Wednesday, February 29, 2012

Balik Kampung!!

Yeay..insyaallah akan bercuti sampai 4hb Mac ni.

Kitaorang balik sekali dengan adik aku - Lily yang sampai di KT pada 27hb hari tu. Walaupon tak dapat balik lama..sekurang-kurangnya dapat jugak balik before bersalin nanti.

Tapi tak sure lagi nak bertolak hari ni atau esok. Masih menunggu jawapan dari MKS. Laki ai ni bizi kalah Yang Berhormat tau! Kerjanya tak abis2! Kalau semua kerja dia dah abis..hari ni jugak aku paksa dia balik Sabak Bernam. Tak risau sangat..sebab kalau dia penat, adik aku Lily boleh drive.

Tolong doakan keselamatan kami pergi dan balik yer..especially baby kat dalam perut ni. Kat highway aku tak kisah sangat..tapi start jalan Tg Karang - Sabak Bernam..aduhh hazabnya. 


Sincerely...

Tuesday, February 28, 2012

Satu Malaysia & Boboiboy

Model tak berapa nak cerah..amik gambar pulak di malam hari.
Waiz lah nak amik gambar kat situ..merdeka katanya.
Budak kecik tu memang pantang tengok bendera..semua di sebut merdeka. Tak kira bendera Malaysia, PAS, atau UMNO...hehe.



Sincerely...

Monday, February 27, 2012

Selamat Sampai..

Alhamdulillah...padi tadi dalam pukul 3.30am my sister - Lily dah selamat sampai di Kuala Terengganu ni. Datang naik bas jer..bertolak dari KL pukul 9pm.

Sebenarnya aku tersalah date..ingatkan dia sampai hari selasa. Tapi aku terkejutlah bila semalam dia kata..malam tu dia akan naik bas. Abislah..macam mana aku boleh tersalah dengar ni. Balik kerja..kelam kabutlah aku mencari lauk - sebab peti ais aku tu memang tak ada makanan pon. Kemas2 bilik tetamu..pasang cadar..fuh..semput. Salah aku jugak..macam manalah boleh tersalah dengar ni.

Kebetulan pulak..masa MKS amik aku dari kerja semalam, kereta kancil tu buat hal pulak. Tangki air tiba2 panas..nasib baik sempat sampai rumah. Kalau tak..terpaksalah tolak kereta tu. Pagi tadi..MKS ingat nak bawak siap2 kancil tu ke workshop..tapi tak boleh start pulak. Adui..dugaan sungguh.

Selalunya macam ni lah..time nak guna duit banyak tu lah, tetiba mesti salur duit tu ke tempat lain pulak. Tak pelah..sabar..sabar.

Pagi ni aku still kena pergi pejabat..mata mengantuk sebab pukul 3.30am dah bangun nak jemput my sister tu. Time aku keluar tu..Lily still tido lagi. Harap dia okey tinggal sorang2 kat rumah hari ni. Sebab aku memang tak sangka dia sampai hari ni..hiks. Esok pon..rasanya aku still kena siapkan kerja before cuti panjang ni. Tak naklah tinggal kerja banyak2..emm

Tapi tak ada mood dah nak kerja..terbayang-bayang nak balik kampung. Alahai..



Sincerely...

Saturday, February 25, 2012

Mashamm

Dengan tak basuh mukanya..tak gosok giginya..tak mandinya, dah jalan2 ke Mydin yer. Tapi si waiz lah yer..makpaknya dah mandi. Jangan ada yang speku kata aku pon tak mandi jugak, sentap mak!
Selagi tak jalan seround mainan tu..jangan harap budak ni nak turun yer.
Dah beli ikan kembong 2 ekor..jom kita balik. Tak dapat gaji lagi...kenalah berjimat yer. Ni adik aku nak datang KT, apalah yang aku nak jamukan. Makan sardin jer lah Lily..hiks.


p/s: Entry meroyan nak gaji..macamlah boss aku baca ek.

Sincerely...

Wednesday, February 22, 2012

Pergi Jauh

My bad mood..pergilah kau jauh! Shuhhh..shuhh..pergi pergi perggiiiiiii

Pagi tadi okey lagi..tetiba jer rasa bad mood. Nak senyum pon tak boleh..padahal tak de sape2 pon yang buat aku bad mood/marah pagi ni. Ish..tak nak emo-emo kan. Nanti baby pon asyik bad mood jer macam mama dia.

Nak ingat yang indah2 jer..biar mood kembali seperti sediakala. Oh ya..insyallah, awal bulan Mac nanti nak balik kampung..Sabak Bernam! Kebetulan 4hb Mac tu Terengganu cuti sempena Ulangtahun pertabalan Sultan Terengganu. So bolehlah cuti panjang sikit. Tak panjang mana pon..AL aku bukannya banyak sangat cam orang kerja gomen tu ek..hehe.

Benda ni plan mengejut jugak. Tapi memang dah pesan awal2 kat MKS..B4 bersalin nak balik kampung. Tengok cuti..bulan April tak de apa2 cuti pelepasan am. Bulan Mei ada cuti hari pekerja & wesak..tapi time tu macam dah sarat sangat. So tak beranilah nak travel jauh2 kan. 9 jam tu dari KT - Sabak Bernam. Mau patah pinggang duduk lama2 dalam kereta. So tu yang kitaorang decide balik awal Mac nanti.

Sebenarnya..aku ni mengidam macam2 makanan. Nak cari kat Terengganu..entah ada ke tidak. Nak masak sendiri..tak reti. Tu yang paksa jugak MKS bawak aku balik kampung. Sooooo mengidam nak minum air jagung yang best tu, masak pecal [bukan pecal yer..ni masak pecal. Macam Pecal lele tu. Tapi aku tak makan lele (ikan keli)..kalau ganti dengan ikan jaket or kembung pon okey], mee udang BNO, nak top up stok pecal yang dah habis kat rumah ni, kuih2 orang jawa...wahhhhh..banyaknya. Lily kena carikan semua makanan yang aku mengidam ni..nanti meleleh air liur baby.

Disamping tu nak jugak melawat abah, pakcik2 & makcik2 aku kat kampung tu. Diaorang tu semua dah tua2. Sementara aku masih mampu balik kampung ni..nak jugak tau keadaan kesihatan diaorang. Sedih jugak bila sorang-sorang pergi meninggalkan dunia ni..emm.

Okeylah..rasanya ai dah jumpa cara nak kembalikan mood ni. Nak layan Running Man sekejap. Hari tu anak saudara MKS masukkan episod baru..71 - 79. Gelak biar puas dulu..dah senyum baru sambung kerja, hiks.


Sincerely...

Monday, February 20, 2012

Cite Baru Lagi..

Anak saudara MKS..si along tu tengah cuti semester sekarang ni. Jadi banyaklah cite2 baru yang di bawak balik. Dialah penyumbang semua cerita2 korea yang aku tengok selama ni.

Antara cerita terbaru yang along save-kan untuk aku ialah Bloody Monday, anthene goddess of war, great inheritance, it's ok daddy's girl, 1 pound gospel, atashinci no danshi, hajimei kindaichi3, lie to me, paradise ranch, he was cool, angel beats, cinderella sister, family outing, my princess, marrying high school girl...

Fuh punyalah banyak..bila nak tengok pon tak taulah. Maybe masa cuti pantang nanti..bolehlah layan kot..hehe. Sape2 pernah tengok cerita2 kat atas? Rasa2 cerita mana yang patut aku layan dulu?

Sincerely...

Sunday, February 19, 2012

Best Jugak Lagu Ni..


Antara persembahan yang aku rasa best & kelakar kat Raja Lawak 6. Selalunya tak tengok secara live pon. Sebab pukul 10 pm tu biasanya aku dah pengsan [tido]...hehe. Time 'Norman' nyanyi lagu Merong Anak Kampung tu..sedap jugak. Terus ber-youtube. Lagu Sabah rupanya..1st time dengar.


Lagu yang penuh jujur..ada lagi ke lelaki zaman sekarang yang mengaku dirinya tak berpelajaran, tak de kereta, tak de rumah? Biasanya time nak mengorat tu..sengkek pon kata kaya..ye tak? 

Eh tapi..jangan tak tau. MKS dulu mati2 kata dia miskin, tak de kereta, tak de rumah..meniaga pon ikan masin jer. Melampau betul tipunya!


Pastu tu ada pulak lagu versi orang perempuan ni..memabalas lagu lelaki kat atas tu..hiks. Macam2 lah..layan je lah yer.


Sincerely...

Friday, February 17, 2012

Rotan - Cara Betul Ajar Anak?


Tengok video ni kat facebook..tu yang tiba2 dapat idea nak buat entry pasal rotan. Kesian  dan kelakar pulak kat budak ni kena rotan dengan maknya..tapi sebagai pengajaran jugak. Last2 budak tu sampai cakap "sumpah tak buat lagi"..hehe. Zaman sekarang ni jarang ibubapa yang guna rotan untuk ajar anak kan? Tak macam zaman dulu..rotan tu ibaratnya lekat di tangan lah. Anak buat salah sikit..rotan. Bapak jeling sikit..dah terketar-ketar. Cuba buat kat budak zaman sekarang..sikit tak heran.

Aku tak tau lah samada rotan ni masih relevan lagi atau tidak untuk ajar anak2 zaman sekarang. Sebab sekarang ni, budak2 dah terlebih advance..pantang di tegur, mula lah buat muka. Jadi..makpak dah pukul dengan rotan pon takut. Tu belum cikgu2 yang rotan lagi..abis kecoh satu Malaysia. Front page Metro lagi! Betul tak?

Ikutkan kat rumah aku ni..memang ada sebatang rotan. Aku beli before pregnant-kan si waiz tu lagi. Time tu sajelah beli. Tak guna pon. Cuma baru2 ni MKS ada lah guna..nak ajar waiz kononnya. Yelah, budak kecik tu kadang2 buat perangai 'baik' dia jugak.

Dah di ajar banyak kali dengan penuh kasih sayang & berhemah pon..masih tak dipeduli. Tu yang MKS geram, di kejar jugak budak tu dengan rotan. Aku ni..masih tak ada kekuatan lagi nak angkat rotan tu. Ada sekali tu try jugak angkat rotan..tapi budak kecik tu tak takut pon. Suka ada lah! Maybe dia tau kot..aku ni tak kan pukul dia pon.

Tapi cuba MKS yang pegang rotan tu..memang mencicit lah budak tu lari menyorok kat aku. Sebab dia tau..papanya kalau dah pegang rotan tu..mesti kena juga sikit. Biasanya kalau MKS nak rotan..aku memang akan ingatkan dia, pukul bahagian kaki jer. Lagi bagus kat tapak kaki. Sebab pernah dengar kat rancangan tanyalah ustaz..ustaz tu kata kalau nak rotan/ajar anak..pukul lah kat tapak kaki dia. Jangan dibahagian badan dan muka. Tapi sekarang, aku dah sorokkan rotan tu..takut jugak kalau MKS hilang pertimbangan..tak sedar diri, teruk pulak dirotan budak tu.

Kalau diikutkan..antara aku & MKS, aku lah yang baran sikit. Memang cepat melenting dan naik tangan. Tapi bab anak ni..terus jadi lemah. Tak sampai hati nak pukul dia. Melainkan ada hantu setan dah merasuk..barulah aku pukul2 bontot budak tu. Alah..berlapik pampers pon, manelah rasa sangat kan. Paling teruk pon..aku pulak yang menangis sebab kena hadap perangai 'baik' budak tu. Terus waiz pulak yang sedih..time tu dia taulah aku memang marah sangat kat dia. Hah..masa tu memang aku 'brain wash' kaw-kaw lah.

Korang..tak pernah rotan anak ker? Sebab tak pernah baca cite2 blogger yang rotan anak. Ke anak korang memang baik2? Anak aku ni jer yang aktif semacam..naik semput pulak. Ni baru sorang..keluar yang kedua ni? Waahh..nak jadi ibu bapa sekarang ni bukannya senang kan. Kena buat persediaan mental dan fizikal..fuhh.




Sincerely...

Thursday, February 16, 2012

Rindu..

2 hari ofis kitaorang tak ada internet. Bila tak de internet ni..rasa macam katak bawah tempurung pulak. Tak tau apa2 cerita dan gosip..hehe. Mujurlah hari ni orang TM datang..setengah hari jugaklah nak settle-kan problem ni. Last2 orang TM tu tukar modem baru..ni baru okey.

Now, nak jalan2 kat rumah korang...

Tunggu ai komen ek..babai.


Sincerely...

The Baby is....

Semalam aku dah cek urine kat Klinik Kesihatan (KK). Pukul 6.50am dah pecut ke KK. Sampai je dapat giliran ke-7. Heran aku..diaorang ni sampai klinik sebelum Subuh ker? Susah benor nak dapat giliran pertama kat KK ni.

Lepas timbang, amik tekanan darah..terus cek urine. Alhamdulillah kali ni tak kotor dah macam hari tu. Risaulah jugak kalau urine kotor ni. Boleh efek ke buah pinggang tau. So janganlah pandang ringan bab2 kesihatan ni.

Tapi before aku cek kat KK, aku memang dah pergi klinik biasa amik antibiotik. Nak tunggu KK ni bagi ubat..dah melarat baru bagi kot! Lepas test urine..test lagi..test lagi..ubat tak bagi2. Tau2 dah kena warded kat hospital..jadi bahan ujikaji..hehe. Aku takutlah jadi cam tu..tu yang awal2 dah pergi klinik biasa. Masa aku pergi cek tu..memang doktor kata urine aku terlalu kotor. Terus doktor bagi antibiaotik yang paling kuat. Ni urine dah okey pon..aku still kena abiskan semua antibiotik tu.

Alang2 dah ke klinik tu..aku buat lah ultrasound sekali. Nak intai2 gak jantina baby dalam perut ni. Sekali doktor kata tak nampak..sebab kaki dia terkepit-kepit. Sama jer time aku scan si waiz dulu..terkepit-kepit sorok anu dia. Ooo..nak suprise mama yer. Tak bagi mama & papa tau. So next month lah aku gi scan balik..hehe.

p/s: Sekarang ni dah genap 24 minggu. Lagi 3 bulan nak jumpa baby ni..tak sabarnya!


Sincerely...

Tuesday, February 14, 2012

Waiz Dan Furaihah

Gambar masa kitaorang pergi rumah abang MKS kat Gong Badak. Kebetulan ada Furaihah yang comel tu..

Furaihah tu lagi muda dari waiz..tapi dia lagi tinggi & berat! Hehehe..sihat macam abatinya (ayah Furaihah)
Manalah budak ni jumpa topi koboi ni..
Suruh bergaya nakkk jerrrr..
Furaihah ni good girl lah..baik jer. Tak noty cam Pok Waiz. Iyer..Furaihah ni anak saudara waiz. Waiz dengan abati si Furaihah ni sepupu. Sekarang Waiz sorang jer yang masih isap botol pakai pampers. Sepupu2 yang lain semua dah besor2 panjang!
Papanya nak baca buku ke budak2 ni..sekali buku princess lah. Tak tau nak cite macam mana..sekali surrender..hahaha.
Waiz pon first time tengok buku gambar princess ni. Selama ni tengok gambar kerete & motor jer.



Sincerely...

Monday, February 13, 2012

Sehensem Hyun Bin

Ingat tak aku cite pasal potong rambut si budak kecik tu..kat sini.

Al-kisahnya yang korang tak tau..masa nak potong rambut budak tu, aku tanyalah kat cina tu..kenal tak hyun bin? Sekali tak kenal ko...frust aku. Mesti tukang gunting rambut tu tak tengok drama korea 'Secret Garden'. Punahlah harapan aku nak buat rambut budak kecik tu ala-ala hyun bin..huhu
Ni lah hyun bin..hero dalam Secret Garden. Buat pengetahuan pada sesiapa yang seangkatan si tukang gunting rambut tu. Korang kena tengok cite Secret Garden tu..baru sedar kehensemannya. Aku mula2 tengok pon tak tau sebab apa orang kata hensem..tapi bila dah layan Secret Garden..waaa...mak terpikat!
Ni lah rupa rambut hyun bin tak jadi..rambut depan dia memang aku tak usik. Rambut tepi & belakang je cina tu potong. Sekali terpotong banyak pulak kat bahagian tepi tu..huhu
Rambut belakang okeylah..pendek. Dulu rambut budak ni dah cecah kolar baju..panjang! Lepas ni kalau nak potong rambut dia..kena bawak gambar hyun bin..senang, tunjuk jer.

Sincerely...

Saturday, February 11, 2012

Home Wireless Modem --> Hampeh

Hari tu kan aku ada cite MKS amik home wireless modem. Ramai jugaklah yang tanya kat komen tu..cam ne..okey ke tak.

Emm..tak payah tunggu bulan kedua yer, hari ke-4 tu dah tau..memang hampeh! Tak taulah sebab aku ni duduk kat kawasan kampung kot..sebab tu line dia tak berapa nak kuat. Aku tengok MKS pon asyiklah merungut-rungut sebab service lembab. Sampai aku pulak yang serabut dengar dia membebel-bebel gitu!

Kalau bukak laptop..nak loading tu punyalah lama. Gila lembab. Siput b*b* tu mengesot lagi laju tau. MKS nak tengok cctv kedai dia thru laptop memang tak boleh bukak langsung. Guna hp okeylah sikit..tu pon asyik putus2.

Aku kadang2 try buka facebook jugak..tapi sekali nak loading tu lambat sangat, kadang2 sampai tertido menunggunya. Sampai malas aku nak guna. Aku ni bukannya penyabar sangat..kat ofis ni internet aku selalunya zup zap zup zap lajunya. Sekali klik jer terus bukak..so bila mengadap internet lembab kat rumah tu..memang lah hazab. Dari aku buat dosa marah2 kat maxis tu..baiklah tak payah bukak. Online kat ofis & kedai MKS je lah. Streamyx jugak yang okey setakat ni kan..emm.

So kesimpulannya yang dapat dibuat..mana2 berukband samada celcom or maxis, memang hampeh. Sebab semua tu MKS dah try. Aku nak suruh MKS pasang streamyx kat rumah..tapi kat kedai dia dah pasang. Sebab tu dia nak berukband jugak..sebab senang nak bawak ke mana-mana.

Sincerely...

Friday, February 10, 2012

Zaman Sekarang

Bebudak sekarang memang advance ek. Kita dulu..A for Apple (buah), B for Bear..

Diaorang? A for Apple jugak..tapi apple computer tu..huh
Sumber: Facebook


Sincerely...

Thursday, February 9, 2012

Ole-Ole Langkawi

Cuti Maulud Nabi baru ni, bebudak ofis aku join trip ke Pulau Langkawi. Semua yang bujang2 ikot..termasuklah my manager. Dia pon kategori bujang jugak..sebab anak2 dia dah besar. Bolehlah jalan berdua dengan isteri. Tinggallah aku dengan Kak F jaga pejabat..huhu. Dulu masa ofismate aku pergi Langkawi..aku pregnant jugak. Kali ni tak boleh ikot sebab pregnant baby ke-2..aduii.

Trip kali ni..syarikat besar yang anjurkan. Sebab company aku ni  jadi ahli kelab, tu yang boleh join. Bayar RM120 jer untuk perjalanan pergi balik naik bas, tambang feri, hotel lagi. Memang berbaloi-baloi..ruginya tak dapat pergi. Kalau pergi sendiri mesti lagi banyak belanja kan? Tak pelah..next trip kot. Tu pon kalau aku tak mengandung lagik!

Tapi yang syoknya..bila tak pergi ni, dapatlah jugak ole-ole dari ofismate aku ni. Murahlah rezeki diaorang sebab ingat kat aku & Kak F yang kena tunggu pejabat ni..hiks.
Ni Kak Jun yang bagi..coklat tu awal2 lagi waiz dah makan! Budak tu memang pantang nampak benda manis2 ni. Nak suruh gosok gigi punyalah 'senang'..sampai menangis-nangis!
Ni Kak Zie yang bagi..cantik kotak tisu tu. MKS tengok..terus mintak nak letak dalam kereta dia. Oh nehi nehi nehiiii...
Yang ni pulak Wani yang bagi. Bertambah koleksi kain batik aku..boleh guna time pantang nanti..hehe.
Yang ni..terbaru, my manager baru jer bagi pagi tadi. Aku tak pasti lah orang preggy boleh minum atau tidak air gamat tu. Sebab kat botol tu tulis sesuai untuk ubati luka, lepas bersalin atau pembedahan dan haid tidak tetap. Kalau simpan sampai time pantang nanti..okey lagi tak?
Haaa..yang ni aku kirim dengan Kak Jun. Tapi sampai sekarang aku tak berani nak makan lagi. Sebab hari tu kan doktor dah pesan jangan makan manis2. Pastu baca pulak kat website yang kencing kotor ni bahaya jugak..komen2 dari reader pon ada yang bagi tau kencing kotor ni boleh efek ke buah pinggang. So aku simpan kat dalam peti sejuk jer lah. Tapi aku perasan ada orang kat rumah tu dah curik2 makan aku punya coklat ni..cis..awas yer korang!

p/s: 13hb ni aku kena repeat test air kencing sekali lagi..hope tak ada kencing kotor lagi. Sebab sekarang ni..hari2 aku minum air masak..sungguh!



Sincerely...

Wednesday, February 8, 2012

Kencing Kotor

Kencing kotor ni bukanlah bermaksud air kencing kita tu ada sampah atau bendasing yer. Sebab mula2 aku pon ingat macam tu..hehe. Disebabkan sebelum ni aku tak ada pengalaman pon dengan kencing kotor ni..so malaslah nak tau lebih2 kan. Hinggalah semalam..masa aku cek mengandung kat klinik desa, nurse kata kencing aku kotor. Terus kena refer kat doktor di klinik kesihatan (KK).

Before pergi KK, aku masuk ofis dulu..brekpes, pastu minum air masak banyak2. Konon2nya nak hilangkan kencing kotor tu. Tapi bila tengahari tu aku pergi KK..resultnya still sama. Tak pasal2 next week aku kena cek air kencing sekali lagi..emm.

Sebenarnya aku pon tak tau punca2 terjadinya kencing kotor ni..cuma doktor pesan suruh minum air masak banyak2. Pastu ada sorang nurse ni suruh aku minum air barli untuk kurangkan kencing kotor. Aku ingat ni problem biasa bagi ibu2 yang hamil. Dulu masa mengandungkan si waiz tu..tak pernah pulak kencing kotor. Ni lah 1st time kena.

So meng-google-lah cari info2 pasal kencing kotor ni. Terjumpa website doktor ni..rupa2nya bahaya jugak yer. Lepas ni aku kena banyak2 minum air masak..sebab aku ni memang susah sangat nak minum air masak.

Sincerely...

Tuesday, February 7, 2012

2nd Time Potong Rambut

Kiranya ni 2nd time lah. Mula2 budak kecik ni potong rambut masa umur dia 40 hari..tu lah 1st time aku gondolkan kepala dia. Lepas tu memang sehelai rambut pon tak pernah berpotong. Ramai dah orang tegur rambut budak ni dah panjang..dah macam budak pompuan. Tapi aku buat tak tau jer..sayang nak potong rambut dia.

Masa cuti Maulud Nabi hari tu..orang lain sibuk berarak, aku sibuk pergi gunting rambut. Sebenarnya dah lama aku bising2 dengan MKS nak potong rambut..tapi asyik tak de masa. Aku ni..bila rambut cecah bahu jer, mula lah rasa sakit kepala memanjang. Asyik menyalahkan rambut..hehe. So baik lah kita potong. Lepas kawin memang aku tak pernah simpan rambut panjang..selalunya sampai bahu jer. Lepas tu mesti potong!

Lepas potong rambut aku tu..teruslah tanya tukang gunting tu, boleh tak potong rambut budak. Dia kata boleh. Pikir 10 minit gak samada nak potong rambut waiz atau tak masa tu. Sebab aku memang sayang nak potong rambut budak kecik tu. Last2 aku decide nak potong rambut waiz. Tapi potong kat bahagian telinga & belakang..sikit jer.
Nasib baiklah budak ni tak menangis..dia duduk diam jer. Tapi muka dia memang berkerut time cina tu potong rambut dia.
Suruh tunduk..dia tunduk. Pastu pandang2 aku...mintak diselamatkan..hehe.
Kejap jelah cina tu potongkan..kena RM8. Aku punya kena RM18. Nampaklah macam budak lelaki sikit bila dah rambut pendek ni. Tu pon kalau ikut papanya..tak bagi potong rambut belakang si waiz tu. Tapi aku tengok cam pelik jer kalau rambut tepi di potong, tapi rambut belakang panjang berekor..so kita potong lah sikit. Nanti rambut tu tumbuh panjang jugak.

Lepas ni kalau ada orang tegur tanya si waiz ni budak lelaki ke perempuan..memang saje nak kena luku dengan aku..hehe.

Sincerely...

Monday, February 6, 2012

Home Wireless Modem

Dulu guna berukband maxis..pastu tukar Celcom. Sekarang..guna maxis balik. Tapi kali ni MKS beli Home Wireless Modem Maxis..tak payah nak berebut berukband lepas ni..ngeee. Sebab kalau guna berukband kat rumah..mesti salah sorang je boleh guna. Biasanya mestilah MKS yang guna kan..sebab tu dia punya berukband. Bila dia x nak guna..baru dia offer kat aku. Tapi time dia offer tu..mesti aku pon dah tawar hati nak guna..huhu.
Tapi yang Maxis wireless modem ni..macam streamyx lah jugak. Mane2 hp atau laptop yang ada wifi..boleh guna. Tapi line tu kena ikut kawasan lah..cam area rumah aku okey jer. Pendaftaran kena RM100..bulan2 dalam RM59 gitu..rasanya lah sebab MKS yang bayar, so malas nak amik tau. Selain tu dapat jugak sebuah telefon cordless..dan boleh call selama 100 minit free setiap bulan.

Harap2 okeylah line maxis ni..sebab kalau ikut pengalaman cam dulu2, mula2 jer okey servis ni. Masuk bulan ke dua..hampehhh.



Sincerely...

Saturday, February 4, 2012

Duit Nuffnang Hilang!














Ceh suspen jer..idoklah ilang ke mana. Aku dah cash out masa hujung bulan Januari tu. Sajelah try cash out..ni lah first time aku cash out duit tu. Tak lah banyak..sikit jer. Lebih jer RM50..terus aku bawak keluar.

Tapi aku tak taulah prosedurnya cam mana..tu yang tengah test2 ni. Harap2 merasalah duit Nuffnang tu.

Sedihnya..tahun baru ni, aku tak rasa lagi BE dari Nuffnang. Agak2nya sebab aku malas update cite kot. Nak buat cam mana..sejak2 preggy ni aku tak lalu nak mengadap blog sendiri. So jangan salahkan aku ek...keh keh.




Sincerely...

Friday, February 3, 2012

Minggu ke-22

Tiba-tiba je updated cite minggu ke-22..hehe. Tak pelah..pasrah je lah baca blog suam2 kuku ni yer.

Time ni..perut memang makin membuncit. Kain-kain baju kurung aku pon dah makin tak muat. Baju still boleh pakai, tapi tang kain tu sempit sikit. Kalau nak pakai jugak..terpaksalah bukak pinnya. Barulah boleh bernapas sikit..tapi kena jaga2..kang terlucut pulak kain tu!

Kalau di ikutkan..aku masih tak de selera makan. Time cek kat klinik desa..weight ni asyik lah statik/menurun. Masa bulan 2-4 tu bolehlah buat alasan alahan/loya/muntah kan..ni dah masuk bulan ke-5. Terpaksalah mengadap doktor pulak kat klinik kesihatan. Doktor pulak bagi nasihat yang sama jer..jaga pemakanan, makan sikit2..tapi kerap..bla bla blah. Sampai aku boleh hafal skrip doktor tu..hehe.

Tapi masa aku mengandungkan si waiz dulu..cam ni jugak masalahnya. Berat tak naik. Sepanjang 9 bulan pregnancy..aku cuma naik lebih kurang 7kg sahaja. Tapi budak tu kuar besor jugak..3.42kg! So sekarang ni..aku tak lah risau sangat pasal berat ni. Sebab aku percaya..berat baby tetap naik, cuma lemak2 aku tu yang mencair..sebab tu berat pon turun kot.

Lagipon sejak preggy ni..aku memang tak makan benda2 merepek dan menggemukkan. Nasi pon kurang makan..lately baru lalu makan. Seboleh-bolehnya dalam sehari aku kena paksa jugak makan nasi..bukan untuk aku, tapi untuk baby. My feveret macam ayam pon tak lalu makan tau..kalau orang hidang ayam golek kat depan mata aku, sebelah mata pon aku tak lalu nak pandang! Biasanya aku makan ikan atau telur jer. Seafood cam udang & sotong boleh jugak makan..tapi sebab resdung, kena kawal sikit lah.

Harap2 baby dalam perut ni membesar dengan sihat..tak sabar nak peluk cium baby baru. Mesti si waiz tu jeles nanti..hehe.


p/s : Minggu ke-28 nanti kena minum air gula..waaaa..


Sincerely...

Girl Or Boy?

