Tak Kira Nak Jawab Gak!]

hmmm... pink...

si una tetutup muka macam tu, ikut siapa agaknye? mama ke papa? hu hu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal