Friday, August 26, 2011

WAJIB ada.

Aku tiap2 tahun beli jer biskut raya ni..tak pernah buat pon. Tak retiii. Paling pandai yang aku buat pon cornflakes madu jer..haha.

Tahun ni kebetulan masa anak saudara MKS datang jual abaya & tudung, dia ada bawak biskut raya. So aku amik terus..Tart nenas & almond london. Sebekas tu RM22.00 sahaja.
Punyalah gebuzz tart nenas ni macam tuan yang memakannya. Tak sempat raya dah tinggal separuh okey. Time buka amik dua biji, time sahur 2 biji lagi..dah macam makan ubat pulak! Tak pelah, biskut raya yang aku beli ni pon memang untuk makan2. Rumah aku tiap2 tahun rumah tertutup..balik kampung youuu.
Ni lagi satu kuih peberet. Nape namanya almond london yer? Resepi dari london ker? Time kecik2 dulu..pergi rumah orang mesti cari bisut ni dulu. Habis sebalang biskut tu kitaorg kerjakan..hehe. Biskut raya ni pon dah tinggal separuh!
Yang ni biskut seroja..agaknya. 1st time aku makan tahun lepas [tak ingat rumah sape] Sedap..ada peanut butter dalam tu. Aku memang hantu peanut butter yer. Kalau makan roti..letak peanut butter melambak-lambak! Nak nak yang mix dengan stoberi tu. Aduh..rasa nak berbuka dengan roti+peanut butter pulak petang ni.

So tahun ni aku carilah biskut seroja ni. Ada jual dekat kedai Agro Bazar Permint Jaya, Chendering. Hari tu aku tengok banyak lagi. Esoknya pergi tinggal sebekas jer. Cepat2 lah amik..RM23.00. Pas berbuka, terus melantak biskut ni. Memang sedap i tell youu...terbaek. Biskut ni MKS dengan waiz pon aku tak bagi makan, kena catu. Hahaha...giller tak?

Biskut raya korang mesti lagi banyak kan?

Sincerely...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

It's Mine.. Copyright © 2009 Paper Girl is Designed by Ipietoon Sponsored by Online Business Journal