Tafsiran ini bukan untuk anda percayai sepenuhnya, tapi tidak salah untuk dijadikan hiburan dan kebetulan mungkin juga betul. Jadi, nak tahu lelaki atau perempuan, jom kita lihat.

TANDA BAYI LELAKI

* Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung.
* Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali dalam satu minit
* Anda rasakan beban berat dan bahagian depan tubuh
* Perut anda kelihatan bulat sempurna
* Bahagian aerola (daerah hitam di sekitar puting) akan menjadi lebih gelap
* Bentuk perut condong ke arah bawah
* Sukakan makanan yang masam dan masin
* Suka makan daging dan keju
* Tapak kaki selalu berasa sejuk
* Tangan selalu kekeringan
* Suka menghadapkan wajah ke utara semasa tidur
* Bukan hanya anda, tetapi suami juga bertambah berat badannya.
* Anda kelihatan lebih berseri semasa hamil
* Hidung tampak lebih mekar
* Selalu sakit kepala

TANDA BAYI PEREMPUAN

* Mengalami morning sickness di awal kehamilan
* Merasakan beban berat pada bahagian pinggul dan punggung
* Payudara kiri lebih besar berbanding kanan
* Rambut anda berwarna agak kemerahan daripada sebelumnya
* Bentuk perut condong ke arah atas
* Perut tampak agak lonjong
* Mengidam makanan yang manis
* Sukakan buah-buahan
* Suka minum air atau jus yang bersifat masam
* Anda lebih cerewet semasa hamil
* Mudah moody berbanding sebelumnya
* Kulit wajah bermasalah berbanding sebelum hamil
* Tidak suka makan roti bersama kulitnya
* Payudara kelihatan mengembang
* Suka menghadapkan wajah ke selatan semasa tidur


Time ni..x rasa mual & loya pon sengaja buat2 sakit dan loya. Semua tanda nak dapat bayi perempuan tu aku buat! Ya Allah...tolonglah kurniakan kami bayi perempuan. Memang tak putus2 berharap..

Salah tak kalau tindakan aku macam ni? Aku memang nak anak perempuan sangat2...


Sincerely...

Thursday, February 2, 2012

Terima Kasih DN

Dah lama nak buat entry penghargaan ni..tapi asyik lah bertangguh. Aku ni kalau ada 'kerja'..cam ni lah. Selagi tak abis buat 'kerja' tu..benda lain semua tak ada masa nak usik, hehe. Kerja apa? Khatamkan cite korea lah! Baru abis tengok cite Secret Garden. Dah lama cite tu terperam kat external..nak busuk dah, aku baru nak tengok..hehe.

Tapi puas hati dapat tengok..sedih pun ada. Lebih2 lagi time Gil Ra Im tu koma kat hospital..then si Joo Won tu decide nak tukar roh dia ke dalam badan kekasih dia. Waa...meleleh air mata aku tengok. Pastu boleh pulak terkantoi dengan Ketua Loji aku..tetiba jer dia masuk bilik aku time aku menangis. Malu betul! Cis..

Okey....stop pasal Secret garden. Ni nak cite pasal hadiah yang aku dapat dari salah seorang blogger yang merangkap jugak kawan aku masa kat sekolah dulu. Dia bagi hadiah ni sebab aku rajin komen kat blog dia. Terima kasih DN. Wida selalu komen kat blog DN sebab suka baca cite2 dan luahan hati DN. Walaupon masa sekolah dulu..wida dan DN ni x lah rapat sangat, tapi wida harap kita boleh jadi sahabat yang baik di dunia blog ni.
Ni lah hadiah yang DN hantar kat aku..terkejut masa mula2 sampai tu. Sebab punyalah besar! Masa tu jugak aku confused dengan nama pengirim..sebab dari sekolah memang panggil Deq Noor/DN..so tak perasan lah pulak dengan nama sebenar DN ni..sori DN..hehe.
Hadiah lukisan dari negara China..jauh tu. Rasa berbangga dan berbesar hati sebab dapat simpan hadiah dari DN ni. Nanti kalau DN datang Kuala Terengganu..bagitau wida yer. Boleh belanja keropok lekor.

Lukisan ni aku nak letak kat dalam frame..pastu gantung kat dalam bilik. Memang sesuai kan? Meh kawan2...jenguk blog kawan aku ni..Perfectionist.


Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal